Anda di halaman 1dari 6

TEKS MAJLIS PERSARAAN PUAN SABADA BINTI SURADI

1. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Sabada binti Suradi diiringi dif-dif kehormat dan
guru-guru masuk ke dewan. Semua hadirin diminta berdiri...

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

2. Doa dan Ucapan-Ucapan

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berbahagia,
……………………………………….
………………………………..,
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.

Yang Berusaha,
Cikgu Hjh Zalela Bt Sheran,
Guru Besar SK Seri Paya,

Yang Dikasihi dan Diraikan


Puan Sabada binti Suradi,
Pembantu Tadbir,
SK Seri Paya,

Yang Berusaha,
………………………………………..
Yang Dipertua PIBG SK Seri Paya.

Yang dihormati ,
Cikgu Hjh Zaleha Bt Yahya,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Seri Paya.

Yang dihormati ,
Cikgu Hjh Sarimah Bt Mohd Rafie,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Seri Paya.

Yang dihormati ,
Cikgu Siti Norjohana binti Samingon,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Paya.

Yang dihormati ,
______________________,
SK Seri Paya.

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Barisan AJK PIBG, Barisan guru-guru, murid-
murid, AKP AKP, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamua’laikum dan salam sejahtera diucapkan.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis “Sulaman Kasih Junjungan Budi”

Sempena persaraan Puan Sabada binti Suradi Pembantu Tadbir SK Seri Paya

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al Fadil Ustaz
Mohamad Bahtiar Bin Harun.

Majis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohamad
Bahtiar Bin Harun atas bacaan doa itu tadi.

3. Ucapan

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

1. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Hjh Zalela BT Sheran, Guru
Besar Sk Seri Paya. Dipersilakan

Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Pn Hjh Zalela Bt Sheran atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi

Jangan tertawan alpha duniawi

Hanya indah serupa mimpi

Duhai puan bunga yang dirai

Hulurkan madah kata bersakti

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Puan Sabada binti
Suradi untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Sabada
binti Suradi atas ucapan itu tadi.

4. Montaj

Hadirin dan Hadirat sekalian….

Dibawah seliaan dan penyediaan JK Montaj, dipersembahkan kepada hadirin sekalian tayangan
multimedia untuk tatapan insan yang sedang kita raikan ini. Marilah sama sama kita menghayati
persembahan tersebut.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia yang diraikan Puan Sabada binti Suradi.
Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi kenang-kenangan buat kita semua.

5. Persembahan Murid

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis pada pagi yang syahdu ini diteruskan pula dengan persembahan dari murid Tahun 4 iaitu adik
danial ezzairi.

Majlis dengan ini mempersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada adi Daniel ezzairi atas persembahan nyanyian itu tadi.

6. Penyampaian Cenderahati

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Pn Hjh
Zalela Bt Sheran, Guru Besar SK Seri Paya untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Sabada binti Suradi
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ____________________________________________ untuk menyampaikan tanda


ingatan daripada PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH.

Seterusnya,

Dipersilakan _________________________________untuk menyampaikan tanda hati daripada

______________________________________________________

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada Tahun 1

Dipersilakan wakil daripada Tahun 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 3

Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 4

Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 5

Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 6


Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati ………………………………. untuk
menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Seri Paya.

Seterusnya, cenderahati dari warga SK Seri Paya,

Dipersilakan

1. Pn Mazallizah bt Hashim

2. Pn Lindah bt Ramli

3. Pn Norhafizah bt Mohamad

4. Pn Siti Farhana bt Hj Umar

5. Pn Zuraini bt Sa’at

6. Pn Zuraidah bt Yakeni

7. Pn Hjh Villiah Perdes Nelson

8. Pn Toiyibah bt Abu Bakar

9. Pn Raiha Lailly bt Masri & Pn Faridah bt Mat Dan

10. Pn Shahada bt Mohd Kassim

11. Pn Rohaini bt Suradi

12. Pn Norazian bt Muhamad

13. Tn Hj Mohd Asri b Md Sulaiman

14. En Mohd Bahtiar b Harun

15. En Muhamd Fauzi b Hamim

16. En Mohd Nazirul b Ahmad

17. En Hashim b Jaiman

18. Pn Rohaini bt Wahab

19. Pn Faridah bt Mohamad

20. En Halim

21. Ustzh Rashidah bt Isa

22. Ustzh Masjuliana bt Nani

23. Ustzh Nursyamimi bt Siran

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Enci Muhamad Fauzi bin Hamim
untuk menyampaikan cenderamata daripada KEBIRUS SK Seri Paya.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn
Sabada binti Suradi.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Sabada binti Suradi atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha Pn Hjh Zalela Bt Sheran mengiringi Yang Diraikan Pn Sabada binti Suradi sebentar tadi.

7. Salaman

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Namun sebelum kita mengakhiri majlis “Sulaman Kasih Junjungan Budi” diminta semua murid untuk
beratur unuk bersalaman dngan yang diraikan Pn Sabada binti Suradi

8.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,

Selamat bersara dengan senyuman mesra!


Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Sabada binti Suradi
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Yang Diraikan sentiasa sihat dan menimati hari bahagia bersama keluarga tercinta.
Selamat Bersara Pn Sabada. Semoga segla kenangan akan terpahat dan mnjadi memori sepanjang
zaman.

Hadirin sekalian, sekian berakhirlah majlis kita pada pagi ini


Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sulaman Kasih Junjungan Budi” ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa
Barakatuh

Dipersilakan tetamu jemputan untuk ke meja jamuan untuk menikmati hidangan yang disediakan..

Anda mungkin juga menyukai