Anda di halaman 1dari 4

SKRIP UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL MENGOPTIMUMKAN PENGGUNANAN &

PENGINTERGRASIAN SUMBER ICT DALAM P&P

QUE ACARA

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said, RADZIAH
Timbalan Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Tek Pend
Kuala Lumpur.

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Penutupan
Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber
Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Puan Timbalan Pengarah, tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini. Rasanya belum
terlambat bagi pihak majlis mengucapkan selamat hari guru kepada semua
para hadirin dan peserta bengkel yang berada di dewan ini.

BACAAN DOA Tetak buluh panjang sepuluh RADZIAH


Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Mohon selamat dunia akhirat

Dengan ini majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai


Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan
untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di
atas bacaan doa itu
QUE ACARA

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...


PROTOKOL RADZIAH
Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said

Timb Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Teknologi


Pendidikan Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Datin Dr Hjh Fawzia Osman


Ketua Sektor Pembestarian Sekolah

Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri, Negeri
Sembilan

Tn Hj Shamsudin bin Hassan


Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Sembilan

Para peserta Bengkel, hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian...


QUE ACARA

UCAPAN ALU- Petang hari pergi ke rimba, RADZIAH


ALUAN Pergi ke rimba menarah papan;
Assalamualaikum pembuka bicara
Mohon hadirin beri perhatian.

Dinihari pergi lautan


Untuk menjala siikan bilis
Salam sejahtera tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Untuk menerus majlis dengan ini saya membuka sessi ini kepada guru-
guru yang mengikuti bengkel ini untuk bertanyakan soalan kepada Yang
Berbahagia Timbalan Pengarah. Majlis mempersilakan.

UCAPAN Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang RADZIAH
TIMBALAN Berbahagia Puan Hawa binti Said (Timbalan Pengarah Pengurusan
PENGARAH Teknologi Pendidikan Bah Tek Pendidikan Kuala Lumpur) untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup Bengkel
Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan
Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan


Hawa untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Timbalan diatas ucapan itu tadi.
QUE ACARA

PENYAMPAIAN Seterusnya ialah penyampaian sijil kepada para peserta.


SIJIL DAN
CENDERAMATA Dengan ini dijemput En Abdullah bin Yusuff Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan...

...bagi menjemput dan mengiringi Puan Hawa Timbalan Pengarah


Pengurusan Teknologi Pendidikan BTP KL untuk menyampai sijil kepada
para peserta.

Dijemput wakil daripada Guru Penyelaras Media –


untuk menerima sijil

wakil daripada Guru Penyelaras


Bestari untuk menerima sijil.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan Hawa


menyampaikan sijil sebentar tadi.

PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian;

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


    Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis penutupan Bengkel


Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan
Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-


tuan dan puan-puan ke bengkel yang telah diadakan selama dua hari di
BTPNNS bermula dari 3 Jun hingga 4 Jun 2010.

Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan


bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah
disediakan di cafe BTPNNS

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah,
yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi


wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai