Anda di halaman 1dari 4

SMA AL-FALAH

PARIT TOK NGAH


34250 TG PIANDANG
PERAK

KERTAS KERJA

PEMASANGAN BANNER UNTUK MENGHIAS


PERSEKITARAN LUAR
PUSAT SUMBER IBN AL-QAYYIM
SMA AL-FALAH

DISEDIAKAN OLEH :
ZUKHAIRAH BINTI MOHD TAJUDIN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

0
PUSAT SUMBER IBN AL-QAYYIM
SMA AL-FALAH

KERTAS KERJA
PEMASANGAN BANNER UNTUK MENGHIAS PERSEKITARAN LUAR
PUSAT SUMBER IBN AL-QAYYIM
SMA AL-FALAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,
sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga SMA AL-FALAH untuk menggunakan PSS dengan optimum.

Persekitaran luar Pusat Sumber yang dihias cantik, dapat menarik perhatian pelajar dan guru
untuk masuk ke pusat sumber. Selain itu, info yang dipamerkan dapat memberi input berguna
kepada warga sekolah berkenaan pusat sumber.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.2 Memberi maklumat dan info berguna berkenaan pusat sumber kepada warga sekolah
dengan pemasangan banner di persekitaran luar pusat sumber.

3.0 TARIKH

Sepanjang bulan Oktober hingga November 2018

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

1
5.0 SASARAN

5.1 Guru-guru Pusat Sumber SMA AL- FALAH

5.2 Pengawas PSS 2018

6.0 PERBELANJAAN

BI ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH


L
1 Bunting 6’ x 2’ UV 2
2 Pemegang Bunting 2
3 Banner ‘ x ‘ 2
4 Banner ‘ x ‘
5 Banner ‘ x ‘
6

7.0 PENDAPATAN

BI PERKARA PERUNTUKAN
L

1. PCG YURAN KHAS (PUSAT SUMBER) RM .00

2
8.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: : Diluluskan oleh:

(Zukhairah binti Mohd Tajudin) (Pn Hjh Raihan binti Omar)


Guru Perpustakaan & Media Pengetua
SMA Al-Falah SMA Al-Falah
34250 Tg Piandang 34250 Tg Piandang
Perak Perak

Anda mungkin juga menyukai