Anda di halaman 1dari 7

Dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari
mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita
buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata
awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita
tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,”
kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi
cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada
banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng
melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana
tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan
rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti
kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh
kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat
sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap
mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau.
Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor
keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil
kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni
hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di
dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri
dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi
berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan
saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di
sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita
sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat
itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-
rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang
bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut
dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony
sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor
jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony
tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!”
jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung itu.
Sang Bangau Menipu Ikan.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.
Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan."Kamu
semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau. Semua ikan bersetuju.
Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi.
Tetapi semua ikan itu dimakannya.Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa
pergi oleh bangau.Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.
Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

Sang Merak dengan Sang Arnab

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik.Arnab mahu
ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor
merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa
bangga kerana dapat pujian.Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus
memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak
bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab
memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari.
Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya
merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan.
Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik
kerana tidak terkena peluru pemburu.Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-
masing.

Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi."Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan
diriku selamat," fikir arnab.
SOMBONG MEMBAWA REBAH

Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi. Pokok kelapa itu selalu
mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan
kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek oleh pokok kelapa. Namun, rumput berdiam diri sahaja.

Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa menjerit
minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang. Rumput pun
berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!"

Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek rumput.
Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

Anda mungkin juga menyukai