Anda di halaman 1dari 7

BI QUE TEKSPENTADBIRAN

ATURCARA PENGACARA MAJLIS TINDAKAN


L PROGRAM GREAT TEACHER ORGANISATION (GTO)
ARAHAN Mohon
KOLOBORATIF AGENSIperhatian.
ANTI DADAH (AADK) CAWANGAN KUALA
UMUM Majlis akan
TERENGGANU DENGAN JABATAN bermula sebentar lagi.
PENDIDIKAN Diharapkan
NEGERI hadirin dapat
TERENGGANU (JPNT)
mengambil tempat masing-masing
(15 Februari 2022) dan memenuhkan ruang
kosong barisan hadapan.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar,


mohon hadirin dapat mematikan telefon bimbit atau
menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung.

Hadiran juga diingatkan untuk mematuhi standard operasi


prosedur (SOP) iaitu;

Memakai pelitup muka dengan betul


Mengamalkan penjarakan sosial
Tahap kesihatan yang memuaskan dan tidak bergejala
Sentiasa menjaga kesihatan dan mengutamakan keselematan
diri.
Serta telah mengimbas QR code bagi pendaftaran
mysejahtera.

Sekian, terima kasih.

ALUAN Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirrahbil alamin…

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi


Dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada
pagi yang indah ini dalam Program “Great Teacher
Organisation (GTO)”, kolaborasi pihak Agensi Anti Dadah
Kebangsaan Cawangan Negeri Terengganu (AADK) dengan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi tahun
2022.

SALUTASI Sayang Kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu ilahi

Yang berusaha,
Tuan Haji Awi bin Salleh,
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Menjalankan tugas dan menanggung kerja
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Yang berusaha
Encik Roslan bin Husin
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK)
Negeri Terengganu

Yang berusaha
Tn Haji Mohd Sharif bin Ab Latif
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Yang dihormati,
Encik Muhamad Saidin Bin Mohamad Noor,
Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Terengganu

Yang dihormati
Puan Norfaizah binti Idris
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (HEM) merangkap pegawai
meja PPDa
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Yang dihormati
Prof Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin
Pakar Perubatan Keluarga
Jabatan Perubatan Rawatan Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Timbalan-timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,

Ketua-ketua penolong pengarah kanan,

Ketua-ketua penolong pengarah Jabatan Pendidikan Negeri


Terengganu,

Penolong-penolong pengarah Jabatan Pendidikan Negeri


Terengganu dan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu

Pegawai pendidikan Daerah Negeri Terengganu,

Timbalan Pegawai pendidikan Daerah Negeri Terengganu Sektor


Pembangunan Murid,

Penolong Pegawai pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid Negeri


Terengganu,

Jurulatih Utama PPDa Negeri dan Daerah, Guru-guru Special


Programme Alcohol and Drug Abuse (SPADA),
Dif-dif jemputan

Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Barisan guru,


tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat dari seluruh
negeri.

Assalamualaikum wht dan salam sejahtera.

DOA Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita membacakan umul kitab, Al-Fatihah..

……………………….

Dengan bacaan ayat suci sebentar tadi, semoga mendapat


keberkatan dan dimudahkan perjalanan program kita hari ini,
InsyaAllah.

PENGENALAN Hadiran yang dihormati sekalian,

Seperti yang semua sedia maklum, hari ini kita bersiaran


secara hybrid iaitu langsung dari Institut Latihan
Perindustrian (ILP) Cawangan Negeri Terengganu
serta platform maya di facebook AADK dan youtube live
JPNT.

Pihak Majlis mengucapkan Selamat datang kepada hadirin


dan tidak dilupakan juga penonton-penonton maya yang
berada di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas kesudian anda bersama-sama kami.

MULA SLOT Si dara manis memetik nangka


Rasanya enak sedap dimakan
Penceramah kita telahpun sedia
Selamat datang kami ucapkan

……….

Untuk makluman hadiran


Anda boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada
penceramah secara langsung pada sesi soal jawab dan atau
pada ruangan virtual sepanjang ceramah berlangsung.

Pada pagi ini, pihak penganjur telah membawakan empat


orang penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing
dan bakal berkongsi pada 3 slot sebentar nanti.

SLOT 1 Dengan itu, tanpa membuang masa, pihak majlis dengan


segala hormatnya menjemput penceramah bagi:
(9.00 – 10.00 pagi)
Slot pertama yang bertajuk:
“Ketagihan Vape Dalam Kalangan pelajar dan kesan
terhadap kesihatan fizikal & mental”

Yang akan disampaikan Oleh:


Prof Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin
Pakar Perubatan Keluarga
Jabatan Perubatan Rawatan Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Dipersilakan Dr.
______________________________________________

Jutaan terima kasih diucapkan kepada

Prof Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin

Atas perkongsian yang menarik sebentar tadi.

Pihak majlis membuka ruang kepada mana-mana penonton


yang ingin bertanyakan soalan kepada penceramah, boleh
tampil ke mikrofon yang telah disediakan.

Sementara itu, saya bacakan dulu komen/soalan di ruang


maya
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………

……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………

……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………

Terima kasih Dr atas maklum balas yang diberikan. Semoga


segala persoalan telah terjawab ya, cikgu2.

Kuiz
Terbuka, jauh akan pos
soalan
Hadiran sekalian,
Untuk slot ini, pihak penganjur telah menyediakan kuiz atas
talian iaitu kuiz kohoot seperti paparan link yang diberikan.

Tuan puan boleh menyertai kuiz dan kami mencari 5 orang


pemenang utama yang akan diumumkan sebentaar nanti

…………………………….

Umum pemenang?
1.
2.
3.
4.
5.

Untuk pemenang-pemenang sila pastikan anda


meninggalkan nama dan no telefon agar pihak urusetia dapat
hubungi bagi pengurusan hadiah.

SLOT 2 Sidang penontong yang dihormati,


(10.00 – 10.20 Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan
pagi)
Slot ke-2 iaitu perkongsian atau
“Pembentangan Amalan Terbaik PPDa SMK Kerteh,
Kemaman, yang telah mendapat Johan Kebangsaan tahun
_______”

Yang akan disampaikan Oleh:

Cikgu Aida binti Ramli dan


Cikgu Nor Maziani binti Md. Nawi
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Kerteh, Kemaman

Dipersilakan.

Tahniah cikgu-cikgu atas kerja buat yang cemerlang.


Semoga menjadi inspirasi kepada semua guru PPDa di
Malaysia.

Sebelum itu, kita buka ruang kepada hadirin jika ada


sebarang pertanyaan

Ruang soal jawab


Terima kasih lagi sekali buat penceramah kita atas
perkongsian yang sangat bermanfaat, semoga Terengganu
terus melahirkan guru-guru PPDa yang cemerlang,
insyaAllah.

SLOT 3 Sekarang, Kita telah sampai ke Slot 3 iaitu:


“Taklimat Pengurusan PPDa Tahun 2022”
(10.20 – 11.30
pagi)
Yang akan disampaikan oleh
Puan Norfaizah binti Idris
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (HEM) merangkap
pegawai meja PPDa
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


____________________________________

Terima kasih Puan atas perkongsian sebentar tadi.

Dengan ini, kita buka ruang 5 minit, jika ada sebarang


pertanyaan. Dipersilakan cikgu-cikgu.

Q&A

HADIRIN YANG  DIHORMATI SEKALIAN.

Dengan berakhirnya perkongsian bermanfaat dari 3


penceramah kita sebentar tadi, maka berakhirlah slot kita
pada pagi ini.

Namun diharapkan para hadirin untuk kekal bersama-


bersama kami bagi bagi majlis perasmian penutup yang akan
diadakan sebentar sahaja lagi.

_____________________________________________

Saya mewakili pihak majlis, mengucapkan jutaan terima


kasih tidak terhingga kepada kepada tetamu-tetamu
kehormat, barisan pegawai AADK, barisan pegawai JPNT,
jurulatih-jurulatih utama PPDA, Guru-guru SU PPDA, dari
Daerah Kuala Terengganu dan tidak dilupakan juga
penonton-penonton maya yang berada di seluruh Malaysia.

Sebelum itu, pastikan hadiran mengimbas QR code bagi


pendaftaran e-sijil serta menjawab soal selidik yang telah
dipaparkan.

Jutaan terima kasih atas kesetiaan anda bersama-sama kami


dari awal pagi hingga ke detik ini.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun atas pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Terengganu,
Negeri cantik, Budaya Menarik,
Orangnyapun baik2.

Akhir kata, wabilahitaufik walhidayah.


Wsalamualikum w.b,t. . Sekian terima kasih.

#Lebih baik cegah

Anda mungkin juga menyukai