Anda di halaman 1dari 8

Bahagian B

[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan diri.


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang cara menjaga kebersihan diri dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019
Gambar menunjukkan cara yang perlu diamalkan untuk menjaga kebersihan diri.
Antaranya adalah dengan membasuh tangan dengan sabun sehingga bersih
sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan jangkitan kuman. Seterusnya,
kita perlu mengemas bilik tidur supaya bersih dan kemas. Selain itu, kita juga
hendaklah rajin menggosok gigi agar mulut bersih dan tidak berbau.
Kesimpulannya, aspek kebersihan diri amat penting dalam kehidupan supaya
kita dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan selesa.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap orang perlu mengamalkan sikap berjimat cermat.


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang amalan berjimat cermat dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
UPSR 2019

Jawapan :
Gambar menunjukkan sikap berjimat cermat yang perlu diamalkan oleh setiap orang.
Antaranya adalah dengan menabung wang yang dapat mendidik sikap berjimat cermat dan
wang tabungan telah penuh boleh disimpan di bank. Selain itu, kita juga perlu berbelanja
mengikut keperluan kerana cara ini dapat mengelakkan sikap boros. Seterusnya, kita perlulah
menggunakan air dan elektrik secara bijak seperti menggunakan air tadahan hujan untuk
menyiram pokok dan menutup suis apabila tidak digunakan.
Oleh itu, sikap berjimat cermat amat penting dalam kehidupan seharian.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang langkah-langkah menjaga alam sekitar
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019

Jawapan:
Gambar menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga alam sekitar.
Antaranya adalah dengan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan-kawasan yang tercemar seperti pantai, sungai dan sebagainya. Selain itu,
masyarakat juga boleh mengamalkan kitar semula, iaitu mengitar semula barangan terpakai
seperti surat khabar, botol kaca, tin dan sebagainya. Masyarakat juga hendaklah menyokong
Kempen Tanpa Beg Plastik dengan menggunakan beg kitar semula semasa membeli-belah.
Sekiranya masyarakat bekerjasama menjaga alam sekitar, kebersihan dan keindahan
alam akan kekal terpelihara.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Sebagai anak, kita perlu menggembirakan hati ibu bapa kita.


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang cara menggembirakan hati ibu bapa
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019

Gambar menunjukkan cara-cara yang perlu dilakukan untuk menggembirakan hati ibu bapa.
Antaranya adalah selalu membantu ibu bapa kita di rumah supaya dapat meringankan
beban mereka. Selain itu, kita perlu rajin belajar supaya kita dapat membalas jasa ibu bapa
kita suatu hari nanti. Kita juga perlu menghormati ibu bapa supaya mereka berasa senang
hati terhadap tingkah laku kita.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menggembirakan hati ibu bapa kita kerana mereka
telah membesarkan dan mendidik kita.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap tong kitar semula mempunyai warna dan kegunaan yang tersendiri.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang kegunaan tong kitar semula berdasarkan
warna dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019

Jawapan :
Gambar menunjukkan tong kitar semula yang mempunyai warna dan kegunaan yang tersendiri.
Tong biru digunakan untuk membuang bahan buangan jenis kertas berwarna dan tidak
berwarna seperti akhbar, majalah, buku dan kadbod. Tong coklat digunakan untuk membuang
bahan buangan jenis kaca seperti botol kaca dan balang makanan. Tong jingga pula digunakan
untuk membuang bahan buangan jenis aluminium dan plastik.
Kesimpulannya, kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula
dengan betul mengikut jenis bahan buangan.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap orang perlu mengamalkan budaya berbudi bahasa.


Berdasarkan poster di bawah, tulis ulasan tentang faedah berbudi bahasa dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
UPSR 2019

Jawapan:
Poster menunjukkan faedah yang diperoleh melalui amalan berbudi bahasa.
Antaranya adalah dapat mewujudkan perpaduan dalam masyarakat kerana akan wujud
sikap saling menghormati antara masyarakat pelbagai kaum. Seterusnya, amalan berbudi
bahasa juga dapat meningkatkan ekonomi negara kerana banyak pelancong akan berminat
untuk datang ke negara kita apabila kita berbudi bahasa. Malahan berbudi bahasa akan
melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mereka lahir daripada masyarakt yang
berbudi bahasa.
Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa harus diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Kita perlu menjaga keselamatan diri ketika bermain.


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan
diri ketika bermain dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019

Jawapan :
Gambar menunjukkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri ketika bermain.
Antaranya adalah mengenakan pakaian yang sesuai semasa bermain agar berasa lebih
selesa. Kita juga dilarang daripada bermain ketika hujan atau cuaca terlalu panas kerana akan
menjejaskan kesihatan. Kita juga dilarang bermain secara tolak-menolak bagi mengelakkan
berlakunya kecederaan.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga keselamatan diri agar tidak berlaku kejadian yang
tidak diingini.
Bahagian B
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Setiap orang perlu mengambil bahagian dalam kempen Cintai Sungai Kita.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang aktiviti kempen Cintai Sungai Kita dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

UPSR 2019

Jawapan:
Gambar menunjukkan aktiviti yang dijalankan dalam kempen Cintai Sungai Kita.
Antara aktivitiyang dijalan ialah seminar “Cintai Sungai Kita” yang memberikan
pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan sungai kepada kita. Selain itu, aktiviti
gotong-royong membersihkan sungai dijalankan untuk memelihara kebersihan sungai
daripada dicemari sampah sarap. Pertandingan melukis poster umtuk kanak-kanak juga
dianjurkan sebagai langkah menerapkan nilai menghargai alam sekitar.
Kesimpulannya, kita haruslah menghargai alam semula jadi agar kekal terpelihara untuk
tatapan generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai