Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para

hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab
Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih
melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi
arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya,
arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab.
Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar
pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata,
Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong
periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa
berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya
satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup
mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawankawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada
penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak
mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap
Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap
permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah
rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih
murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari.
Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh
kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak
engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu.
Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagapgagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan
permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru
sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari
sekali. TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah
pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah
sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai