Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN MC LEARNING ORGANIZATION

PERKARA TEKS UCAPAN


ALUAN Diminta semua hadirin bersedia dan mengambil tempat masing-masing
PENGERUSI kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
MAJLIS Bismillahirahmanirrahim

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha
Tn Hj Azman b Othman @ Abdullah-
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Yang Berbahagia,
Datuk Wan Munadi B Wan Mamat
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Malaysia Berhad

Yang berusaha
Tn Hj Kasman b Embong
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Pegawai2 dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat


Pendidikan Daerah,

Pegawai2 dari Yayasan guru Malaysia berhad,


Peserta-peserta Bengkel Learning Organization,
Penerima-penerima sumbangan Yayasan guru Malaysia berhad,
Urusetia-urusetia dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
BACAAN DOA Assalamualaikum wbt dan Salam Anjakan Muafakat Nekad.

Di majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada


ilahi kerana dengan izin limpah rahmat-Nya kita diberi kelapangan masa,
kesempatan waktu untuk bersama-sama dalam BENGKEL PEMBANGUNAN
“LEARNING ORGANIZATION” PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU DAN PENYAMPAIAN
SUMBANGAN BAGI YANG TERKESAN BENCANA BANJIR MONSUN TIMUR
LAUT 2022/2023

Hadirin sekalian,
Agar majlis lebih berkat, agar ikatan terus muafakat, marilah sama-sama
kita membacakan surah Al-Fatihah bagi memohon keberkatan perjalanan
majlis pada pagi ini. Al-Fatihah.

UCAPAN TIM Hadirin sekalian,


PENGARAH
SPS Duduk sekawan gadis jelita
Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan

Memulakan bingkisan ucapan, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan


mempersilakan Tuan Hj Azman b Othman@Abdullah, Timbalan Pengarah
Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Hj Azman bin
Othman@Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan
Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
TAKLIMAT Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,
YDMB
Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Berhormat datuk, jadi tumpuan
Persilakan datuk memberi ucapan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang Berbahagia,


Datuk Wan Munadi B Wan Mamat
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan……
…………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia,
Datuk Wan Munadi B Wan Mamat
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Malaysia Berhad, atas ucapan sebentar tadi.

PENYERAHAN
SUMBANGAN
Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin Bin Adam
Pengerusi
Yayasan Guru Malaysia Berhad

Yang Berusaha
Tn Hj Azman b Othman @ Abdullah-
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Yang Berbahagia,
Datuk Wan Munadi B Wan Mamat
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Malaysia Berhad

Yang berusaha
Tn Hj Kasman b Embong
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

 Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan guru Malaysia


berhad
 Pegawai2 dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat
Pendidikan Daerah,
 Pegawai2 dari Yayasan guru Malaysia berhad,
 Peserta-peserta Bengkel Learning Organization,
 Penerima-penerima sumbangan Yayasan guru Malaysia berhad,
 Urusetia-urusetia dan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan bagi


penerima manfaat bencana banjir dari Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Untuk pengetahuan hadirin, seramai 50 orang yang akan menerima
manfaat iaitu wang tunai sebanyak RM500.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin Bin Adam


Pengerusi, Yayasan Guru Malaysia Berhad

Dengan diiringi oleh

untuk tampil menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut. Dengan


segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian sumbangan Penerima manfaat bencana banjir Yayasan Guru


Malaysia Berhad akan dimulakan dengan penerima dari PPD Kuala
Terengganu. Dipersilakan……

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin Bin
Adam, Pengerusi, Yayasan Guru Malaysia Berhad atas penyampaian
sumbangan ahli terkesan banjir sebentar tadi.
REHAT Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis akan berhenti rehat untuk memberi peluang kepada hadirin sekalian
untuk sesi minum pagi. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk minum
pagi di
………………………………………………………………………………………………………….

Mohon kerjasama semua hadirin untuk kembali ke dalam dewan pada


jam…………….. bagi memastikan kelancaran program kita pada hari ini.
Harap maklum dan terima kasih.

Mohon kerjasama juga kepada semua penerima sumbangan untuk


bergerak ke hadapan pentas bagi acara sesi bergambar.

SLOT 1 Hadirin dan hadirat sekalian

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan slot pertama yang bertajuk
“Sekolah sebagai In Loco Parentis” yang akan disampaikan oleh Yang
berusaha, Pn Siti Raha Ramadhan binti Hussein, Ketua Penolong
Pengarah, Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………………………………………..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha, Pn Siti
Raha Ramadhan binti Hussein, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Integriti,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
di atas penyampaian slot sebentar tadi. Semoga kita dapat mengambil
manfaat atas segala ilmu yang dikongsikan sebentar tadi.

SLOT 2 Sidang dewan yang Budiman,


Bengkel kita akan diteruskan lagi dengan slot kedua yang bertajuk SPSK

Slot ini akan disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Shamsuddin bin
Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Psikologi &
Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.  

Majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan..


……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik


Shamsuddin bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Sektor
Psikologi & Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di atas
penyampaian slot sebentar tadi.

Semoga segala ilmu yang disampaikan sebentar tadi dapat kita aplikasikan
supaya perkhidmatan yang diberikan sentiasa pada tahap cemerlang.

PENUTUP  Hadirin sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.

Dengan berakhirnya slot sebentar tadi, maka berakhirlah sudah bengkel


kita pada hari ini. Saya mewakili pihak Majlis, ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kehadiran, tuan-tuan, puan-puan, untuk menjayakan
program pada hari ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, samada
secara langsung mahupun tidak.
Semoga bengkel kita pada hari ini akan memberi manfaat kepada kita
sebagai warga pendidik dalam memastikan amalan budaya kerja
berprestasi tinggi.

Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan


dirahmati Allah. Semoga  perpisahan kita juga selepas ini sebagai
perpisahan yang  dipelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah,
yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum waRahmatullahi wa Barakatuh
Sebelum itu, diminta tetamu VIP untuk bergambar dihadapan sebagai
tanda kenang-kenangan.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di


…………………………………………………………, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai