Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Encik Rahmat
Bin Mukri, GPK Kokurikulum SK Jaya Setia, Yang berusaha Tuan Guru Besar,
En. NIzamuddin Bin Hj Zakaria, GPK Kurikulum, Puan Khairawati Binti Abdul
Hanif, GPK HEM, Puan Muzi Hairani Binti Jumari, GPK Kokurikulum, Pn. Siti
Noor Haslinda Binti Md Sani, guru-guru, AJK PIBG , rakan-rakan serta hadirin
warga dewan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT


Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-
sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti
pada hari ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang
guru yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Cikgu Rahmat bukan
sahaja sebagai seorang guru dan pendidik tetapi ibarat seorang bapa dalam
sebuah keluarga besar SK Jalan Raja Musa

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus,
malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati
murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Saya
sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas
terutamanya kelas-kelas peperiksaan. Tindakan beliau telah menarik
perhatian saya. Hal ini membuktikan bahawa beliau amat mengutamakan
pelajar-pelajar di SK Jalan Raja Musa supaya sentiasa fokus terhadap
pembelajaran di dalam kelas.

Warga Dewan yang Dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Jalan Raja Musa
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Rahmat Mukri yang tidak pernah mengenal erti jemu dan
mengorbankan waktu demi kami pelajar-pelajar SK Jalan Raja Musa. Kami
berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada CIkgu
Rahmat. Semoga Cikgu Rahmat akan terus mengekalkan usaha-usaha murni
beliau dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada para pelajar di
sekolah baharu nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah
Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang
hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang
hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati. Sesungguhnya
jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang
sampai bila-bila.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.

Anda mungkin juga menyukai