Anda di halaman 1dari 7

SET 1

Bahagian B [Masa dicadangkan : 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah membersihkan taman perumahan secara gotong-royong. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. FAEDAH-FAEDAH MEMBERSIHKAN TAMAN PERUMAHAN SECARA GOTONG-ROYONG

2S SET 2

ET

Bahagian B [Masa dicadangkan : 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan mulia remaja Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

AMALAN MULIA REMAJA MALAYSIA

SET 3
Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan mengikuti aktiviti kokurikulum. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KELEBIHAN MENGIKUTI AKTIVITI KOKURIKULUM

SET 3

SET 4
Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mewujudkan semangat kejiranan penduduk Desa Tun Hussein Onn dalam setahun. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. USAHA-USAHA MEWUJUDKAN SEMANGAT KEJIRANAN PENDUDUK DESA TUN HUSSEIN ONN DALAM SETAHUN

SET 4

Majlis silaturahim 12 kali

Rumah Terbuka 3 kali

Usaha Mewujudkan Semangat Kejiranan

Hari keluarga sekali

Majlis keagamaan di Masjid Setiap hari

SET 5
Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang permainan tradisional rakyat Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA5

JAWAPAN KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN JAWAPAN

Set 1ER Pendahuluan: Aktiviti gotong-royong amalan yang baik dan masih diamalkan oleh masyarakat kampung dan penghuni taman perumahan. Isi-isi: (a) Sesuatu kerja dapat dijalankan dengan cepat apabila dilakukan secara bersamasama. (b) Dapat merapatkan hubungan sesama penduduk yang berlainan pekerjaan, agama, dan latar belakang. (c) Kawasan tempat tinggal terhindar daripada penyakit. (d) Sesama penduduk saling mengenali. (e) Akan wujud perasaan tolak ansur dan berkongsi pengalaman hidup. Penutup: Aktiviti yang perlu diteruskan walaupun masyarakat sibuk dengan kerjaya.

SET 2 Pendahuluan: Amalan mulia perlu dipupuk sejak kita kecil lagi. Isi-isi: (i) Apabila melihat rumah terbakar, perlu segera menelefon Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengelakkan rumah daripada terus dijilat api. (ii) Sama ada Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba atau sebaliknya, kita wajar membantu mangsa seperti mengangkat barang. (iii) Apabila orang tua mahu melintas jalan, segeralah membantunya untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan. (iv) Pada hari minggu, untuk menghargai pengorbanan ibu bapa, kita perlu membersihkan persekitaran rumah. (v) Jika ada masa terluang, boleh juga mencuci kereta dan membersihkan dalam rumah pula. Penutup: Kita perlulah berusaha menggembirakan orang lain dengan mengurangkan masalah yang dihadapi. SET 3 Pendahululuan: Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu unit beruniform, persatuan, dan permainan. Isi-isi: (i) Penglibatan dalam kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan menerusi aktiviti yang dijalankan. (ii) Hal ini bermakna pelajar memanfaatkan masa terluang daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah. (iii) Pelajar juga dapat mengurangkan tekanan belajar setelah sepagian di dalam kelas. (iv) Cara ini juga dapat mengenalkan kita dengan pelajar dari kelas lain, sekali gus dapat merapatkan hubungan antara kaum. (v) Jika aktiviti yang kita sertai menjuarai sesuatu kejohanan, nama diri, keluarga, dan sekolah akan terkenal. Penutup: Setiap pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum. SET 4 Pendahuluan: Pihak jawatankuasa Desa Tun Hussein Onn menjalankan pelbagai aktiviti dalam usaha untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Isi-isi: (i) Dalam setahun, satu program hari keluarga akan diadakan yang melibatkan semua penduduk daripada peringkat usia. (ii) Setiap bulan sekali atau 12 kali setahun, akan diadakan majlis silaturahim seperti makan petang dan kenduri kesyukuran.

(iii) Rumah terbuka dijalankan sebanyak tiga kali serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Deepavali. (iv) Setiap malam diadakan majlis ilmu di masjid seperti membaca al- Quran, ceramah, dan kelas bimbingan. (v) Setiap aktiviti mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk. Penutup: Program yang dijalankan perlu diteruskan dan dicontohi oleh penduduk taman perumahan lain.

SET 5 Pendahuluan: Malaysia kaya dengan permainan tradisional yang dimainkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Isi-Isi: (a) Permainan wau dimainkan pada waktu petang di kawasan yang luas (b) Biasanya congkak dimainkan di anjung rumah oleh dua orang perempuan. (c) Permainan gasing diukur menerusi gasing yang berpusing paling lama dan secara memangkah gasing lawan. (d) Permainan sepak raga dimainkan oleh remaja lelaki dan biasanya dijalankan di halaman rumah. (e) Usaha mempergiat mempermainkan tradisional terus dijalankan. Penutup: Rakyat Malaysia mesti tahu memainkan permainan tradisional walaupun permainan moden lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai