Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH PERDANA MORAL IPGKPT

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Dihormati,
En. Velusamy A/L Kuppusamy
Ketua Unit Pendidikan Moral
Bahagian Perkembangan Kurikulum

Yang Berusaha,
Dr. Mohamed Nazul Bin Ismail
Ketua Jabatan
Teknologi Pengkomputeran

Pensyarah, Staf dan Siswa Siswi pendidik yang dihormati sekalian.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
IzinNya pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Ceramah
Perdana Moral.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Saudara
Akmal Asyraf Bin Mohd Zin untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa sebentar


tadi.
Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Dr. Mohamed Nazul Bin
Ismail, Ketua Jabatan Teknologi Pengkomputeran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Mohamed Nazul Bin Ismail atas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin,

Kini, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan. Sebelum itu, moleklah kiranya kita mengenali serba
sedikit latar belakang penceramah kita pada hari ini. Beliau merupakan bekas siswa IPG Kampus
Ilmu Khas dalam bidang Pengajian Tamil pada tahun 1989, seterusnya melanjutkan pelajaran ke
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Psikologi dan Persuratan Melayu. Pada tahun 2006,
beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pendidikan Moral di Universiti
Malaya. Beliau telah bertugas sebagai guru di SMK Dato Dol Said, Alor Gajah Melaka, dan SMK
Bahau Negeri Sembilan. Beliau seterusnya ditugaskan ke Bahagian Pembangunan Kurikulum dan
pernah menjadi penggubal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran
Pendidikan Moral. Untuk itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Encik
Velusamy A/L Kuppusamy, Ketua Unit Pendidikan Moral, Bahagian Perkembangan Kurikulum
untuk menyampaikan ceramah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Velusamy
A/L Kuppusamy atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga hadirin dapat mengambil
iktibar dan mengamalkan apa yang telah disampaikan di dalam ceramah sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,


Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu Majlis
mempersilakan Yang Berusaha Ustazah Sarimah Bin Mokhtar untuk menyampaikan tanda kenang-
kenangan kepada Yang Dihormati Encik Velusamy A/L Kuppusamy.

Hadirin sekalian,
Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang
baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Sekian dan Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai