Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN & PAMERAN INOVASI


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022/2023

Bil. Perkara Catatan

1.
Assalamualaikum wbt dan selamat petang saya ucapkan. Selamat
datang ke Majlis Perasmian Penutup Kolokium Kajian Tindakan &
Pameran Inovasi Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022/2023.

Hadirin dan hadirat sekalian, program akan bermula 5 minit sahaja lagi.
Diminta hadirin untuk mengambil tempat duduk.

Di sini terdapat beberapa makluman bagi melancarkan majlis pada hari


ini.

I. Sila ambil tempat duduk anda dan anda diminta untuk tidak
meninggalkan tempat duduk anda sepanjang majlis berlangsung.
II. Sila pastikan telefon bimbit anda dimatikan atau berada dalam
mod senyap sepanjang majlis berlangsung.
III. Pihak majlis memohon kerjasama para penerima sijil dan hadiah
untuk menaiki tangga di sebelah kanan dewan dan turun di
sebelah kiri dewan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih diucapkan atas kerjasama anda.

2.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin
Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(Sektor Pembangunan Profesionalisme) bersama para tetamu
kehormat dan dif - dif jemputan masuk ke dalam Dewan Bendahara
seterusnya melawat tapak-tapak pameran inovasi.

1
3. Para hadirin diminta berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
- Lagu Negaraku - (Lagu dinyanyikan)
Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.

4. Assalamualaikum wbrkt, salam sejahtera, Salam Anak Yang Baik Lagi


Cerdik, Salam Anjakan Muafakat Nekad, Salam MIZANIS Terbilang.
1. Yang Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan
Profesionalisme)
2. Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Othman @ Abdullah,
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah),
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mewakili
Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3. Yang Berusaha Dr. Hj. Ahamad bin Rahim,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
4. Yang Berusaha Tuan Haji Kasman bin Embong,
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran), Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu
5. Yang Berusaha Ts. Dr. Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
6. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid),
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
7. Ketua-Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
8. Para Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat
Pendidikan Daerah dan Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan,
9. Barisan Pengetua, Guru Besar, para Pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
10. Barisan Ahli Jawatankuasa dan peserta Kolokium Kajian
Tindakan & Pameran Inovasi Peringkat Negeri Terengganu
Tahun 2022/2023,
11. Seterusnya para hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian.

2
5. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kita dapat bersama-sama pada petang
yang barakah ini dalam Majlis Perasmian Penutupan Kolokium Kajian
Tindakan & Pameran Inovasi Peringkat Negeri Terengganu Tahun
2022/2023 yang bertemakan “Pembudayaan Kajian Tindakan
Pemangkin Kecemerlangan Pelajar”.

Datuk panglima bermain keris,


Para hulubalang bermain belati,
Kehadiran tuan menyerikan majlis,
Menjadi kenangan di dalam hati.

Kami bagi pihak majlis amat mengalu-alukan kehadiran para tetamu


kehormat, dif-dif jemputan serta para hadirin yang hadir pada petang ini.
Kolokium Kajian Tindakan ini merupakan acara tahunan program
permuafakatan pendidikan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sejak tahun
2018 lagi melibatkan bimbingan berkala yang diberi oleh para pensyarah
IPGKSM yang terlibat kepada guru-guru sekolah model KBAT, sekolah
model TS25 dan tingkatan 6 di negeri Terengganu. Kolokium yang diadakan
sepanjang hari ini melibatkan 49 peserta dari kategori individu dan
berkumpulan merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah dari
seluruh daerah di negeri Terengganu.
Selain daripada memantapkan jaringan dan kerjasama antara Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu, Institut Pendidikan Guru, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah, kolokium ini turut menggalakkan
perkongsian idea, pengalaman, pengetahuan dan maklumat tentang berbagai
aspek penting dalam inovasi pendidikan serta meningkatkan kecaknaan
guru-guru terhadap tuntutan dan perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan terutama dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.

3
6. Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis dengan ini
menjemput Al-fadhil Ustaz Mohd Nor Zaiman bin Che Mansor, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah
Besut untuk membacakan doa. Bagi hadirin yang bukan Islam boleh
bertafakur sebentar mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan
hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Nor


Zaiman bin Che Mansor atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis pada
petang ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T..

7. Seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan montaj


yang disediakan oleh pihak penganjur. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

- Tayangan video montaj –

Untuk makluman para hadirin, montaj itu tadi telah disediakan oleh
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu dengan kerjasama Unit Sumber Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

8.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha,
Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Hj.


Ahamad bin Rahim atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

4
9.
Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Azman bin
Othman @ Abdullah, Timbalan Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah)
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mewakili Tuan Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji


Azman bin Othman @ Abdullah atas ucapan yang diberikan sebentar
tadi.

10.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Ucapan perasmi dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang


Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan
Profesionalisme) untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan
Kolokium Kajian Tindakan & Pameran Inovasi Peringkat Negeri
Terengganu Tahun 2022/2023 yang bertemakan “Pembudayaan Kajian
Tindakan Pemangkin Kecemerlangan Pelajar”.
Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim atas kesudian
merasmikan majlis pada petang ini.

5
11. Majlis diteruskan dengan Pelancaran Video Korporat Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan. Untuk itu majlis menjemput Yang
Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim dengan diiringi barisan
tetamu kehormat bagi melancarkan video korporat tersebut. Dengan
hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr.


Ahmad Rafee bin Che Kassim atas pelancaran video korporat itu tadi.

Hadirin sekalian, seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan


12. kepada Pegawai Meja Kajian Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah
mewakili para peserta yang terlibat. Untuk itu, majlis dengan ini
menjemput Yang Berusaha Dr. Hj. Ahamad bin Rahim, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan diiringi oleh Ts. Dr.
Pajuzi bin Awang, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada para
penerima. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Hj. Ahamad
bin Rahim atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan kepada para
peserta.

13. Hadirin sekalian, seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan


kepada para fasilitator yang terdiri daripada barisan Pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Untuk itu, majlis dengan ini
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Othman @ Abdullah,
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu dengan diiringi oleh Tuan Haji Kasman
bin Embong, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan
Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bagi menyampaikan
sijil penghargaan kepada para penerima.
Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

6
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Azman bin Othman @ Abdullah atas kesudian menyampaikan sijil
penghargaan kepada para penerima sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada


14. para pemenang. Untuk itu, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) dengan
diiringi Tuan Haji Azman bin Othman @ Abdullah, Timbalan Pengarah
Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu dan Dr. Haji Ahamad bin Rahim, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan bagi menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Ahmad


Rafee bin Che Kassim atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

15. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Ahmad
Rafee bin Che Kassim dan para tetamu kehormat turun dari pentas untuk
bergambar bersama dengan dif-dif jemputan serta para hadirin.

16. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Ahmad Rafee bin
Che Kassim, para tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan para hadirin
yang sudi meluangkan masa pada petang ini. Semoga segala usaha kita
dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Sekian, wassalam.

17. Majlis mengumumkan pergerakan keluar Yang Berbahagia Dr. Ahmad


Rafee bin Che Kassim bersama tetamu kehormat dan dif-dif jemputan
meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai