Anda di halaman 1dari 3

::}EiYnA in Da HoUse{::

TEKS UCAPAN MAJLIS AKU JANJI


1. Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,
Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2. Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1malaysia.
3. Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,
Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
__________________________________________________________________,
__________________________________________________________________,
selaku tuan penceramah kita pada hari ini.
Yang Dihormati,
En. Jaheni bin Sidek,
Guru Penolong Kanan 1,
Tn. Hj. Kamilan bin Damiri,
Guru Penolong Kanan HEM,
Tn. Hj. Mukamat Alip bin Jasnuri
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En. As Aziz bin Salam,
Guru Penolong Kanan Petang
Tn. Hj. Kosnan bin Bukhiran
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Guru Kanan Media dan Pusat Sumber,
Guru-guru kanan Matapelajaran,
Para kaunselor, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar serta hadirin-hadirat sekalian.
4. Selamat datang ke Program Kecemerlangan PMR & SPM 2011, Keluarga Bahagia
Membentuk Generasi Cemerlang.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.
5. Hadirin dan hadirat sekalian,
Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama membaca doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mazli bin Yusoh.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
>Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mazli bin Yusoh atas bacaan doa itu
tadi.
6. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin
Sidek, Guru Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

::}EiYnA in Da HoUse{::
>Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek di atas ucapan
yang telah disampaikan.
7. Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah yang akan disampaikan
oleh Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,
Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
>Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof di atas
ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.
Mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat daripada ceramah yang telah
disampaikan itu.
8. Hadirin dan hadirat sekalian,
Sekarang tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu mendengar aku janji anak-anak yang
kita kasihi sekalian. Dengan itu majlis menjemput, saudara _________________________,
dari tingkatan _______________________ untuk mengetuai bacaan aku janji. Majlis
mempersilakan.
>Terima kasih diucapkan kepada saudara ___________________________.
9. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek
Guru Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Dr.
Yusri bin Yusof.
>Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek.
10. Hadirin dan hadirat sekalian,
Nampaknya majlis sudah sampai di penghujungnya. Saya mewakili Majlis, ingin
mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di
dalam menjayakan program kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda dibuat jeli,
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.
11. Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.
>Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh.

::}EiYnA in Da HoUse{::
12. Dijemput kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek untuk mengiringi Yang Berbahagia
Dr. Yusri bin Yusof disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah
disediakan.
Juga dipersilakan kepada semua ibu bapa bagi mendapatkan bungkusan makanan yang
telah disediakan.
13. Sekian.Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai