Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 1 JUL 401- KARANGAN

NAMA PENUH : SHAHRUL AZLAN BIN ABU SAMAH

MATRIK : JK/11925/17

NO. K/P : 840924-08-5297

***Penting: Sebelum hantar, pastikan bahagian depan file e-tugasan Tugasan 1 JUL 401 (1 file sahaja)
mengandungi muka surat ini dan soalan kefahaman bacaan.

Panduan Umum Karangan:

I Pengenalan -1 perenggan

 Penyataan Umum Tajuk/Idea Inti


 Penjelasan tentang Idea Inti
 Fokus perbincangan

II Isi ( 5-6 isi utama) – 5/6 perenggan

Setiap isi seharusnya terdapat:

 Ayat Topik
 Ayat Sokongan
 Ayat Sokongan
 AYat Sokongan
 Ayat Penutup

III Kesimpulan – 1 perenggan

 Rumusan tentang Idea Inti


 Komen Keseluruhan
 Penegasan Sikap/Harapan
BAHAGIAN A:

Bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia mengeksploitasi alam
sekitar. Bincangkan.

Dewasa ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita berkaitan pencemaran

alam sekitar yang berlaku di dalam dan luar negara. Dunia pada hari ini telah mencapai

satu tahap peradaban pada kemuncaknya. Dalam mengejar arus kemodenan, Malaysia

juga tidak ketinggalan dalam agenda pembangunan negara namun dalam masa yang

sama, kita sering terlupa akan tanggungjawab kita terhadap anugerah Tuhan iaitu alam

sekitar yang tidak ternilai harganya.

Banyak contoh peristiwa yang berlaku kesan sikap tidak endah kita terhadap

alam sekitar. Banjir di Pulau Pinang pada 05 November 2017 yang telah meragut 7

nyawa adalah bukti bahawa aktiviti mengekploitasikan alam sekitar sememangnya

mengundang padah. Ini kerana pembangunan secara tidak sistematik di Pulau Pinang

(rujukan astroawani.com) yang menjadi punca kejadian banjir besar tersebut. Jangan

kita lupa juga pada 31 Mei 2016, banjir besar juga telah melanda Tanah Tinggi

Cameron berpunca daripada penerokaan tanah secara haram. Lebih memeritkan,

sehingga kini kerajaan terpaksa melaburkan sejumlah wang yang besar bagi membaik

pulih kawasan-kawasan yang terjejas teruk kesan tragedi itu. Hal ini jelas menunjukkan

betapa besarnya impak kemusnahan banjir yang berlaku sekiranya kita terlalu rakus

mengejar pembangunan tanpa memikirkan tentang keseimbangan ekosistem bumi.

Selain itu, menurut laporan Berita Harian, lebih RM15 juta hasil operasi balak

haram di Sarawak telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa sepanjang tahun 2016.
Melalui angka tersebut, dapat kita bayangkan sejauh manakah kemusnahan yang telah

berlaku di Sarawak. Lebih menyedihkan, masalah ini tidak hanya berlaku di Sarawak.

Saban hari berlakunya kes-kes pencerobohan tanah secara haram di seluruh Malaysia

bagi tujuan pembalakan dan rompakan hasil hutan negara. Khazanah hutan yang tidak

ternilai dirompak dan dijual di pasaran gelap sesungguhnya merugikan negara apatah

lagi dengan nilai kerosakkan bumi yang nilainya tidak terhitung dengan wang ringgit.

Sekiranya tidak dibendung, kita tidak akan berupaya memulihkan semula kerosakan

yang telah terjadi di hutan-hutan negara kita.

Menurut sumber dari The Rakyat Post, sebanyak 121 kes pencemaran minyak di

laut Malaysia dilaporkan sejak tahun 2009 sehingga Disember 2015. Antara kawasan

terjejas termasuk garis pesisir pantai di Terengganu dan Pahang yang

dicemari tarball (sisa-sisa tumpahan minyak). Statistik menunjukkan pencemaran itu,

termasuk tumpahan minyak boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja,

terutamanya Malaysia dan negara jiran, Indonesia serta Brunei merupakan negara

pengeluar minyak. Keadaan ini jelas merosakkan ekosistem laut meskipun petroleum

merupakan sumber pendapatan negara.

Usaha kita dalam melestarikan bumi bukanlah satu perkara baru. Melalui

program-program anjuran kerajaan dan badan bukan kerajaan, kita telah melaksanakan

pelbagai usaha contohnya Program Rakan Alam Sekitar (2009) inisiatif Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar, Program Alam Sekitar Anjuran Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (1972), Program Kelestarian Alam Sekitar (2013) anjuran Universiti

Kebangsaan Malaysia serta Hari Alam Sekitar Negara yang disambut saban tahun.

Acara-acara ini dijalankan secara berterusan dalam memastikan kesedaran tentang


masalah ini diambil peduli oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagi mencapai objektif

kelestarian bumi, segenap lapisan masyarakat perlu dikerahkan agar cakna akan

tanggungjawab dan peranan masing-masing. Masyarakat perlu peka dan melaporkan

kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencemaran oleh pihak

tidak bertanggungjawab selain menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan selamat.

Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pula perlu lebih giat mengadakan

pelbagai program alam sekitar khususnya aktiviti menghijaukan bumi bagi memastikan

keberkesanan kelestarian bumi. Di samping itu, peranan pihak berkuasa dalam

membanteras aktiviti-aktiviti haram ini perlu lebih agresif dalam memastikan tidak

berlakunya jenayah ini lagi. Hukuman yang lebih berat disarankan ke atas residivis

(pengulang laku jenayah). Ini juga sebagai contoh agar pihak lain tidak berani

melakukan kesilapan yang serupa.

Secara kesimpulannya, seandainya kita masih alpa pada masa kini, ia tentu

akan merugikan anak cucu kita pada masa akan datang. Usaha yang serius dan

berterusan dari semua pihak adalah amat diharapkan bagi memastikan “bumi yang

lestari” bukanlah lagi impian semata-mata.

(602 patah perkataan)


BAHAGIAN B:

Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu


mempercepat usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa Melayu.

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Saya amat bersetuju. Isu globalisasi dan kemajuan teknologi haruslah dipandang

dari sudut positif. Masyarakat seharusnya mengubah batasan pemikiran ke arah yang

lebih dinamis dan optimis seterusnya menggunakan kemudahan teknologi bagi

memperkenalkan Bahasa Melayu kepada dunia sebagai satu bahasa yang memiliki

status dan nilai sastera, sosial, ekonomi dan politik yang tinggi.

(50 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai