Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI KECERGASAN


SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU SATU 2019

1.0 PENDAHULUAN

Kesihatan dan kecergasan adalah faktor dalam menentukan kesejahteraan dalam kehidupan.
Tubuh badan yang sihat dan cergas dapat membantu dalam melakukan kerja dengan lebih
cekap dan bermutu. Pelajar-pelajar yang cergas dari segi fizikal dan seimbang dari segi
intelek,rohani,emosi,dan sosial dapat dilahirkan dengan adanya program seumpama ini
bersesuaian dengan hasrat pendidikan negara.. Semua ini dapat diperolehi dengan mengamalkan
gaya hidup yang sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan.Dengan adanya aktiviti kecergasan,
hubungan di antara guru dan pelajar dalam sesebuah sekolah ataupun institusi dapat dipupuk dan
dieratkan lagi. Sukan juga dapat merentasi sempadan antara kaum, agama dan budaya serta terbukti
dalam membina semangat setia kawan ataupun kerjasama. Sehubungan dengan itu program Minggu
Kecergasan sekolah Sk1gemilang ini telah dirancang untuk mencapai objektif tersebut.Beberapa
objektif telah ditetapkan untuk program ini

2.0 OBJEKTIF

2.1 Merangsang minda pelajar-pelajar supaya sentiasa aktif, produktif,inovatif dan


bermotivasi.

2.2 Membentuk semangat bekerjasama dalam satu organisasi dan mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim di antara guru dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu

2.3 Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga SKKKB SATU supaya mengamalkan
gaya hidup sihat.

2.4 Menggalakkan penglibatan yang lebih aktif dikalangan warga SKKKB SATU di dalam aktiviti
kecergasan.

2.5 Mewujudkan warga SKKKB SATU yang positif dengan melibatkan diri di dalamaktiviti yag
bermanfaat dan yang dapat meningkatkan kesihatan rohanidan jasmani

2.6 Mewujudkan kesedaran kepada warga SKKKB SATU supaya mengamalkan gayahidup sihat
dan mengetahui kepentingan aktiviti sukan kepada kesihatan fizikal serta mental

3.0 MATLAMAT

Pihak penganjur mensasarkan penglibatan yang menyeluruh daripada warga SKKKB SATU di dalam
menjayakan Program Minggu Kecergasan SKKKB SATU 2019 ini.

Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakan warga SKKKB SATU khususnya
untuk mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian mereka. Program ini diharapkan
dapat menjadi batu loncatan ke arah mencapai matlamat murni tersebut dan Data SEGAK mencapai
sasarannya.
3.1 KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru dan kakitangan sekolah,pekerja dan pengusaha kantin.

4.1 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1.1 Program ini akan dijalankan 2 kali setahun

a) 03 Mei 2019 (Jumaat)

b) 23 Oktober 2019 (Jumaat)

5.0 LOKASI DAN MASA

5.1 Bulan SKKKB SATU 2019 ini akan diadakan selama 2 jam setengah

bermula dari pukul 7.40 pagi – 10.10 pagi bertempat di :-

5.1.1 Tapak Perhimpunan SKKKB SATU

5.1.2 Padang sekolah SKKKB SATU

6.0 PERASMIAN

6.1.1 Majlis perasmian pembukaan dan penutup Program Minggu Kecergasan SKKKB SATU akan
disempurnakan oleh Guru Besar SKKKB SATU Pn. Norliza bt Baharun

7.0 TENTATIF PROGRAM

7.1 JUMAAT 03 Mei 2019

(Majlis perasmian dan aktiviti senamrobik Program Hari Kecergasan SKKKB SATU 2019)

7.20-7.40 pagi : Murid berkumpul dan taklimat ringkas oleh penyelaras

program

7.40-7.45 pagi : Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Mhd Isa

7.45 pagi -7.55 pagi : Ucapan alu-aluan Oleh Guru besar SKKKB SATU dan seterusnya merasmikan

program Minggu Kecergasan SKKKB SATU 2019

8.00 -8.10 : Memanaskan badan dan aktiviti senamrobik

8.10-10.10 : Aktiviti kecergasan 5 stesen :

Daya tahan kardiovaskular – Lari ulang-alik

Daya tahan otot – Lari menggunakan 1 kaki

Fleksibiliti dan kelenturan – Menghantar bola ke belakang


Ketangkasan – Dodge Ball

Kekuatan otot – Lontar peluru

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Norliza Binti Baharun

Timbalan Pengerusi : En. Zamhariz Bin Hj. Din

Naib Pengerusi 1 : Pn. Anita Binti Man

Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Abdul Razak Binti Mat Husin

Penyelaras : En. Muhammad Syahir bin Mohd Adnan

Penolong Penyelaras : Pn. Nur Jannah Binti Adnan

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengurus Peserta : Aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular – Lari Ulang-Alik
En. Mohd Fadli Bin Mhd Isa
En. Md. Zahari Bin Zakaria
Cik Adila Binti Maarof

Aktiviti Daya Tahan Otot - Lari Menggunakan 1 Kaki


Pn. Mariah Binti Raffin @ Arifin
Pn. Nor Maizura Binti Suhaimi
Pn. Haryanti Binti Hamli

Aktiviti Fleksibiliti Dan Kelenturan – Menghantar Bola Ke Belakang


Pn. Nurul Huda Binti Mhd Bani
Pn. Zuraida Binti Zakaria
Pn. Suhaini Binti Sudin

Aktiviti Ketangkasan – Dodge Ball


Pn. Zuhaiza Binti Hj. Sapari
Pn. Siti Hawa Binti Muhamad
Pn. Suhaily Binti Soh

Aktiviti Kekuatan Otot – Lontar Peluru


Pn. Syahidah Binti Shaiful Bahri
Pn. Siti Mahanum Binti Manap
Pn. Noorhasliza Binti Che Zamani

Alatan : En. Muhammad Syahir Bin Mohd Adnan


En. Mohd Fadli Bin Mhd Isa

Logistik : Pn. Haryanti Binti Hamli


Pn. Siti Hawa Binti Muhamad
Kecemasan : Pn. Noorhasliza Binti Che Zamani
Pn. Siti Mahanum Binti Manap

Hadiah : Pn. Nor Maizura Binti Suhaimi


Pn. Nurul Huda Binti Mhd Bani
Pn. Syahidah Binti Shaiful Bahri

Dokumentasi : Pn. Norhasliza Binti Ramli


Pn. Salina Binti Jamaluddin

PA Sistem : En. Md Zahari Bin Zakaria

Buku Program : Pn. Mazni Binti Zakaria


Pn. Jamaiah Binti Anal

10.0 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


1. Tuala kecil 120 helai RM 2.50 RM 300.00
2. Chocolate bouquets 1 unit RM 50.00 RM 50.00
(Cenderamata perasmi)
3. Piala (Cenderamata instruktor 2 unit RM 30.00 RM 60.00
aerobik)
4. Bekas makanan (hadiah 5 X 10 unit RM 5.00 RM 250.00
tempat pertama)
5. Bekas makanan (hadiah 5 X 10 unit RM 4.00 RM 200.00
tempat kedua)
6. Bekas minuman (hadiah 5 X 10 unit RM 3.00 RM 150.00
tempat ketiga)
7. Bekas minuman (hadiah 5 X 10 unit RM 2.00 RM 100.00
tempat keempat)
8. Peluru 2 unit RM 70.00 RM 140.00
9. Bola sepak 2 biji RM 59.00 RM 118.00
JUMLAH RM 1368.00

PENUTUP

Adalah diharapkan semua objektif tersebut dapat direalisasikan sepenuhnya agar program ini
memenuhi matlamat yang telah disasarkan. Semoga program hari kecergasan Sekolah
Kebangsaan Kuala kubu Bharu Satu 2019 yang berfaedah ini berjalan dengan sempurna dan
mendapat perhatian serta kerjasama daripada semua pihak yang terbabit bagi mempertingkatkan
lagi kesihatan dan kesejahteraan warga SKKKB SATU dari segi intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial
secara total.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh :


………………………………................ …………………………….....…. .........................................
(EN.MUHD SYAHIR BIN ADNAN) (EN.ZAMHARIZ B HJ.DIN) (PN.NORLIZA BT BAHARUN)
Setiausaha Unit Kokurikulum GPK Kokurikulum Guru Besar
SK Kuala Kubu Bharu Satu SK Kuala Kubu Bharu Satu SK Kuala Kubu Bharu Satu

Anda mungkin juga menyukai