Anda di halaman 1dari 8

HARIMAU YANG TAMAK

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta

rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak

mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-

tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku

lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat

makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang

bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.

Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.

Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.

Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat

rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh

hari sekali. TuankuPatikPatik

Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi

telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak

bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYA

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua

lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya

tinggal di situ.

Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri penebang kayu.

Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang

kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu

itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.

Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.

Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat.

Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti

maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik

bakul itu semula!

Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.

Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata

kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
ARNAB DENGAN BUAYA

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan

putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji

kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik

di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual

dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan

tidak berani mendekati buaya itu.

Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu

kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum,

arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya

lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya

terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
PUTERI SULONG DAN PUTERI BONGSU

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.

Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan

berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan

untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau

pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang

pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,

Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.

Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah

terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak

berwarna putih.

Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar.

Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,

Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.

Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
AMPAI-AMPAI DAN PUTERI LAUT
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri
Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai.
Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu
sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja
terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang
gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi
isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya
supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah
pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga
remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah
sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di
gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada
ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
PEREMPUAN MUDA YANG BERANI

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan
lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu
ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara
tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat
diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu
itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada
anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
BURUNG MURAI & BURUNG MERBAH

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Burung Murai dan

Burung Merbah.

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah

sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata, Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat

keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.

Sang Merbah lalu berkata, Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba. Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang

Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan

turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang

Merbah berkata, Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya

jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi. Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ. Pengajaran

dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

AHLI SIHIR YANG ANGKUH


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ahli Sihir Yang Angkuh.

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu

mencabar penduduk di pekan itu. " Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah

sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda

pohon." Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah

Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?" "Boleh, mintalah apa-apa sahaja , akan saya kabulkan permintaan anda,"

kata Tukang Sihir. "Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang

Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. " Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata

Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia

mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya. " Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah

kehandalan Tukang Sihire dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata

Thenaliraman. Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang

Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus

meninggalkan pekan itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai