Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI 2022

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu dan Salam sejahtera

Yang Berbahagia,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sodomon

Yang Dihormati,
Encik Mohamad Bin Mohshin
Jurulatih Profesional TAPOW A Alaf Training
Selaku penceramah jemputan

Yang Dihormati,
Puan Nor Azah Binti Abdul Aziz Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Ampangan
Tuan Haji Mohd Nor Bin A Wahab Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Muhammad Shaifullah Bin Mohd Hussain
Puan Aishah Binti Abbas
Guru-guru kanan
Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan seterusnya pelajar-
pelajar yang dikasihi.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat
sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Ceramah Motivasi Ayuh
Tingkatkan Kecemerlangan Diri “From Hero to Zero” bagi pelajar-pelajar
Tingkatan 1, 2 dan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis
mempersilakan  bagi memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada    atas bacaan


doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Ampangan. Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Azimah Binti Abd Aziz, bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan kepada  Yang Berbahagia Datin Azimah, atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Puan Nor Azah Binti
Abd Aziz, Pengetua SMK Seri Ampangan bagi menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat Puan Nor Azah
atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin,

Kini, tibalah kita ke acara yang paling dinantikan semua. Untuk itu, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Encik Mohamad Bin Mohshin bagi memulakan
slot motivasi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Mohamad Bin
Mohshin atas kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi..

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Encik Mohamad Bin
Mohsin serta para tetamu atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan
majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya
sendiri.
 
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum
warahmatullah hiwabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai