Anda di halaman 1dari 4

Arnab Dengan Buaya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor


daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak


seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada
arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak
mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan
daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau


tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi.

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu


memeriksa gigi buaya satu demi satu.

Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan


menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi
yang cantik tetapi pendek akal itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Pengajarannya..jangan bersikap sombong dan bongkak,iainya hanya akan
merugikan diri sendiri sahaja. Sekian, terima kasih.
Harimau Yang Tamak

Terima kasih dan salam sejahtera kepada pengerusi majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada


penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak
mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-
tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,


timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki
aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali
sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat
makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap


Maharaja Singa.

“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah


kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang
bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-
gagap.
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan


kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki
tujuh hari sekali,” kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari
sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh


mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah
pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Kasihan…Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya
tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini.

Pengajarannya, Jangan bersikap tamak dan hanya mementingkan diri


sendiri sahaja. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai