Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016

2 MEI 2016

DEWAN PERDANA

BIL CUE ANN

1 Selepas pelajar · Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk berada dalam
mengambil tempat keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung. Mohon kerjasama
daripada para hadirin untuk memastikan telefon bimbit anda dimatikan
atau berada dalam keadaan nada senyap.

· Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin dimohon


untuk berdiri sehinggalah dipersilakan untuk duduk. Kerjasama anda
amatlah dihargai. Terima kasih.

2 Apabila VIP tiba Mengumuman ketibaan:-

Yang berbahagia Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som

Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan

Serta diiringi Dhif-Dhif kehormat masuk ke dalam Dewan

Nyanyian lagu NEGARAKU dan UNISZA

Hadirin dipersilakan untuk duduk

3 Solutasi MC Ke pekan kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis dibuka tirai bermula,

Dengan alunan madah yang indah

Indah berbalam si awan petang,

Berarak dicelah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam sehati sejiwa.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som

Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan


UniSZA

Yang Berusaha Prof Dr Muhammad Fadzil Bin Ahmad

Timbalan Dekan Akademik Dan Siswazah

Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA

Yang Berusaha Dr Mutia Sobihah Binti Abd Halim

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni

Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA

Yang Berusaha En Mohamad Gafis Bin Amat Simin

Ketua Pusat Pengajian Antropologi Dan Dakwah

Yang Berusaha Puan Normala Binti Riza

Pemangku Ketua Pusat Pengajian Keja Sosial

Pensyarah-pensyarah, Staf Pentadbiran,

Barisan Saf Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakuti Sains Sosial Gunnan

Seterusnya Mahasiswa-Mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke,

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016

4 Bacaan Doa Sidang hadirin sekalian

Kalau pergi tanjung keramat,

Anak manis jangan di angkat,


Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Demi memberkati acara kita pada peang ini,

Marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya

Dengan sanubari yang bersih minda yang jernih

Menghimpunkan segala harapan dan hasrat dengan bait-bait doa serta


munajat.

Dengan itu, majlis mempersilakan

Untuk mengetuai bacaan doa kita pada petang ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal alamin

Terima kasih diucapka kepada saudara

Di atas bacaan doa sebentar tadi.

5 Aluan Majlis Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah


s.w.t, kerana dengan limpah perkenan dan kurniaNya kita sekali lagi
dapat berhimpun untuk sama-sama menjayakan MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUAAN TAHUN 2016.

Majlis berbesar hati merungkai ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan


ribuan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puan Bin Mat Som

Dekan Fakulti SainS Sosial Gunaan UniSZA


Di atas kesudian hadir bagai menyerikan lai majlis kita pada petang ini.

Tidak dilupakan juga majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan,


serta mahasiswa sekalian.

Untuk makluman hadirin, Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti sains


Sosial Gunaan merupakan satu program bagi meraikan pelajar-pelajar
yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam akademik dan
memberi sumbangan dan jasa kepada Fakulti.

6 Ucapan perasmi Hadirin dan hadirat sekalian

Jangan Tetawan Alpa Duniawi,

Hanya Indah Serupa Mimpi,

Duhao\i Phlawan Kesatria Pertiwi,

Hulurkan Madah Kata Perasmi.

Seterusnya Majlis Menjemput dan Mempersilakan

Yang Berbahagia Prof Dr Ahmad Puad Bin Mat Som

Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan

Untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis


Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan Tahun 2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof


Dr Ahmad Puad Bin Mat Som di atas ucapan perasmian beliau sebentar
tadi.

7. Anugerah dekan Hadirin Sekalian,

Majlis Anugerah Kecemerlangan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
agenda yang seterusnya. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada para pelajar yang
berjaya mencatatkan keputusan cemerlang di dalam akademik.
Sebelum itu, untuk makluman hadirin sekalian, gred purata akademik
yang telah dipersetujui oleh pihak Fakulti untuk mencapai Anugerah
Dekan Adalah 3,67 dan ke atas.

Bagi menyempurnakan acara dan penyampaian anugerah dekan,

Majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puad Bin Mat Som

Dekan Fakluti Siins Sosial Gunaan

Diiringi Yang Berusaha Dr Muhammad Fazil bin Ahmad

Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah

Untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat


keputusn cemerlang.

Majlis mempersilakan.

Rujuk Lampiran

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Bebahagia Prof Dr


Ahmad Puad bin Mat Som di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

8. Tayangan montaj Majlis Anugrah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan 2016
DITERUSKAN DENGAN ACARA YANG SETERUSNYA. Sebelum itu, ayuh
kita sama-sama saksikan sebuah tayangan montaj yang telah disediakan
oleh pihak urusetia.

Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah dijalankan


oleh para pelajar.

9 Anugerah dekan Seterusnya, majlis diteruskan sekali lagi dengan acara penyampaian
Anugerah Dekan kepada para pelajar.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan


Untuk menyampaikan sijil kepada para pelajar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih kepada

Di atas kesudian menyampaikan sijil anugerah dekan sebentar tadi.

Tahniah Diucapka kepada Para pelajar yang Berjaya.

10. Tayangan video Hadirin sekalian,


khas

Seterusnya marilah kita sama-sama berhibur dengan menyaksikan


tayangan video yang ditayangkan khas pada petang ini.

11. Anugerah FSSG Hadirin Sekalian,

Kita teruskan lagi majlis pada petang ini dengan acara yang seterusnya.

Pihak fakulti berbesar hati untuk menyampaikan beberapa Anugerah


Khas Pencapaian Cemerlang Kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah
memberikan sumbangan dan jasa kepada fakulti. Anugerah khas ini
diberikan kepada mahasiswa yang telah memberi sumbangan dan
pencapaian cemerlang dari aspek kurikulum, kepimpinan, khidmat bakti
dan juga sukan.

Bagi menyempurnakan Anugerah Khas kepada pemenang,

Majlis menjemput dam mempersilakan

_______________________________________________________

_______________________________________________________
Diiringi

Untuk menyampaikan anugerah.

Dipersilakan.

Rujuk Lampiran

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

12. Penutup Hadirin sekalian,

Kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh yang demikian, badgi pihak
urusetia dan penganjur Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sans
Ssosial Gunaan Tahun 2016 merakamka ucapa setinggi-tingi
penghargaan dan terima kasih kepada dhif-dhif kehormat atas kesudian
hadir bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini.

Semoga majlis Anugerah sepert ini dapat memberi semangat kepada


mahasisiwa yang lain untuk terus bergiat aktif dalam memacu kea rah
pembangunan sahsiah diri.

Ada laut ada pantainya,

Ada malam ada subuhnya,

Ada mula ada akhirnya,

Ada awal ada penyudahnya

Sekian sahaja, saya WAN HANIS AISYAH mewakili warga kerja menyusun
sepuluh jari andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini
berangsung.
Wabillahitaufiq……………

Anda mungkin juga menyukai