Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis

MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


PERHUBUNGAN DAERAH PETALING UTAMA KALI KE-16

Sebelum memulakan majlis, hadirin dinasihatkan agar tetapkan pembesar suara


dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung dan hanya buka pembesar
suara ketika ingin menyuarakan pertanyaan atau maklum balas.
Walau bagaimanapun kamera masih boleh dibuka agar dapat melihat wajar-
wajah ceria guru-guru pemimpin PPIM sekolah-sekolah di Daerah Petaling
Utama khususnya.

Bismillahirohmanirohim..

Kita mulakan majlis dengan bacaan Umul kitab Al-Fatehah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh …

Yang berusaha,

PN. Rahmah Binti Husin


Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama

Yang dihormati,
Barisan Ahli Jawatankuasa PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama

Seterusnya …guru-guru pemimpin PPIM sekolah-sekolah Daerah Petaling


Utama yang dikasihi sekalian.

Bagi pihak jawatankuasa majlis , kami mengalu-alukan kedatangan tetamu


jemputan dan puan-puan sekalian.
Selamat Datang secara atas talian ke Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam
Malaysia Perhubungan Daerah Petaling Utama Kali ke-16 .

Sebelum kita meneruskan majlis marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat


ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita bersama-sama
berada dalam majlis kali ini.

Diharapkan agar majlis ini dapat berjalan lancar dan kata sepakat dapat diambil
bagi memastikan program-program yang dirancang bagi tahun 2023 dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Hadirin yang dimuliakan,


Kita mulakan majlis dengan tatacara perjumpaan iaitu dimulai dengan :

i) alunan Asma-ul Husna,


ii) nyanyian Negaraku
iii) Lagu Puteri.

Hadirin diminta berdiri…..

(nyanyi……)

Hadirin dipersilakan duduk…. terima kasih.

Hadirin yang dirahmati Allah SWT,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis ditepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang marilah kita
sama-sama mengaminkan doa memohon taufik dan hidayah semoga majlis in
dapat berjalan dengan lancar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustazah


………………………………………………………………. dari SK/SMK
…………………………………….…… untuk memimpin bacaan doa.

(doa dibaca)

Amin amin ya Robbalalamin...

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………. atas


bacaan doa itu tadi.

________________________________________________________________

UCAPAN PENGERUSI PPIM

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha


Pn. Rahmah Binti Husin Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama
bagi menyampaikan ucapan aluan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama Kali ke 16.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rahmah Binti Husin atas ucapan aluan
dan perasmian sebentar tadi.
Para Hadirin sekalian,

Kini tiba masanya kita memberi laluan kepada Agenda Mesyuarat Agung PPIM
Kali ke-16 .

Kita mulakan mesyuarat dengan …

i) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PPIM Kali ke-15

Mohon wakil guru pemimpin mencadangkan dan menyokong agar minit


mesyuarat ini di sahkan.

Pencadang : ……………………

Penyokong : …………………..

Dipersilakan Pn. Saidawiyah Kaseri Binti Mohd Kasmuri selaku Setiausaha


Kehormat bagi membentangkan laporan aktiviti PPIM Daerah bagi tahun 2022.

(SU membentang laporan)

Terima kasih kepada …………………………………………………..……

Mesyuarat diteruskan lagi dengan

ii) Pengesahan Penyata Kewangan bagi Tahun 2022

Mohon wakil guru pemimpin mencadangkan dan menyokong agar penyata


kewangan ini di sahkan.

Pencadang : ……………………

Penyokong : …………………..

Dipersilakan Pn. Azlina Binti Alias selaku Bendahari Kehormat bagi


membentangkan penyata kewangan PPIM Daerah bagi tahun 2022.
Terima kasih …………………………………………………………….……..

Hadirin sekalian,

Agenda mesyuarat diteruskan lagi dengan agenda terakhir iaitu

iii) Pembentangan Usul

Dipersilakan Pn. Rahmah Binti Husin selaku Pengerusi PPIM Perhubungan


Daerah Petaling Utama bagi membentang dan menjawab usul yang diterima.

Dipersilakan…

……………………………………………………………………………………
Terima kasih …..

Dengan berakhirnya pembentangan usul itu tadi maka berakhirlah Majlis


Mesyuarat Agung PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama kali ke 16.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi PPIM Daerah, Pn. Rahmah Binti
Husin, Ahli Jawatankuasa PPIM Daerah, semua guru pemimpin sekolah-
sekolah di Daerah Petaling Utama dan pihak yang telah sama-sama menjayakan
majlis pada tahun ini.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Mesyuarat Agung selesailah sudah
Jumpa lagi dilain kali

Sekian, sehingga bertemu lagi di tahun hadapan. Salam bahagia dan salam
hormat. Assalamualaikum………

Anda mungkin juga menyukai