Anda di halaman 1dari 9

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”

“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.

”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya,
betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.

“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab.

“Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya
sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana
tiada tempat berteduh.

“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang
pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.

Cerita ini beritahu kita jangan malas. Sekian, terima kasih.


KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya


merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang
berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-
duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan
gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu


melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau


liar yang susah untuk ditangkap lagi. Sekian, terima kasih.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Dia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana dia suka menipu dan mempermain-
mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,
“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”

Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony
akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!
Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Dia berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Dia ingin


mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.
“Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-
rakanya.

Dia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua


menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan
aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Dia dimakan oleh jerung itu.

Cerita ini beritahu kita jangan suka menipu. Sekian, terima kasih.
Burung Gagak yang Haus

Di suatu hari yang panas, seekor burung gagak terbang mengitari seluruh
ladang untuk mencari air minum. Dalam waktu yang lama, dia tidak dapat
menemukan setetes airpun. Tubuhnya terasa lemas, dia hampir kehilangan
seluruh harapan. Namun tiba-tiba, ia melihat sebuah kendi air dibawah pohon.
Dia langsung terbang menulik turun untuk melihat apakah disana ada air atau
tidak. Ya, diadalam kendi itu terdapat air.

Si burung gagak mencoba memasukkan kepalanya kedalam kendi air. Dengan


sedih, dia menemukan bahwa leher kendi itu sungguh terlalu sempit bagi
kepalanya. Kemudian dia mencoba untuk mengangkat kendi itu menggunakan
paruhnya, agar kendi air di kendi itu mengalir keluar, tetapi ternyata kendi itu
terlalu berat untuknya.  

Si gagak berfikir sangat keras. Kemudian melihat di sekelilingnya dan


melihat banyak batu-batuan kecil. Dia mendapatkan sebuah ide cemerlang. Gagak
itu mengambil batu-batu itu, satu demi satu, memasukkanya kedalam kedi itu.
Semakin banyak batu yang mengisi kendi, semakin tinggi pula permukaan air di
kendi itu. Sampai akhirnya permukaan air itu menjadi cukup tinggi sehingga
Burung gagak itu bisa meminumair dalam kendi itu.

Cerita ini beritahu kita tidak ada usaha yang berakhir sia-sia, selama
dilakukan dengan tekun dan pantang menyerah. Sekian, terima kasih.
Angsa yang Bertelur Emas

Seorang petani dan isterinya hidup gembira di sebuah ladang kecil. Mereka
menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak kaya
tetapi gembira dengan hidup mereka.

Pada suatu hari, seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan angsa-
angsa mereka. Keesokan harinya, pasangan itu terkejut apabila mendapati sebiji
telur emas berkilauan di sarang kawanan angsa mereka. Tiap-tiap hari selepas
itu, angsa itu akan mengeluarkan telur emas!

Tidak lama kemudian, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti yang
tidak pernah mereka impikan sebelum ini tetapi mereka tidak gembira. Mereka
tidak puas dengan hanya sebiji telur emas sehari. Petani itu berkata kepada
isterinya, “Angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa perlu kita tunggu untuk
mendapatkan lebih banyak emas?” .

“Jika kita membelah badannya?.” Setuju isterinya. “Kita boleh


mendapatkan semua telur sekaligus”.

Oleh itu, mereka pun membunuh angsa itu. Mereka terperanjat apabila
mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain. Lebih teruk, mereka
tidak akan memperoleh telur emas lagi !

Cerita ini beritahu kita jangan tamak. Sekian, terima kasih.


Kerbau dan Buaya

Pada zaman dahulu, terdapat seekor Sang kerbau tinggal di hutan. Sang
kerbau suka keluar berjalan-jalan untuk mencari makanan seperti rumput dan
bunga-bungaan. Sang kerbau merupakan seekor haiwan yang baik hati dan sering
menolong haiwan lain.

Pada suatu hari, ketika sang kerbau mencari makanan, dia ternampak sang
buaya meminta tolong. Sang buaya mengadu kesakitan kerana badannya ditimpa
dahan kayu yang besar. Sang buaya meminta tolong daripada sang kerbau untuk
mengangkat kayu itu.Sang kerbau berasa kasihan dengan sang buaya lalu
menolongnya.

Setelah berjaya mengangkat dahan kayu yang besar itu, Sang buaya terus
menggigit kaki Sang kerbau.Sang kerbau terkejut dan merayu meminta Sang
Buaya melepaskan kakinya. Sang buaya enggan melepaskan kaki Sang kerbau
kerana dia sangat lapar.

Sang kerbau pun berteriak meminta tolong."Tolong aku!"Sang kancil


terdengar teriakan sangkerbau lalu Sang kancil pun pergi ke arah teriakan
itu.Sang kerbau pun menceritakan apa yang berlaku.Sang Kancil pun berfikir
cara untuk membalas perbuatan Sang buaya yang tidak mengenang jasa Sang
kerbau.

Sang Kancil pun menyuruh Sang Kerbau menunjukkan cara-cara dia


menolong Sang buaya dari mula hingga ke akhir.Sang buaya melepaskan kaki Sang
kerbau tanpa mengetahui dirinya ditipu oleh Sang kancil.Sang kerbau pun tidak
mahu mengangkat dahan pokok itu.Sang buaya yang mula sedar dirinya ditipu
terus merayu dan berjanji tidak akan menggigit kaki Sang kerbau lagi.Sang
buaya pun meminta maaf.Akhirnya,Sang kerbau dan Sang buaya hidup aman dan
damai.

Cerita ini beritahu kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Sekian, terima kasih.
Arnab dan Kura-kura

Pada suatu hari,Sang kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil


angin padi di rimba.Tiba -tiba, datang Sang arnab yang memang terkenal dengan
haiwan yang paling pantas di rimba itu.

"Eh kura-kura,ada kau di sini,mau kemana kau?"kata Sang arnab membuka


bicara."Kau rupanya arnab.Aku ingin beriar-siar sahaja di rimba ini.kata Sang
kura-kura dengan perlahan.Sang arnab pun berkata lagi"Sang kura-kura,apakah
kau ingin berlumba lari denganku?Sang kura-kura berkata"Suka hati kau lah
kura-kura asalkan kau bahagia."

Pada keesokan harinya,mereka pun berlumba dengan Sang kancil menjadi


pengadilnya.Wisel pun dbunyikan.Mereka berdua bergegas untuk berlari.Setelah
beberapa minit kemudian,Sang arnab berlari jauh di depan manakala Sng kura-
kura ketinggalan di belakang.

Dengan rasa mengantuknya,Sang arnab pun tertidur di bawah sebatang


pokok yang rendang.Tanpa disedari,Sang kura-kura sudah berlari di
depan.Selepas beberapa ketika,Sang arnab pun terjaga dari tidurnya.Dia pun
terus melanjutkan perjalanannya.

Sesampainya Sang arnab ke garisan penamat,kelihatan Sang kura-kura


sedang menerima hadiah dan ucapan daripada haiwan-haiwan yang tinggal di
rimba itu.Dengan perasaan malu,Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana
tewas kepada Sang kura-kura sambil diketawakan oleh para penghuni rimba.

Cerita ini beritahu kita jangan memandang rendah terhadap orang yang
lemah. Sekian, terima kasih.
Singa Berbudi Tikus Berjasa

Pada suatu hari, seekor harimau sedang tidur di bawah pokok. Seekor tikus
sedang berjalan-jalan sambil membawa buah di atas kepalanya. Tiba-tiba tikus
itu terpijak ekor singa. Singa mengaum sekuat-kuatnya. Singa menangkap tikus.
Tikus merayu meminta dilepaskan "Tolonglah aku singa,lepaskanlah aku. Aku
berjanji akan membalas jasa baikmu." Singa berasa sangat kasihan lalu
melepaskan tikus.

Pada suatu hari, Singa terkena jeratan pemburu. Singa mengaum meminta
tolong "Tolong! Tolong!." Tikus terdengar ngauman si singa. Dia pun menuju ke
arah singa. Tikus menggigit jeratan pemburu itu dengan menggunakan giginya
yang tajam. Akhirnya singa pun bebas. Sejak itu singa dan tikus pun berkawan
baik.

Cerita ini beritahu kita jangan memandang rendah dengan orang di


sekeliling kita. Sekian, terima kasih.
Rusa yang Bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi
kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang
cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian,
rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.

”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku
mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam,


rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu
sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut


pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk
melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas
apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus
tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya
sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana
dia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah
membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu
yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu
kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.

Cerita ini beritahu kita bahawa kecantikan tidak semestinya membawa


kebaikan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai