Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam

1Malaysia.
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang diraikan Cikgu
Azlan b Abd Wahab dan Ustaz Mohd Kamal B Musa,
Yang Berusaha Tuan Guru Besar Encik Mohd Hasdi b
Yaacob, Yang di hormati GPK Pentadbiran En Nik Ahmad
Fuad b Nik Nawi, GPK HEM, Encik Harun b Besar, GPK
Kokurikulum, Encik Cik Adnan b Che Salleh , Guru-guru SKKP
dan , rakan-rakan serta hadirin warga dewan yang dikasihi
sekalian.,
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan
kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan
limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari
ini.
Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan . Dan yang
pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.
Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal
kehilangan seorang Guru dan Ustaz yang amat kami sayangi
dan kasihi. Cikgu Azlan dan Ustaz Kamal bukan sahaja
sebagai seorang guru tetapi ibarat seorang bapa kepada kami
semua..

Cikgu berdua bukan sahaja penyayang, tetapi melakukan


tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan
pelajar. Cikgu berdua juga berhati murni dan sentiasa
memberikan yang terbaik buat para pelajar.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SKKP
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada cikgu berdua yang tidak pernah mengenal erti
jemu untuk mengajar kami

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak


kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama
dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan
tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.
Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara
Cikgu Azlan dan Ustaz Kamal dengan anak-anak didik dan
warga SKKP akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa
dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan
dikenang sampai bila-bila.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;

Walau jauh beribu batu,


Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt

Anda mungkin juga menyukai