Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN 2

ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN A 2
BAHAGIAN B 4
BAHAGIAN C 8
KESIMPULAN 11
REFLEKSI KENDIRI 12
RUJUKAN 13
PENGENALAN
Bagi menyelesaikan isu alam sekitar, Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education [CGED]) dilihat memberi manfaat kepada masyarakat.
Perkara yang amat penting bagi menyelesaikan isu alam sekitar ini hendaklah dimulai
di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Pendidikan adalah perkara penting dalam mendidik bermula dari kanak-
kanak sehingga dewasa yang mana dapat memberi kesedaran kepada meraka akan
pentingnya menjaga alam sekitar serta dapat melahirkan warga yang menyayangi
alam sekitar. Ianya sekaligus dapat menyumbang meningkatkan kualiti hidup
masyarakat. Banyak kaedah yang boleh diguna pakai dalam menyelesaikan masalah
persekitaran iaitu pendidikan alam sekitar secara formal dan tidak formal. Pendidikan
alam sekitar bersifat pendidikan sepanjang hayat sekaligus dapat meningkatkan
kualiti hidup masyarakat. Antara objektif tugasan ini adalah untuk melihat bagaimana
Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat memupuk rasa sayang dan cintakan alam
sekitar bagi generasi akan datang. Selain itu ianya dapat memberi kesedaran akan
pentingnya menjaga alam sekitar di kalangan kita untuk mewariskan bumi ini kepada
generasi akan datang dengan menggabungkan 3 dimensi konsep utama (kemahiran
kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Pendidikan Alam Sekitar merupakan
instrumen yang berkesan dalam membantu generasi masa hadapan untuk mentadbir
kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous 2004). Selain itu
juga ianya dapat membentuk populasi manusia yang berpengetahuan, berkemahiran,
bermotivasi dan berkomitmen untuk bekerja secara individu dan berkumpulan dalam
menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru
daripada muncul. Menurut O’ Riodan (1981) pendidikan alam sekitar mempunyai
persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang bertujuan untuk membina
komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan menyeluruh
tentang hubungan manusia dan alamnya.

BAHAGIAN A
Pencemaran sungai adalah isu utama yang dipilih untuk menyelesaikan tugasan ini.
Isu ini dipilih kerana sangat terkesan dengan isu kualiti air yang sangat meruncing

1
kebelakangan ini. Media sebelum ini melaporkan bekalan air di empat daerah di
Selangor terjejas berikutan masalah pencemaran bau di Sungai Semenyih, di mana
lokasi yang terjejas ialah di sekitar Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan
Sepang. Difahamkan bahawa terdapat 46 premis kilang di Nilai yang menjadi fokus
pemeriksaan Jabatan Air dan Saliran (JAS) susulan pencemaran bau di Sungai
Semenyih baru-baru ini. (Azzman Abdul Jamal, Berita Harian, 26 Disember 2019).
Air adalah sangat dekat dengan kehidupan dan juga sumber semulajadi yang sangat
penting bagi kehidupan di bumi samada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Tanpa
air bumi akan musnah. Air adalah sumber semulajadi yang menjadi keperluan utama
kepada manusia, maka tidak hairanlah manusia juga adalah penyebab terbesar kepada
pencemaran air. Pencemaran adalah persekitaran yang dicemari oleh kegiatan
manusia dan juga semulajadi. Pencemaran sungai pula adalah apabila berlaku
perubahan dari segi warna, bau dan rasa kerana bercampur dengan bahan kimia, haba
cahaya dan tenaga alam sekitar dan ianya tidak lagi sesuai untuk digunakan untuk
sebarang aktiviti.

Faktor utama pencemaran sungai adalah berpunca dari pembuangan sisa-sisa


kumbahan yang tidak sempurna. Melalui sisa kumbahan ini pencemaran sungai akan
bertambah teruk lagi di kawasan yang mempunyai sistem pembentungan yang tidak
sempurna terutamanya di kawasan pendalaman atau luar bandar di mana sisa
kumbahan disalurkan terus ke dalam sungai. Aktiviti perindustrian juga antara
penyebab pencemaran sungai. Kegunaan meluas logam dari aktiviti perindustrian
seperti kilang-kilang mengakibatkan peningkatan eksplorasi, perlombongan dan
pengeluaran secara besar-besaran, serta peningkatan penggunaan tenaga, sehingga
menyebabkan masalah pembuangan sampah dan pencemaran bekalan air.

Selain itu, aktiviti pertanian samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran juga
menjadi penyebab pencemaran sungai. Pencerobohan tanah yang tidak terkawal telah
menyebabkan hakisan tanah sekaligus mencemarkan air sungai kesan daripada bahan
terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Racun serangga dan baja kimia

2
dalam aktiviti pertanian juga faktor berlakunya pencemaran sungai yang mana
kesannya kepada hidupan akuatik dan juga keindahan alam semula jadi.

Aktiviti penternakan juga menjadi punca kepada pencemaran air. Penternakan ayam,
lembu, kambing dan babi direkodkan sebagai penyebab
utama pencemaran sungai akibat dari najis dan sisa kotoran yang dihasilkan. Sikap
tidak bertanggungjawab masyarakat yang membuang sampah merata-rata serta
membuang sampah ke dalam sungai telah memburukkan lagi keadaan. Akibatnya air
sungai yang tercemar akan memberi kesan buruk terhadap ekosistem. Kesihatan
manusia juga akan terjejas akibat sisa buangan dari industri yang mengandungi keluli
bakteria, bahan organik dan bukan organik yang tidak dirawat dengan betul. Di
samping itu, populasi bandar yang semakin meningkat menghasilkan kepekatan
buangan manusia dan haiwan yang tidak dirawat dan organisma yang menghasilkan
penyakit yang berkaitan dengan air. 

Bahagian B:

Berdasarkan kepada video di atas dapat difahami apakah itu Pendidikan


Kewarganegaraan Global yang terdiri daripada 3 dimensi konsep utama (kemahiran
kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku). Dalam menghadapi cabaran global jalan

3
penyelesaian diperlukan melalui pemikiran dan tindakan. Generasi muda perlu
dibekalkan dengan pendidikan yang relevan dengan keadaan semasa dan memberi
aspirasi kepada mereka melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global. Pendidikan
Kewarganegaraan Global dapat membantu mendidik generasi muda untuk hidup
dalam keadaan aman dan harmoni, menghormati antara satu sama lain, mempunyai
nilai sensitiviti yang tinggi berdasarkan hak asasi manusia. Ianya membantu generasi
muda untuk berfikir secara kritis, memahami hubung kait sesuatu perkara sama ada
dalam dan juga luar negeri. Pendidikan Kewarganegaraan Global juga membantu
membina motivasi untuk terlibat dan mengambil peranan dalam cabaran global yang
mendatang. Generasi muda juga dapat menyumbang kepada keamanan, kesefahaman
kearah dunia yang mampan. Pendidikan Kewarganegaraan Global boleh didedahkan
di peringkat sekolah melalui pelbagai subjek. Ianya juga boleh didedahkan di luar
sekolah, melalui pergaulan, kerajaan, media dan keluarga dalam erti kata lain
melibatkan semua orang. Pendidikan dapat mendidik generasi muda apabila mereka
mempelajari isu global serta bagaimana ianya memberi kesan terhadap komuniti.
Apabila generasi muda diberi peluang untuk belajar di antara satu sama lain, mereka
bertukar pendapat serta berkongsi idea serta pendirian masing-masing. Sekaligus
ianya mendedahkan mereka bagaimana untuk melahirkan rasa hormat dan belajar
untuk meraikan perbezaan pendapat. Pendidikan Kewarganegaraan Global akan lebih
berkesan apabila guru mengambil tempat serta dibekalkan dengan bahan pengajaran
yang bersesuaian. Ianya akan dilihat berjaya dan memberi kesan apabila semua
pelajar tidak mengira jantina rasa dihormati sebagai seorang manusia dan memberi
galakan untuk sentiasa mengambil bahagian disetiap pembelajaran. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-
aktiviti mental seperti berfikir, menganalisis, menaakul,
membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Kognitif ialah satu
proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Kemahiran
kognitif adalah berbeza dengan akademik (Mahfuzah Zainol, 2016).

Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud semua hal yang berkaitan


dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula

4
menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa
emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi.
Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira,sedih, takut, marah
dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan
sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula
adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosio-emosi di kalangan
kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasikan
diri dalam masyarakat. Konsep tingkah laku pula, membolehkan ahli
masyarakat bertindak secara kreatif dan berkesan serta bertanggungjawab di
peringkat setempat, negara dan global (UNESCO, 2015).
https://www.youtube.com/watch?v=KuKzq9EDt-0

Video di atas adalah berkenaan video isu alam sekitar yang telah dipilih iaitu
pencemaran sungai. Sikap manusia saban hari semakin teruk dan menyebalkan.
Jumlah penduduk yang semakin meningkat sekaligus sungai berhadapan dengan
pencemaran yang amat kritikal hasil dari pembangunan yang pesat dan perindustrian
yang tidak terkawal. Ianya mengakibatkan lebih banyak sisa buangan domestik dan
industri di buang ke dalam sungai. Dilaporkan kira-kira 300 tan sampah dibuang ke

5
dalam sungai saban tahun oleh rakyat Malaysia. Sampah sarap ini cukup untuk
mengisi 110 kolam renang bersaiz olimpik, keadaan ini amat menyedihkan. Di
Malaysia 5 sungai dikenalpasti sebagai tercemar iaitu Sungai Segget dan Sungai Ayer
Merah di Johor, Sg Jelutong, Sungai Juru dan Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai-
sungai ini diklasifikasikan sebagai sungai mati kerana tercemar sehingga tidak dapat
menampung kehidupan termasuklah ikan dan tumbuhan akuatik. Difahamkan lagi
sungai paling kotor di Malaysia dari segi pembuangan sampah adalah Sungai Klang
di mana dianggarkan kira-kira 77000 tan sampah dibuang kedalam sungai setiap
tahun. Kegiatan pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai adalah punca utama pencemaran berlaku. Aktiviti-
aktiviti kilang, pembalakan, penternakan dan pertanian juga menyumbang kepada
pencemaran sungai di negara ini. Isu pencemaran sungai ini tidak pernah akan selesai
kerana sikap manusia yang memandang ringan dan tidak menyedari atau tanpa sedar
tindakan mereka itu akan memberi kesan jangka panjang kepada generasi yang akan
datang. Generasi akan datang tidak akan dapat mewarisi keindahan alam atas apa
yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Masyarakat haruslah menyambut
baik dan bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam memelihara dan memulihara
sungai-sungai kita. Bermacam-macam kempen dan promosi yang telah dijalankan
baik di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
dikuatkuasakan di mana seksyen berkaitan pencemaran sungai adalah Seksyen 24 –
sekatan mengenai pencemaran tanah, seksyen 25 – sekatan mengenai perairan
daratan dan seksyen 34B – larangan terhadap penempatan, peletakan dsb serta
buangan terjadual. Ini menunjukkan kerajaan mengambil serius akan pencemaran
yang berlaku di Malaysia. adalah berkenaan. Perkara ini dapat juga dikaitkan dengan
Pendidikan Kewarganegaraan Global yang telah dilancarkan dimana ianya akan
mendidik generasi baru pewaris di masa akan datang berkenaan pentingnya untuk
menjaga alam sekitar terutamnya sungai. Gabungan 3 dimensi konsep utama iaitu
kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku dilihat cukup lengkap dari segi
rohani dan jasmani serta jati diri yang mantap bagi memupuk rasa cinta dan sayang
terhadap alam sekitar untuk generasi akan datang.
https://www.youtube.com/watch?v=y9IerGvQkWE

6
BAHAGIAN C
Kemusnahan alam seperti pencemaran sungai terjadi akibat sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab dalam menjaga amanah Allah untuk menjaga alam sekitar. Isu
pencemaran sungai yang dihadapi pada masa kini akibat sikap tidak
bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam ini. Kebelakangan ini
semakin banyak bencana alam yang terjadi ekoran dari sikap manusia yang rakus
memikirkan keuntungan semata-mata. Oleh itu pendidikan alam sekitar antara
medium utama yang paling berkesan dalam menangani isu alam sekitar khususnya
pencemaran air sungai. Pendidikan Kewarganegaraan Global melalui 3 dimensi
konsep utama dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu
alam sekitar. 3 dimensi konsep utama tersebut adalah kemahiran kognitif, sosio-
emosi dan tingkah laku.

Melalui kemahiran kognitif ianya dapat memberikan kesedaran kepada pelajar dari
peringkat rendah lagi sehinggalah ke menengah. Konsep kemahiran kognitif ini
adalah pelajar dapat berfikir secara kritis dan lebih bertanggungjawab terhadap
persekitaran mereka serta berupaya menggunakan logik akal yang mana pelajar dapat
menilai kebaikan dan keburukan dari setiap perkara yang ada disekeliling mereka.
Kemahiran kognitif ini tidak hanya terhad kepada pembelajaran di dalam bilik darjah
sahaja ianya haruslah menggunakan skop dan cara pengajaran subjek yang berbeza
dari kebiasaan bagi menarik minat dan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar.
Selain itu aktiviti di luar bilik darjah juga dapat menarik minat pelajar terhadap
kepentingan alam sekitar berbanding pengajaran di dalam kelas yang telah biasa
dilakukan. (Haliza Abdul Rahman, 2017). Guru haruslah kreatif dalam kaedah
pembelajaran bagi menarik minta pelajar. Isu alam sekitar terutamanya pencemaran
sungai boleh dijadikan topik yang sangat menarik dengan menjalankan aktiviti di luar
bilik darjah.

Konsep Sosio-emosi pula adalah berkenaan pendidikan abad ke-21 harus dilihat luar
dari kebiasaan yang diamalkan. Dalam perkembangan dunia yang sangat pantas serta

7
semakin berkembang, kemahiran sosial dan emosi adalah penting. Ini termasuk
bagaimana untuk memahami dan menguruskan emosi, boleh bekerjasama dengan
mudah serta nilai sensitiviti yang tinggi terhadap orang lain. Perkara ini sangat
penting terhadap semua pelajar dan masyarakat bagi melahirkan warga yang sejahtera
dan mampan(UNESCO 2017). Seiring dengan tumbesaran setiap kanak-kanak
melalui proses sosialisasi. Keluarga, saudara mara, rakan, jiran dan juga apa yang
terdapat di sekeliling mereka adalah persekitaran sosialisasi. Tahap perkembangan
emosi akan tercapai melalui semua persekitaran yang dialami oleh mereka.

Pada Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977 mempersetujui,


Pendidikan alam sekitar ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran,
komunikasi massa, penglibatan komuniti serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan
untuk membentuk populasi manusia yang peka dan mengambil berat terhadap alam
sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley 2000). Hubung kait
sosio-emosi dengan pentingnya menjaga alam sekitar adalah melalui internet. Jika
sebelum ini maklumat hanya diperolehi melalui radio, televisyen dan akhbar tetapi
kini pelajar mendapatkan maklumat melalui internet. Internet bersifat global dan
membolehkan isu-isu alam sekitar dikumpul serta diperolehi. Ini secara tidak
langsung dapat memberikan kesedaran terhadap pelajar dan juga masyarakat
berkenaan masalah alam sekitar terutamanya pencemaran sungai. Dari pemerhatian
tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar terhadap isu pencemaran sungai adalah
baik. Ianya berdasarkan banyak kempen-kempen yang telah dibuat oleh oleh kerajaan
dan pihak sekolah serta pelajar universiti akan pentingnya menjaga alam sekitar
khususnya sungai. Pelajar sedar akan tanggungjawab serta peranan mereka dalam
menjaga alam sekitar.

Konsep tingkah laku dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan


menyelesaikan isu alam. Konsep tingkah laku ini dapat mendidik pelajar untuk lebih
peka untuk memahami perkara yang berkaitan dengan alam sekitar khususnya
pencemaran sungai. Dapat dilihat berdasarkan kajian Howard & Charles Sturt
University, 2000 membuktikan masyarakat tidak berupaya untuk memahami isu

8
secara mendalam penyebab berlakunya masalah alam sekitar. Mereka mungkin sedar
akan masalah alam sekitar khususnya pencemaran sungai tetapi mereka tidak faham
maklumat atau punca bagaimana pencemaran sungai itu berlaku. Konsep tingkah
laku yang diterapkan dalam pendidikan kewarganegaraan global dapat mewujudkan
kesedaran berkenaan alam sekitar khususnya pencemaran sungai bukan sekadar di
peringkat tempatan malahan di peringkat global. Pemahaman dan tahap pengetahuan
masyarakat Malaysia masih berada pada tahap yang sederhana tentang isu alam
sekitar (Tamby, Lilia, & Thiagarajan, 2010). Ini menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan dan kesedaran masyarakat yang sederahana tidak mampu untuk
menyedarkan mereka akan isu alam sekitar. Seseorang yang mampu untuk
menjelaskan kepada orang lain tentang bahaya kerosakan atau pencemaran alam
sekitar adalah yang sebenarnya faham akan isu tersebut. Ianya akan dipraktikkan
dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu dalam mengurangkan masalah
pencemaran seperti membuat kitaran semula bagi mengurangkan sampah sarap serta
tidak membuang sisa bahan buangan seperti minyak yang telah digunakan ke dalam
longkang di belakang rumah. Ini kerana sisa tersebut akan terus menyalur ke dalam
sungai dan mengakibatkan pencemaran sungai. Menurut O’Riordan (1981) seseorang
individu dapat berperanan secara berkesan dalam komuniti masing–masing adalah
dengan kebolehan untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat kepada orang lain dan
polisi tentang kesan-kesan daripada sebarang tindakan (termasuk juga kesan tidak
mengambil sebarang tindakan).

5 cadangan dikemukakan bagi menyelesaikan isu alam sekitar khususnya


pencemaran sungai melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global:-
1. Melancarkan program kesedaran bagi mendidik pelajar serta orang awam
supaya peka dengan alam sekitar serta kepentingan menjaga alam sekitar,
terutama sekali sungai (Harian Metro, 2017).
2. Menganjurkan bengkel secara berkala bagi membincangkan usaha sama
antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk sekolah dalam
pemulihan sungai (Harian Metro, 2017).

9
3. Penglibatan pelajar dalam meneroka alam untuk melihat sendiri kesan
buruk pencemaran (Harian Metro, 2017).
4. Menjalankan aktiviti mencuci sungai dengan mengasingkan sampah untuk
meminimumkan sisa yang akan pergi ke tapak pelupusan seperti plastik
dan barangan tidak mudah lupus hingga mengakibatkan pencemaran
(Harian Metro, 2018).
5. Mendedahkan pelajar dan masyarakat setempat dengan projek yang telah
di jalankan oleh kerajaan seperti projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL)
menerusi aktiviti ‘river walk’ sejauh dua kilometer (km) di sepanjang
Sungai Klang yang terbabit dengan projek berkenaan (Harian Metro,
2018).

KESIMPULAN:
Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi
melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan
bahkan mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar.
Pendidikan merupakan tunggak pembangunan untuk masyarakat dan juga negara.
Tanpa sistem pendidikan yang teratur, negara itu boleh dianggap telah gagal dalam
melaksanakan tanggungjawabnya untuk memartabatkan sistem pendidikan yang
berkualiti ((Harun, 2017)Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, Wan Muna
Ruzanna Wan Mohamad, 2017). Ianya boleh menyumbang ke arah peningkatan
kualiti hidup masyarakat di Malaysia. Pendedahan pendidikan ini sejak dari awal lagi
akan melahirkan kelestarian terhadap ‘Cintakan Alam Sekitar’. Pendidikan alam
sekitar itu sendiri adalah merupakan satu bentuk alat pengurusan yang boleh
diaplikasi di peringkat sekolah rendah lagi. Pelajar-pelajar yang telah diasuh dan
ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam akan lebih sensitif terhadap apa jua
pencerobohan yang berlaku di persekitaran mereka. Pepatah Melayu ada menyatakan
bahawa “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”, adalah peribahasa yang sesuai
bagi pendekatan yang cuba digarapkan dalam penelitian ini. Dengan cara ini,
kekuataan yang dibina akan menjadi perisai diri dan secara tidak langsung boleh

10
bertindak untuk membimbing diri sendiri dan orang lain bagi menyayangi alam
sekitar. Pendekatan yang memerlukan kurikulum alam sekitar harus diajar dan
ditekankan di peringkat awal pendidikan. Secara jelasnya melalui pendidikan alam
sekitar akan melahirkan warga yang menyintai alam sekitar, prihatin dan sensitif
terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru,
pelajar-pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang kearah
peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga pencemaran,
kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan ini
akan dapat memastikan modal insan yang dilahirkan akan menjadi warganegara yang
bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk warisan
sejagat.

REFLEKSI KENDIRI:
Alhamdulillah pertama sekali saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Setinggi penghargaan saya ucapkan
kepada pensyarah yang tidak jemu menabur ilmu dalam mendidik kami untuk
mempelajari dan melaksanakan tugasan Learning Skills for 21st Century ini. Setelah
saya mempelajari kesemua topik saya sedar mata pelajaran ini amat penting kepada
diri saya. Di era global yang sangat mencabar ini kemahira dalam pelajaran di abad
ke 21 amat berguna. Sebagaimana yang kita ketahui kehidupan di abad 21 ini sudah
berubah samada dari gaya hidup masyarakat atau dari segi pendidikan. Banyak yang
saya dapat pelajari antaranya bagaimana untuk saya mengadaptasi perubahan dan
mampu untuk belajar secara berkumpulan, saya juga boleh bekerja secara
bersendirian tidak bergantung kepada orang lain dan mampu mengatur diri sendiri,
kebolehan untuk membuat projek serta menghasilkan sesuatu dari projek tersebut,
saya juga mempelajari bagaimana merasakan mempunyai tanggungjawab dan mampu
untuk memimpin rakan-rakan mendepani perkembangan dunia yang pesat.

11
RUJUKAN

Tamby, Lilia, & Thiagarajan. 2010. Environmental Citizenship: What Level Of


Knowledge, Attitude, Skill And Participation The Students Own.

Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif.
2013. Kajian Perhubungan Antara Kesedaran Alam Sekitar Dengan Tingkah Laku
Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Mahfuzah Zainol. 2016. Kemahiran kognitif adalah berbeza dengan akademik

Noorfaryana Ijas, Amir Hamzah Sharaai. 2016. Life Cycle of Dolls (Environmental
Education Series: Life Cycle of Product Book 1

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/05/228763/perangi-pencemaran-sungai

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/08/363801/indahkan-sungai-kita

https://en.unesco.org/events/social-and-emotional-skills-and-education-2030-agenda

Azzman Abdul Jamal. 2019. Berita Harian

12

Anda mungkin juga menyukai