Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

Majlis Restu SPM 2022

Terima kasih Saudara pengacara majlis;


Bismilahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
YBrs En Wan Mustaffa Wan Nawang , Pengetua MRSM Pendang
YBrs Timb-timb. Pengetua, Ketua-ketua Jabatan,
AJK MUAFAKAT MRSM Pendang,
Para Ibu Bapa yang datang dari jauh mahupun yang dekat,
Guru-guru serta pelajar2 Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang saya kasihi
sekalian

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

1. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya, dapatlah kita
bersama-sama di Majlis Restu SPM 2022 MRSM Pendang pada malam ini. Wabak COVID
memaksa majlis ini kita adakan secara atas talian selama 2 tahun, kini kita kembali
bersemuka seperti sediakala. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para
pendidik dan AJK MUAFAKAT kerana dapat meluangkan masa untuk turut bersama-sama
dalam Majlis Restu SPM 2022 ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

2. Setiap tahun Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Ting. 5 sebagai tanda sokongan
padu semua pihak kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM.
Disamping itu, untuk memberi peluang kepada pelajar untuk untuk memohon kemaafan
dan restu dari kedua ibubapa serta guru-guru agar dipermudahkan perjalanan dalam
menghadapi peperiksaan SPM pada bulan Feb hadapan nanti.

3. Saya mewakili ibubapa dan MUAFAKAT ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua guru-guru di atas dedikasi, kerja keras dan usaha yang berterusan, selain
sokongan emosi dalam mendidik anak2 pelajar di Maktab ini.

.
Buat anak-anak sekalian,

4. Saya amat berharap dan mendoakan agar waktu-waktu yang masih ada dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak yang dikasihi sekalian. Semoga ilmu yang diajar
oleh para guru mendapat keberkatan dan dapat diterjemahkan, InSyaAllah, dengan
keputusan yang cemerlang.
5. Menjelangnya peperiksaan, bermacam-macam perasaan negatif akan bermain di dalam diri
anak2 pelajar semua. Harus ada jati diri, selain kekuatan fizikal dan mental supaya motivasi
diri sentiasa di tahap maksima terutamanya sekarang, pecutan terakhir sebelum
menghadapi peperiksaan yang tidak sampai sebulan sahaja lagi.

6. Saya doakan agar anak-anak sekalian dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan
buat yang terbaik. Bersedialah untuk menyahut cabaran untuk memberi keputusan yang
lebih baik untuk MRSM Pendang pada tahun ini, Insya Allah

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

7. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua yang terlibat. Semoga usaha seumpama ini
dapat diteruskan demi kemajuan dan kecemerlangan anak bangsa.

Sekian saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai