Anda di halaman 1dari 3

TEKS BICARA BUKU {PPIM}

DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH

Assalammualaikum warahmatuaalah hiwabarakatu kawan-kawan.


Nama saya NUR HANI MARDHIAH BINTI SAIPUL BAHRI.Saya berumur 12 tahun.
Saya bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MA’AMOR TANGKAK JOHOR.
Saya menjawat jawatan sebagai Mega Puteri dalam Persatuan Puteri Islam di
sekolah saya.
Pada hari ini saya akan berkongsi dengan kawan-kawan tentang sebuah buku
yang bertajuk “DISEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH”. Buku ini ditulis oleh
Ustazah Bushra bt Talib yang juga merupakan bekas pengajar Bahasa Arab di
UKM Bangi. Buku ini telah diterbitkan oleh PACU Resources Snd Bhd pada Mei
2018.
Dewasa ini, masyarakat hanya membaca AL-Quran secara fizikal sahaja tanpa
roh terlahir di dalam hati menyebabkan kemanisan iman tidak dapat dirasai
oleh seseorang individu.
Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak akan terdorong untuk mendalami
ilmu Al-Quran walhal Al-Quran adalah Al-Huda (petunjuk) yang benar untuk
kehidupan harian.
Apa yang menarik tentang buku ini?
1. Di dalam buku ini dinyatakan sebab dinamakan sesuatu surah dan nama
surah dijelaskan dengan warna kuning. Jadi, kita boleh tahu maksud nama
sesuatu surah dengan penjelasannya sekali.
2. Teksnya pula berwarna-warni dan bersaiz besar. Ini memudahkan
pembacaan dan membantu kita untuk kekal fokus.
3. Imej berkaitan nama surah turut diletakkan bagi setiap 114 surah. Insyaa
allah, dengan imej, kita boleh agak apakah maksud nama surah.Menarik
bukan?
4. Dengan adanya Di Sebalik 114 Nama-nama Surah ini yang memfokuskan
kepada ibrah di sebalik nama surah dengan tambahan info lain seperti hadis,
sejarah, fakta saintifik, dan doa merupakan satu wadah yang baik sebagai
rujukan dan panduan buat semua lapisan masayarakat umumnya untuk
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Ini
adalah kerana Al-Quran merupakan Az-Zikr (pemberi ingatan) sepanjang
zaman dan ia tidak akan pernah luput sehinggalah kiamat.

Mengapa surah Al-Fatihah menjadi surah pertama di dalam Al-quran?


Ini kerana surah ini merupakan surah pembuka di dalam Al-Quran. Surah yang
pertama menurut susunan dan surah pertama yang diturunkan secara lengkap
sebanyak 7 ayat, bukan surah pertama diturunkan.

Nak tahu cerita tentang Surah Al-Baqarah? Jom saya bagi tahu…
Surah Al-Baqarah bermakna lembu betina. Ini kerana merujuk kepada suatu
peristiwa penyembelihan lembu betina atas wahyu yang diturunkan Allah SWT
kepada Nabi Musa A.S.
Wahyu tersebut turun kepada Nabi Musa dimana bani israel bertelingkah dan
berbunuh sesama mereka kerana seorang lelaki mandul yang mati dan tidak
diketahui siapa pembunuhnya. Lalu turun ayat 67 yang memerintahkan
mereka untuk menyembelih lembu betina. Setelah disembelih lalu bahagian
lembu itu dipukul ke atas mayat, dan hiduplah mayat tersebut serta menunjuk
siapakah pembunuhnya, lalu ia mati semula. Maka si pembunuh tidak boleh
mewarisi sedikit pun dari kekayaan lelaki tersebut. Ayat ini menunjukkan
kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan manusia yang telah mati dan
menunjukkan bahawa orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta
orang yang dibunuhnya.
Bestkan kawan-kawan buku ni. Banyak lagi cerita menarik dalam buku ini. Di
sebalik 114 nama-nama surah ini mempunyai kalam hikmah, segenggam ibrah,
dan banyak fakta-fakta menarik. Yang paling menarik sekali, buku yang
berwarna-warni ini hanya berharga RM 50.00 sahaja.
Dengar kawan-kawan ye,antara Kalam Hikmah yg terdapat dalam buku ini…
"Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum
gembira. Sepanjang hidup ini, kamu jalanilah ia dengan terbaik supaya saat
kamu mati nanti kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis".
Akhir bicara, marilah kita sama-sama Kembali mentadabbur ayat-ayat Al-
Quran, memahami makna-makna indah di sebalik ayat quran secara mudah
dan santai serta penuh ilmiah. semoga kita semua dapat meraih syurga Allah
SWT di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai