Anda di halaman 1dari 11

SULIT 1225/1

Bahagian A
[80 markah]
Jawab Semua Soalan

1. Baca dan fahamkan situasi berikut.

Situasi 1

Philip mempersoalkan kepercayaan penganut agama Islam yang tidak memakan khinzir
dan minum arak kerana merasakan tindakan itu sebagai kolot dan menyusahkan.

Situasi 2
Alexius memberitahu Hamesha bahawa tarian membawa kavadi semasa sambutan
Thaipusam yang disambut oleh masyarakat India adalah tidak masuk akal dan hanya
memberi kesakitan sahaja

a) Berdasarkan situasi di atas, jelaskan wajar atau tidak wajar tindakan Philip dan Alexius itu.
 Tidak wajar [1 m]
 Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghormati kepercayaan agama dan budaya
kaum lain [1 m]

b) Ramalkan tiga kesan yang akan timbul jika rakyat negara kita tidak peka dan sentiasa
prejudis dengan pegangan agama dan budaya kaum lain.

i. Berlaku perpecahan kaum [1m]


ii. Berlaku pergaduhan antara kaum [1m]
iii. Negara menjadi huru-hara dan kacau bilau [1m]

c) Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat perpaduan antara
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

i. Mengadakan aktiviti gotong-royong di antara masyarakat setempat [1m]


ii. Meraikan sambutan perayaan kaum secara bersama-sama [1m]
iii. Penganjuran aktiviti sukan [ 1m]

d) Facebook merupakan salah satu media sosial yang menjadi arah aliran (trend) pada masa
kini. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang apabila ingin
mengemas kini status atau berkongsi sesuatu maklumat di Facebook?

 Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dan sebagainya [1 m]


 Tidak berkongsi maklumat yang tidak diketahui kesahihannya [1 m]
SULIT 1225/1

2. Maklumat berikut adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga.

Ibu bapa Ellyana mengurus syarikat perniagaan sendiri. Kehidupan seharian mereka amat
sibuk. Semua urusan rumah dan anak diserahkan sepenuhnya kepada orang gaji mereka.
Ellyana mempunyai seorang adik lelaki bernama Loveterry yang berumur 17 tahun.
Loveterry seorang anak yang manja dan segala permintaannya pasti akan dituruti. Sempena
hari lahirnya yang ke- 17 tahun, ibu bapa Ellyana telah membelikannya sebuah motosikal.
Loveterry dan rakan-rakannya pergi bersiar-siar ke bandar pada setiap hujung minggu.
Walaupun Ellyana puas menasihatinya, Loveterry masih tidak mahu mengubah sikapnya.
Ellyana pernah menyuarakan rasa kebimbangannya terhadap kelakuan Loveterry kepada ibu
bapanya, namun mereka tidak percaya dan mengganggap Ellyana mereka cerita tentang
adiknya. Pada suatu hari, Loveterry dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan kerana
menunggang motosikal secara berbahaya dan hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi
jalan. Ibu bapa Ellyana sangat sedih melihat Loveterry berada dalam keadaan kritikal.

a) Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Ellyana. Berikan komen anda

Nilai kasih sayang terhadap keluarga. [1m] Ellyana bertindak menasihati adiknya kerana
begitu sayang kepadanya dan tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa adiknya. [1m]

b) Bagaimanakah ibu bapa Ellyana dapat memastikan kejadian di atas tidak berulang lagi?

i. Sentiasa memantau perlakuan dan aktiviti anak-anak [1m]


 Mengelakkan mereka terlibat dengan perlakuan negatif seperti merempit [1m]
ii. Meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak [1m]
 Melakukan aktiviti bersama anak-anak agar mereka tidak berasa diabaikan [1m]

c) Ibu bapa Ellyana berjaya memenuhi tanggungjawab ekonomi, namun gagal dalam
menjalankan tanggungjawab sosial mereka.
Apakah yang anda faham dengan tanggungjawab ekonomi dan tanggungjawab sosial ibu
bapa dalam sesebuah keluarga? Ulaskan.

F1 Tanggungjawab ekonomi adalah keupayaan ibu bapa mencari nafkah dan menyediakan
keperluan anak-anak. [1m]
 Bijak membahagikan masa dengan mencari peluang untuk meluangkan masa
bersama anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya agar anak-anak tidak berasa
tersisih.
F2 Tanggungjawab sosial merujuk kepada tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan
memberikan kasih saying kepada anak-anak.[1m]
 Bijak berinteraksi dengan anak-anak di samping memberikan didikan agama sejak
kecil agar dapat membezakan antara perkara baik dan buruk serta dapat menjaga
maruah diri dan keluarga. [1m
SULIT 1225/1

3. Baca dan fahamkan petikan berita di bawah.

Kebakaran Hutan Akibat Penerokaan Tanah Haram

GERIK : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir mengesahkan
kebakaran kawasan hutan seluas 80 hektar di Bukit Raba, Bersia di sini berpunca dari
aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk kegiatan pertanian.

Beliau yang meninjau lokasi kebakaran sebentar tadi berkata, pihak tidak
bertanggungjawab yang melakukan kegiatan itu dipercayai membakar tunggul kayu di
kawasan tepi Tasik Bersia sebelum apinya merebak akibat musim kering.

a) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan meneroka tanah secara haram dan membakar
kawasan hutan untuk kegiatan pertanian?

 Tidak wajar [1 m]
 Memberi impak kepada alam sekitar [1 m]
 Memberi kesan kepada spesies flora dan fauna yang menjadikan kawasan hutan itu
sebagai habitat [1 m]
 Pokok-pokok kecil akan turut terbakar sehingga tanah tiada penutup bumi [1 m]
 Mengakibatkan jerebu [1 m]
 suhu bumi meningkat [1 m]
[Pilih mana-mana 2 @jawapan lain yang munasabah]

b) Berdasarkan petikan akhbar di atas, ramalkan tiga kesan perbuatan yang tidak
bertanggungjawab itu ke atas persekitaran sekiranya tidak diambil tindakan.

i. Menyebabkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan haiwan liar [1m]


ii. Penggunaan baja kimia akan mencemarkan air dan tanah [1m]
iii. Hidupan liar kehilangan habitat dan sumber makanan [ 1m ]

c) Bagaimanakah cara untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga dan
menghargai kawasan hutan?

 Melalui kempen kesedaran seperti Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan [1 m]


 Melalui pendidikan di sekolah-sekolah [1 m]

d) Nyatakan dua buah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memastikan kualiti alam sekitar
supaya sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

i. Jabatan Alam Sekitar [1m]


ii. Jabatan Perhutanan [1m]
SULIT 1225/1

4. Berikut merupakan lirik lagu ‘Keranamu Malaysia’.

Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani Keranamu kami mendakap tuah


Gaya hidup kini dah berubah Keranamu kami bangsa berjaya
Anak-anak terasuh mindanya Keranamu kami hidup selesa
Lahir generasi bijak pandai Limpah budi kemakmuran negara

Pakar IT pakar ekonomi Keranamu kami bebas merdeka


Jaguh sukan dan juga jutawan Keranamu nyawa dipertaruhkan
Berkereta jenama negara Keranamu rela kami berjuang
Megah menyusur di jalan raya Demi bangsa kedaulatan negara

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

a) Apakah perasaan anda setelah menghayati lirik lagu di atas. Berikan alasan anda.

 Bangga dan gembira. [1m]


 Negara semakin berkembang maju dan memiliki kemudahan infrastruktur yang
canggih.[1m]
 Rakyat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan selesa [1m]

b) Nyatakan tiga contoh kejayaan yang dicapai oleh negara yang menjadi kebanggaan rakyat.

i. Pembinaan Menara Berkembar Petronas [1m]


ii. Pembinaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur [1m]
iii. Pembinaan Litar Sepang [1m]

c) Selain nilai rasional, nyatakan dua nilai lain yang boleh diterapkan hasil daripada kejayaan
yang dicapai oleh Malaysia.

i. Nilai kerajinan [1m]


ii. Nilai berdikari [1m]

d) Bagaimanakah anda dapat membantu memajukan negara?


 Belajar bersungguh-sungguh dan menguasai ilmu yang bermanfaat [1m]
 Memelihara diri agar terhindar daripada gejala negatif [1m]
* Menghayati Falsafah Pendidikan Negara [1m]
SULIT 1225/1

5. Yang berikut merupakan insentif yang diberikan kepada atlet Orang Kelainan Upaya (OKU)
yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2016 yang telah berlangsung di Rio De Janeiro,
Brazil.

a) Berikan maksud nilai melindungi hak golongan kurang berupaya.

o Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.[2m]

b) Nyatakan perasaan atlet OKU yang menerima insentif seperti di atas dan kesan jangka
panjang tindakan kerajaan ini.

 Gembira.[1m]
 Berasa diri dihargai dan tidak dipinggirkan kerana kekurangan diri.[1m]
 Lebih bersemangat dan gigih untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.[1m]

c) Selain insentif di atas, jelaskan tindakan lain yang dilakukan oleh kerajaan dalam
menghormati hak golongan OKU di Negara kita.

i. Menawarkan latihan kemahiran seperti kemahiran menjahit [1m]


ii. Menyediakan kemudahan-kemudahan khas seperti tandas dan tempat letak kereta OKU.
[1m]
iii. Memberi peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA [1m]

d) Senaraikan dua atlet OKU yang Berjaya mengharumkan nama negara di sukan antarabangsa.

i. Muhamad Ziyad Zolkefli [1m]


ii. Abdul Latif Romly [1m]
SULIT 1225/1

6. Yang berikut merupakan perbualan di antara Kelina dengan seorang penjual nasi lemak bernama
Korina.

Kelina : “Maafkan saya, Puan. Saya rasa nasi ini sudah basi. Agak berbau dan berlendir.”
Korina : “ Cik, saya baru masak nasi pagi tadi. Mustahil nasi ini basi. Cik janganlah tuduh
sembarangan. Saya sudah lama berniaga. Lagipun, hanya cik yang mengadu.
Pelanggan lain saya tengok semuanya ok.”

Kelina : “Betul, puan. Cuba puan tengok nasi ini berlendir dan berbau.”

Korina : “ Beginilah, cik. Saya halalkan sahaja makanan cik. Tidak perlu bayar. Cik boleh
pergi ke tempat lain untuk makan. Saya ada banyak pelanggan lain yang perlu
dilayan.”

a) Andaikan anda adalah Kelina, bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu?

 Berasa sedih.[1m]
 Penjual tidak prihatin akan aduan pelanggannya.[1m]
 Penjual seharusnya berhenti menjual nasi yang rosak itu dan meminta maaf kepada
pelanggannya.[1m]

b) Mengapakah sesetengah penjual sanggup bertindak seperti di atas?

i. Menganggap pelanggan tidak berani untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
berkuasa.[1m]
ii. Tindakan undang-undang yang lemah [1m]
iii. Tidak mahu menanggung kerugian[1m]
iv. Pihak berkuasa kurang melakukan pemeriksaan atau serbuan ke premis-premis makanan
[1m]

c) Apakah kesan yang mungkin timbul daripada sikap penjual itu?

 Pelanggan akan mengalami keracunan makanan. [1m]


 Penjual akan dikenakan denda atau saman jika didapati bersalah sekiranya mendapat
aduan daripada pengguna. [1m]

d) Senaraikan dua agensi yang dapat dihubungi untuk membantu menyelesaikan masalah di
atas.

 FOMCA [1m]
 KPDNKK [1m]
SULIT 1225/1

7. Yang berikut merupakan beberapa organisasi Pertubuhan Sukarelawan yang terdapat di


Malaysia.

ROTARY PEMADAM MERCY

a) Selain nilai bertanggungjawab, huraikan satu nilai yang diamalkan oleh badan sukarelawan
dalam usaha membangunkan negara.

 Nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara. Badan sukarelawan mempunyai


kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara seperti
melakukan kerja amal untuk memberi sumbangan kebajikan kepada masyarakat.[3m]

b) Badan sukarela di atas telah memberi sumbangan untuk pembangunan negara. Nyatakan
sumbangan yang diberikan oleh Pertubuhan Sukarelawan di atas.

i. Program makanan berzat bagi murid di sekolah [1m]


ii. Mengadakan kempen penerangan dan pencegahan tentang masalah dadah [1m]
iii. Merawat mangsa peperangan yang tercedera [1m]

c) Jelaskan dua cara anda memberi sokongan terhadap usaha pembangunan negara.

i. Turut serta / melibatkan diri secara langsung dalam usaha pembangunan Negara [1m]
ii. Membantu menyebarkan maklumat tentang usaha pembangunan Negara kepada orang
lain.[1m]

* memikirkan cara yang proaktif dan inovatif untuk membantu usaha pembangunan.

d) Bagaimanakah badan sukarela mendapat sumber kewangan untuk membiayai aktiviti


pembangunan kemasyarakatan.

 Mengadakan pesta jualan / jualan amal [1m]


 Mencari penaja daripada syarikat swasta.[1m]

* mengadakan malam kebudayaan [1m]


* mengadakan jogathan untuk mengutip derma [1m]
SULIT 1225/1

8. Maklumat di bawah ini adalah mengenai pertubuhan antarabangsa.

Maklumat 1
PERTUBUHAN NEGARA ASEAN
 Meningkatkan kerjasama serantau bagi mencapai kemajuan
 Bertindak menangani konflik dan ancaman pengganas demi keselamatan bersama.

Maklumat 1
PERTUBUHAN KOMANWEL
 Berani menyuarakan isu-isu kritikal keselamatan sejagat
 Tidak menyokong isu-isu militan dan mengutuk keras penindasan terhadap negara lain
mahupun penganiayaan golongan etnik

a) Berdasarkan maklumat 1, Malaysia mengamalkan nilai Bertanggungjawab. Jelaskan dua


nilai lain yang diamalkan oleh Malaysia.

i. Nilai hidup bersama secara aman. Malaysia hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu keselamatan
seperti isu lanun dan perairan Negara bagi meningkatkan keselamatan Negara. [2m]
ii. Nilai saling membantu dan bekerjasama. Malaysia ada usaha yang baik dan membina
yang dilakukan bersama dengan mengadakan kerjasama seperti pertukaran teknologi
antara Negara ASEAN.

b) Berdasarkan Maklumat 2, nyatakan kebaikan penubuhan KOMANWEL kepada masyarakat


dunia.

i. Dapat menghulurkan bantuan kepada Negara-negara yang memerlukan [1m]


ii. Bertindak memberi kerjasama dalam menangani isu militant [1m]

c) Jika anda seorang pemimpin penubuhan antarabangsa, cadangkan cara untuk mengatasi isu-
isu keganasan di dunia.

i. Menguatkuasakan undang-undang antarabangsa seperti mengenakan hukuman penjara


[1m]
ii. Mengadakan kerjasama antara jabatan-jabatan perisikan antarabangsa bagi menyekat
aliran kumpulan pengganas [1m]

d) Jelaskan faedah yang diperoleh negara dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan


antarabangsa tersebut.

i. Membantu meningkatkan ekonomi Negara seperti kemasukan pelabur asing [1m]


ii. Dapat menerima bantuan sekiranya berlaku bencana alam seperti tsunami atau
keruntuhan bangunan [1m]
SULIT 1225/1

Bahagian B
[20 markah]
Jawab dua soalan.

9. Berikut merupakan tindakan yang diambil terhadap pelajar yang didapati bercinta.

Kena kahwin Kena paksa


masa berpisah
perhimpunan
Apabila pelajar
didapati bercinta
Ikrar tak Nama kena sebut
berdating lagi dalam
perhimpunan

Pada pandangan anda, wajarkah pelajar bercinta semasa berada dibangku sekolah. Berikan
alasan anda. Huraian anda hendaklah berdasarkan pada nilai-nilai murni yang telah anda pelajari.

[10 markah]

Tindakan :
Tidak wajar. [1m]
Nilai Penerangan
Mematuhi peraturan dan F1 bercinta di sekolah merupakan suatu perbuatan yang salah.[1m]
undang-undang [1m] H1 melanggar peraturan sekolah [1m]
H2 boleh dikenakan hukuman berat seperti gantung sekolah [1m]

rasional F1 boleh membezakan baik buruk bercinta


H1 tidak dapat fokus dalam pelajaran
H2 pelajaran terabai
H3 masa depan terjejas
Harga diri F1 menjaga nama baik diri dan keluarga
H1 dipandang serong oleh orang lain.
H2 cinta di usia muda menyebabkan pelajar terjebak ke kancah
maksiat
SULIT 1225/1

10.
Kes penderaan Nirmala Bonat iaitu pembantu rumah warga asing telah menggemparkan
negara suatu ketika dahulu. Kes ini telah menjadi tajuk utama, sama ada di media massa
mahupun di media elektronik. Untuk membela nasib mangsa, kes tersebut telah dibawa ke
mahkamah untuk dibicarakan.

Huraikan tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan supaya masalah ini tidak berlaku.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.

Nilai Penerangan
Melindungi hak pekerja [1m] i. Majikan sepatutnya beranggapan baik kepada pekerjanya
[1m]
 Tidak mengutuk/ memprovokasi mereka [1m]
ii. Majikan sepatutnya mengingati bakti yang mereka
curahkan [1m]
 Bergaul secara baik dengan mereka [1m]

Mematuhi peraturan dan undang- i. Majikan hendaklah mengikuti segala peraturan yang
undang [1m] digariskan dalam perjanjian [1m]
 Menyakiti pekerja secara fizikal dan mental adalah
melanggari kontrak [1m]
ii. Majikan sepatutnya akur dengan kontrak yang telah
dikeluarkan oleh agensi pekerja asing [1m]
 Kedua-dua pihak hendaklah menuruti segala
perjanjian yang telah ditandatangani [1m]
SULIT 1225/1

11. Gambar yang berikut adalah mengenai lawatan rasmi pemimpin negara kita ke negara lain

Apakah kebaikan hasil lawatan rasmi pemimpin negara kita itu? Huraian anda hendaklah
berdasarkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.
[10 markah]

Nilai Penerangan
Hidup bersama secara F1 : Mengeratkan hubungan diplomatikantara negara [1m]
aman [1m] H1 : mudah mencari kata sepakat seperti isu keselamatan perairan
antara Negara dengan Filipina yang diancam lanun. [1m]
H2 : meningkatkan keselamatan Negara serta hubungan yang erat
antara Negara. [1m]

Saling membantu dan F1 : Menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti


bekerjasama [1m] keselamatan, ekonomi dan sebagainya. [1m]
H1: membantu pertumbuhan ekonomi Negara dengan
termeterainya peluang pelaburan seperti pertukaran teknologi
[1m]
H2 : dapat menarik pelabur asing sekaligus dapat menjana pendatan
negara. [1m]
H3 : mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat[1m]

Toleransi F1 : membincangkan isu sejagat seperti isu keganasan dan isu


pelarian [1m]
H1 : kedamaian serantau dapat dicapai melalui perbincangan isu
sejagat demi kebaikan bersama. [1m]
H2 : dapat membantu Negara yang dilanda masalah seperti
Rohingya.[1m]

Anda mungkin juga menyukai