Anda di halaman 1dari 2

PEMOTONG KAYU BERHATI MULIA

Di hujung sebuah negeri, tinggal sebuah keluarga miskin. Si suami bekerja sebagai pemotong
kayu.
Isterinya pula menolongnya menjual kayu api. Pada suatu hari, datang seorang pengemis ke
rumah mereka. Wahai pemotong kayu, kasihanilah aku! Aku sangat lapar, kata pengemis itu.
Pemotong kayu itu berasa kasihan. Wahai pengemis, maafkanlah aku kerana hari ini aku
benar-benar tiada wang! kata pemotong kayu itu dengan hati yang sedih. Kemudian
pemotong kayu itu bertanya kepada isterinya, Wahai
isteriku, adakah engkau menyimpan sedikit wang? Kasihan pengemis ini! Wahai suamiku,
hari ini kita tidak
mempunyai wang! Kita juga tidak mempunyai makanan, jawab isterinya dengan perasaan
sedih. Pemotong kayu itu lalu pergi mengambil ayam dan beberapa biji telur ayam. Wahai
pengemis, ambillah ayam
dan telur ini! kata pemotong kayu itu. Terima kasih! kata pengemis itu dengan perasaan
gembira.
Selang beberapa hari kemudian, pemotong kayu dan isterinya dititahkan menghadap raja di
istana. Wahai pemotong kayu, beta kurniakan hadiah sekarung wang emas kepada kamu. Ini
adalah balasan kerana budi baikmu kepada seorang pengemis yang lapar, titah raja.
Pemotong kayu dan isterinya berasa sangat hairan. Bagaimanakah tuanku tahu patik
menolong pengemis itu? tanya pemotong kayu. Raja tersenyum sambil berkata, Pengemis
itu ialah beta sendiri. Beta menyamar untuk melihat dan mengetahui hal-ehwal rakyat beta.
Semenjak hari itu, pemotong kayu itu tidak hidup susah lagi. Dia sudah menjadi orang kaya.
Malah, dia selalu pula menolong orang-orang miskin. Demikianlah balasan perbuatan baik.
Berbuat baik akan menerima balasan baik.

Anda mungkin juga menyukai