Anda di halaman 1dari 6

Teks ucapan wakil Murid

Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pegawai PPD, Encik


________________________________________, Guru Besar SK Hosba yang
diraikan, Tuan Hj Ismail b. Jaafar dan Pn. Siti Mariam bt. Hamzah, YDP PIBG
En Abdul Ghafar b. Yahya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-
rakan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili murid-murid SK.Hosba.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,

Hinggap sebentar membuat sarang,

Majlis indah lagi diberkati,

Bagi meraikan Tn Hj Ismail dan Pn Siti tersayang.


Tiada kata seindah bicara,

Dapat dilafazkan seiring jasa,

Tiba ketika Tn Hj Ismail dan Pn. Siti bersara,

Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,

Lada dicampur bersama laksa,

Walau di mana Tn Hj Ismail dan PN Siti berada,

Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,

Begitu indah cantiknya rupa,

Biarpun kelak jauh di mata,

Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,

Ingin membeli popia dan samosa,

Doa ikhlas kami hulurkan,


Semoga Tn Hj Ismail dan Pn Siti sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap dihalalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada Tn. Hj Ismail b. Jaafar dan Pn Siti Mariam Bt. Hamzah kerana
telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami
semua di SK Hosba. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu berdua tidak dapat
kami balas hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima
kasih juga kepada Cikgu berdua kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke
arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang
berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon
ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan Cikgu berdua samada disedari mahupun tidak
disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu berdua berikan kepada kami
selama ini. erimaT kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis.Yang diraikan Tuan Haji


Mohamad Yusoff bin Ani , Pengetua SMKBandar Sungai Buaya , Yang berusaha
GPK Pentadbiran , Pn Hjh Noriha bt Nordin , GPK HEM, Pn Hanishah bt
Mohd ,GP Kokurikulum, Pn Roseminah bt Mohd Noor , Guru-guru Kanan Mata
Pelajaran , guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang


Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan. Hari ini,kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan
seorang Pengetua yang amat kami sayangi dan kasihi.

Pada kami, Tuan Haji Yusoff bukan sahaja sebagai seorang Pengetua tetapi ibarat
seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SMK Bandar Sungai Buaya ini.

Hadirin yang Dikasihi,

Memory is a way of holding onto, the things you love,

the things you are, the things you never want to lost. Itulah pengetua kita, Tuan
Haji Mohamad Yusoff bin Ani, lembut, tenang namun tetap tegas dalam
melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai Tuan Pengetua kita.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah
mementingkan kebajikan murid . Beliau juga seorang yang berhati murni dan
senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Sikap beliau yang boleh
dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan
apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan
adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua
terutama warga SMKBSB.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SMKBSB merakamkan setinggi-
tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Yusoff
bin Ani yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan
mengorbankan waktu demi kami murid-murid SMKBSB . Kami berdoa semoga
Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan Pengetua.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,
yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan
sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati,
kekal abadi , tersemat di hati.

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Tuan Pengetua dengan
anak-anak didik dan warga SMKBSB akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa
dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-
bila.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan;

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,

Patah galah haluan perahu;

Niat hati tak mahu bercerai,

Kehendak Allah siapa tahu.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan;


Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt

Anda mungkin juga menyukai