Anda di halaman 1dari 1

Urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran
juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks.
Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya. Dengan penghijrahan
penduduk luar Bandar dari serata negeri akan mengeratkan lagi hubungan Etnik.
Modenisasi
Maksud
MODENESASI satu proses untuk mengubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari
segenap sudut. Ukuran modenisasi perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek
ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi. Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau
perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Dengan ini wujudlah tanah-tanah rancangan seperti
Felda, Felcra dan sebagainya yang menempatkan masyarakat berbilang kaum dan dapat mengeratkan
hubungan etnik di Malaysia.
Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi
oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi
mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti
internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam
tempoh yang singkat.
Untuk melihat kesan globalisasi terhadap hubungan etnik di Malaysia, kita harus memerhatikan terlebih
dahulu konsep-konsep yang berkaitan dengan hubungan etnik itu sendiri seperti konsep perpaduan,
asimilasi, amalgamasi, pluralisme dan perpaduan nasional. Antara konsep yang berkait rapat dengan
hubungan etnik ialah konsep perpaduan dan penyatuan. Proses globalisasi juga membawa kepada
wujudnya masyarakat yang semakin kompleks dengan kemasukan pendatang-pendatang dari luar negeri
yang membawa bersama mereka nilai dan norma hidup masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai