Anda di halaman 1dari 13

BACHELOR OF MEDICAL AND HEALTH SCIENCES WITH HONOURS

SEMESTER MAY / TAHUN 2020

OUMH1603

LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY

NO. MATRIKULASI : 781008125049001


NO. KAD PENGENALAN : 781008-12-5049
NO. TELEFON : 018-7878837
E-MEL : mohdzuzaini@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA LEARNING


CENTRE

1
1.0 Pengenalan
Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education [GCED]) adalah
bersifat transformatif, memberikan peluang dan kompetensi kepada para pelajar untuk
merealisasikan hak dan kewajiban mereka untuk mempromosikan dunia dan masa
depan yang lebih baik (https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000224115).
Setiap negara global yang pesat membangun menghadapi masalah yang berkaitan
dengan isu-isu alam sekitar. Disebabkan alpa dan sikap acuh tidak acuh dalam
melindungi alam sekitar, aktiviti perkembangan teknologi dan perluasan tempatan
yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan telah merobek kelestarian alam
sekitar dan menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia dan ketidakstabilan
ekosistem. Pada abad ke-21, isu alam sekitar menjadi tumpuan global masa kini.
Bumi terdedah kepada faktor secara semulajadi dan juga faktor manusia yang
mengakibatkan masalah pencemaran dan mengakibatkan muka bumi terjejas serta
hidupan lain serta sumber asli. Pendidikan khususnya berkenaan alam sekitar dilihat
sebagai salah satu instrumen paling penting dan berkesan dalam menangani isu dan
juga permasalahan ini. Pendidikan Kewarganegaraan Global berperanan dalam
menyelesaikan isu permasalahan ini dengan memberi kesedaran dan penekanan
kepada masyarakat global dari aspek kefahaman, sosio ekonomi dan tanggungjawab
terhadap alam sekitar. Menurut laporan United Nation Decade of Education for
Sustainable Development (UNESCO 1996), Pendidikan Alam Sekitar adalah proses
pembelajaran yang melibatkan penyelesaian masalah dan keupayaan pelajar dalam
membuat keputusan yang tepat untuk masa hadapan serta bertujuan menyediakan
keperluan dan kaedah pemeliharaan alam sekitar kepada generasi akan datang.
Melaluipendidikan alam sekitar akan dapat melahirkan masyarakat yang mampu
memahami hubungan antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Ianya
memberi kesedaran kepada setiap warganegara global bahawa alam ini amatlah
penting dalam melindunginya. Tugasan ini membincangkan bagaimana Pendidikan
Kewarganegaraan Global dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam
menangani isu permasalahan alam sekitar. Objektif penulisan ini adalah untuk
memberi pemahaman yang lebih jelas mengenai faedah GCED sebagai medium
perantara untuk masyarakat dalam menangani masalah isu alam sekitar. Selain itu
juga untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada masyarakat tentang
kepentingan memahami dan bertindak dengan aktif dalam menangani masalah alam
sekitar yang dihadapi.

2
2.0 Isi kandungan
2.1 Bahagian A - Pencemaran air
Pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah perubahan sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau
aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan sehingga menjejaskan kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma lain iaitu tumbuhan
dan haiwan (https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran).
Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting
kepada semua kehidupan. Sumber air penting untuk dijadikan minuman, aktiviti
pembersihan, pertanian, kegunaan industri, perikanan, pengangkutan dan lain-
lain. Jika tidak ada air di dunia ini, ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti
yang ada sekarang ini. Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan
penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan
permintaan air. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila
digunakan. Antara jenis-jenis pencemaran air ialah limpahan minyak ke dalam
laut, sisa buangan dari kilang, bahan buangan domestik dan organik pertanian.
Pencemaran air akan memberi kesan kepada manusia dan juga organisma akuatik.
Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang
mengandungi bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Sesetengah
bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah
toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Yang menjadi mangsa
adalah  penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka
menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.
Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai,tasik dan air dari
tanah. Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik
dari kilang-kilang dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan
menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika
pencemaran sungai tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air
akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber
makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam. Dengan itu,
organisma aquatik akan mengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang
akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.

3
Secara amnya, pencemaran air membunuh manusia. Menurut Environmetal
Pollution Centers, pada tahun 2015 sahaja, 1.8 juta manusia mati kerana
pencemaran air di seluruh dunia. Air yang tercemar membuatkan kita sakit kerana
ia membawa beribu jenis bakteria dan virus yang berpunca dari bahan buangan
dan toksin merbahaya. Antara penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran air
ialah cirit birit, typhoid dan kanser usus. Malah, air yang tercemar bukan sahaja
bahaya untuk diminum, malah ia juga memberi kesan sekiranya kita berenang
dan boleh mengakibatkan kanser kulit atau sakit-sakit kulit yang lain.

Hidupan air seperti ikan, udang, terumbu karang. rumpai laut dan sebagainya
akan mati dan sesetengah spesies boleh terhapus disebabkan pencemaran air.
Sebagai contoh, hampir 78% penyu yang mati adalah disebabkan tertelan plastik
atau sisa buangan manusia kerana dianggap makanan oleh mereka..

Selain itu juga, kawasan yang tercemar airnya juga tidak lagi sesuai untuk
didiami. Ini kerana, tumbuh tumbuhan tidak dapat hidup dengan baik dan haiwan
atau manusia yang minum dari air tercemar itu boleh mati. Aktiviti-aktiviti
seperti memancing, memuka

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan oleh kerajaan dalam membendung
isu pencemaran air. Namun masih belum menampakkan hasil yang positif.
Masyarakat perlu turun padang membantu dan tidak sekadar meletakkan tugasan
ini kepada kerajaan semata-mata. Masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa
kaair amat penting dalam kehidupan kita. Apa akan terjadi jika isu pencemaran
air ini terus dibiarkan tanpa ada pihak yang cakna akan permasalahan ini. Isu
pencemaran air ini dipilih adalah bertujuan untuk membincangkan dengan lebih
meluas bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global berperanan dalam
menyelesaikan isu-isu pencemaran air dan alam sekitar. Di samping itu juga
memberi kesedaran kepada masyarat betapa pentingnya kita menjaga kebersihan
air bagi mengelakkan lebih banyak episod bencana.

4
2.2 Bahagian B - Infografik

Rajah 1
Sumber : ( https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1220185.pdf )
Rajah 1 menerangkan maksud Pendidikan Kewarganegaraan Global dan tiga
dimensi konsep utamanya. Ia juga menerangkan mengenai kesan tiga dimensi
konseptual utama kepada seluruh warga dunia untuk memastikan kelestarian
sejagat. Menurut Ban Ki-moon, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, GCED adalah pendidikan yang memberi kita pemahaman yang
mendalam yang mana kita terikat dengan komuniti warganegara global dan
cabaran kita saling berkaitan. Memainkan peranan bertanggungjawab dalam
menjaga dan memelihara dunia merupakan konsep yang diterapkan dalam GCED
dengan cara saling mengambil berat antara satu sama lain tidak kira perbezaan
latar belakang. Matlamat utama Pendidikan Kewarganegaraan Global ini adalah
untuk memupuk rasa hormat kepada semua agar dapat membangunkan rasa
kepunyaan sesama manusia dan membantu pelajar untuk menjadi warganegara
global yang bertanggungjawab dan aktif. Terdapat tiga dimensi konseptual
Pendidikan Kewarganegaraan iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. .

5
Pendekatan kognitif memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu
seperti pemikiran secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi.
Elemen kognitif merupakan salah satu konsep dimensi utama program
kewarganegaraan global kerana ia merangsang para pendidik dan pelajar dengan
tidak mengira umur untuk berfikir secara meluas, kritis, matang dan berfikir di
luar kotak.
Elemen seterusnya ialah kemahiran sosio-emosi. Sosio-emosi ialah keupayaan
untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi
atau keadaan. Membolehkan individu mengurus dan memahami emosi sendiri,
membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran
dalam kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran ini mendidik kita untuk
memiliki rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai, empati, solidariti,
menghormati perbezaan dan kepelbagaian serta membantu pelajar menjadi
warganegara global yang bertanggungjawab.
Kemahiran tingkah laku adalah bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab
pada peringkat tempatan,kebangsaan dan global demi mencapai kelestarian dan
keamanan dunia. Kemahiran tingkah laku juga berupaya mendidik individu lebih
berdisiplin dan mampu untuk menjadi pemimpin yang berkaliber serta berjaya
sama ada di peringkat global mahu pun tempatan.

Rajah2 Sumber:
(https://cikguhazimah.wordpress.com/2012/05/07/kesan-pencemaran/

6
gambar-kesan-pencemaran-air/)
Rajah 2 menerangkan akibat daripada pencemaran air jika kita lalai dalam
menguruskannya. Air yang merupakan sumber penting dalam kehidupan kita
tercenar akibat oleh tangan-tangan manusia yang rakus serta sikap tidak
bertanggungjawab terhadap sumber semulajadi. Air yang dahulunya bersih dan
selamat digunakan setiap hari, tetapi telah dicemari dan berkemungkinan
membahayakan kesihatan kita Air tidak sebersih dan selamat seperti dahulu,
bahkan mana mungkin hidupan yang melengkapi rangkaian ekosistem dapat
hidup di dalamnya.
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca
pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak untuk mendapatkan minyak
mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila
minyak bercampur dengan air laut, ia akan mengakibatkan air tercemar.
Tumpahan minyak akan terapung menutupi permukaan air yang mana ia akan
mengahalang oksigen daripada masuk ke dalam air dan menjejaskan hidupan laut
kerana kekurangan oksigen. Selain itu, lapisan tersebut akan menghalang sinaran
matahari masuk ke dalam air dan menyebabkan fotosintesi terganggu dan
pembentukkan rumpai laut serta alga yang menjadi sumber makanan kepada
hidupan laut terhalang. Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi
berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain
untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Keadaan ini menjejaskan
habitat dan ekosistem kehidupan.
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan boleh terus disalurkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila
bahan buangan yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa
cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan air sungai tercemar. Bahan toksik
ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.
Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam
air dan mengancam hidupan akuatik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan
kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada
individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini
dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan

7
kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air
yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah  seperti baja.
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam
sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan
ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak
disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air
dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air
sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan
manusia apabila digunakan.
Justeru,langkah-langkah bagi mencegah dan membendung isu pencemaran sungai
ini adalah seperti menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat,
memasang perangkap sampah,kempen kesedaran melalui media massa serta
penyelenggaraan sistem perparitan berkala. Sebagai individu yang
berpengetahuan kita seharusnya berganding bahu bersama kerajaan dalam usaha
membendung isu pencemaran ini.

2.3 Bahagian C
Air memiliki rangkaian ekosistem serta hidupan akuatik yang menjadi sumber
pendapatan dan makanan sesetengah penduduk di Malaysia. Malaysia kini pesat
membangun dan tidak terkecuali daripada menghadapi permasalahan pencemaran
air. Semua bencana dan pencemaran ini disumbangkan campur tangan keterlaluan
manusia, kegagalan mempraktikkan pembangunan lestari, kelemahan agensi
penguatkuasaan dan sambutan rendah di kalangan masyarakat terhadap gaya
hidup mesra alam. Sumbangan utama pencemaran air adalah seperti pembuangan
sampah sarap,effluen dari loji rawatan kumbahan,sisa pepejal dan larian
pertanian. Selama bertahun-tahun sungai di Malaysia menghadapi masalah serius
akibat daripada permasalahan ini.Menurut Arni Munira (2019), Sungai Kim Kim
dilaporkan bertahun-tahun menjadi kawasan buangan sisa toksik sejak 2012 tanpa
sebarang tindakan. Sumber air yang telah tercemar dibiarkan tanpa ada yang
mahu merawatnya.
Adalah penting bagi kita mencegah dan mengawal air daripada dicemari bagi
memastikan sumber air yang kita perolehi adalah betul-betul bersih dan selamat
untuk digunakan. Pendidikan Kewarganegaraan Global adalah salah satu program
yang disokong oleh UNESCO. Pendidikan ini bertujuan memperkasakan para

8
pelajar agar lebih proaktif dalam memelihara kelestarian alam semulajadi dan
persekitaran di Malaysia dan juga dunia global. Selaras dengan itu, pendidikan
berkaitan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan UNESCO
dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran,
komunikasi massa, penglibatan komuniti serta sebarang aktiviti lain yang
bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka terhadap alam sekitar
dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya (Moseley, 2000). Kerjasama
rangkaian global yang melibatkan agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
bersama kerajaan yang lain ditubuhkan bertujuan menyebarkan GCED.
Pendidikan Kewarganegaraan Global bertujuan untuk membentuk kemahiran,
pengetahuan, nilai dan sikap yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi menyumbang
kepada keadilan dan kedamaian. GCED mendorong pelajar untuk mengambil
bahagian secara aktif dalam menyelesaikan masalah tempatan dan global yang
saling berkaitan pada abad ke-21. Tiga dimensi konsep utama digunakan dan
dilaksanakan untuk memberi tumpuan kepada pandangan humanistik terhadap
dunia. Justeru jelas bahawa dunia saling berhubung dan berkaitan. Dimensi kosep
utama membantu dalam membentuk negara yang mengenali perpaduan dan
kepelbagaian di mana ia bantu mengembangkan pemahaman tentang budaya lain,
empati dan kesedaran berkaitan masalah yang menjadi perhatian semua pihak.
Ketiga-tiga dimensi konsep utama ini memberi manfaat dan pengetahuan yang
mencukupi kepada masyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat berpendidikan,
berpengetahuan dan boleh berfikir secara kritis. Justeru, sikap dan tingkah laku
positif harus ditanamkan dalam diri di mana ia membolehkan kita melihat dari
sudut pandangan yang berbeza dan masyarakat saling berhubung dan menerima
kepelbagaian. Selain itu,ia juga mendorong tingkah laku masyarakat yang lebih
peka dan beretika serta bertanggungjawab untuk mencapai objektif bagi
menangani isu permasalahan pencemaran air di negara kita.

2.3.1 Cadangan cara menyelesaikan isu pencemaran air

Sebenarnya tiada langkah yang mudah yang boleh diambil. Usaha ini perlu
digembeleng dan disertai oleh semua pihak untuk memastikan ianya
berjaya.Antara langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi
mengatasi pencemaran air adalah seperti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam

9
Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca. Sisa-sisa
kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan
mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kerajaan
Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan
Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,
minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

Selain itu juga, sikap cintakan kebersihan perlu dipupuk semenjak dari kecil lagi
dan ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam hal
ini.Tunjukkan contoh yang baik seperti membuang sampah ke dalam tong
sampah, mengutip sampah yang nampak di lantai dan lain-lain lagi.

Mendidik masyarakat dengan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan air.


Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan
masalah pencemaran sungai. Media massa dan media elektronik perlu
memainkan peranan yang penting dan kerap bagi meningkatkan kesedaran orang
ramai tentang bahayanya pencemaran air.

Selain itu juga, pihak kerajaan melalui pihak berkuasa pula perlu bertegas dan
menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Tiada kompromi
samada kepada kroni terutamanya pada pihak-pihak kilang.Antara undang-
undang yang perlu dikuatkuasakan ialah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkaitan juga perlu memastikan sistem perparitan diselenggara dengan


kerap dan memastikan ianya tidak tersumbat. Dengan cara ini, sampah sarap yang
terlepas ke dalam air dapat dialirkan dengan baik.

Manakala bagi pihak cendekiawan dan saintis pula, mereka harus terus
menjalankan kajian dan eksperimen bagi mencari solusi dan cara yang lebih
mudah bagi menghapuskan sampah terutamanya plastik yang mengambil masa
sehingga ratusan tahun untuk lupus.

10
 

3.0 Kesimpulan
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam
keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini
sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan
penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua
bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan
manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat
terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan
alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk
mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting
yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang
timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan
oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah
ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-
orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian
pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi
menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah
pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri
manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada
itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah
yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan
kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang
harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita
mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita

11
melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate"
yang pernah diciptakan.

4.0 Refleksi kendiri

   Penulisan refleksi ini bertujuan menceritakan bagaimana perjalanan dari awal


sampai akhir saya menyelesaikan tugasan OUMH1603 Kemahiran Belajar Untuk
Abad Ke-21. Subjek ini merupakan matapelajaran wajib bagi semua pelajar yang
mengikuti pengajian di Open University Malaysia, sama ada di peringkat diploma
mahupun Ijazah. Mengikuti semester Mei 2020 dan juga kelas secara maya iaitu
menggunakan Google Meet merupakan pengalaman saya yang pertama di OUM serta
pengalaman yang begitu berbeza sekali sepanjang pembelajaran saya selama ini. Ia
juga memberikan saya ilmu untuk menjadi pelajar berkemahiran abad ke-21 dan
pendidikan kewarganegaraan global.

Saya agak ketinggalan dalam mengikuti kelas e-tutorial di Google Meet atas
faktor persekitaran dan juga masa. Selain kelas maya, saya dan kawan-kawan
berinteraksi dengan tutor dengan forum. Kami banyak berkongsi pendapat dan tutor
juga berinteraksi kepada permasalahan yang ditanya di forum. Pada awal kelas, saya
didedahkan dengan penilaian kursus ini iaitu 40% kuiz dan 60% adalah tugasan. Saya
berterima kasih kepada tutor yang banyak memberi tunjuk ajar bagaimana untuk
melaksanakan tugasan serta berbincang mengenai soalan-soalan kuiz. Saya cuba
membaca dan memahami kehendak soalan dan meneliti rubrik yang telah diberikan
bagi membantu saya menjawab soalan tugasan.

Saya menggunakan Google Scholar sebagai platform saya mencari sumber


maklumat berkaitan dengan pencemaran serta menjadikan modul yang telah diberi
sebagai rujukan saya. Saya menggunakan enjin carian Google untuk mencari
infografik yang berkaitan dengan pencemaran dan juga GCED.

Tutor juga banyak memberi nota mengenai cara penulisan rujukan mengikut
format A.P.A. dan petikan dalam teks. Tutor juga memberikan contoh penggunakan
petikan dalam teks. Saya juga perlu mempertingkatkan ilmu Teknologi Maklumat
kerana penggunaaan komputer dan juga kemahiran ICT. Secara umumnya, saya perlu
mengikuti semua kelas maya secara Google Meet & sekiranya saya tidak

12
berkesempatan saya boleh mengakses kelas yang direkod oleh Tutor. Kuiz juga perlu
saya titikberatkan di mana perlu mentelaah modul terlebih dahulu sebelum menjawab
soalan.

Kesimpulan, sebagai pelajar yang berdedikasi, saya jadikan semua masalah ini
adalah satu cabaran yang positif dalam hidup saya. Perjalanan saya masih jauh dan
saya akan lebih fokus dalam menempuh setiap cabaran dan dugaan sepanjang saya
bergelar pelajar di Open Universiti Malaysia.

5.0 Rujukan

Ismail Hashim. 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat.


Akademik Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor
Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan
dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei
1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun
1997.
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-
masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

13

Anda mungkin juga menyukai