Anda di halaman 1dari 8

1.

BICARA TOKOH

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Fauzi Bin Dato’ Haji Ahmad Razali,
Pengerusi Eksekutif Capvest Security Sdn Bhd, Di iringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nor
Hamim Bin Mohammad Askar, Pengetua SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Barisan Penolong Kanan
dan Guru-guru Kanan.

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...

Rabbissrahli
SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

Sayang selasih berisi minyak, 


Bunga cengkih di atas jerami; 
Terima kasih banyak-banyak, 
Sudi datang ke majlis kami. 

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Abdullah Fauzi Bin Dato’ Haji Ahmad Razali, Pengerusi Eksekutif
Capvest Security Sdn Bhd

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Nor Hamim Bin Mohammad Askar, Pengetua Smk Dato’ Seri
Maharaja Lela, Kg Gajah

Barisan Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,  kerana dengan


limpah kurniaNya serta kehendakNya, maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk
sama-sama kita berkumpul di Dewan Pahlawan yang mulia ini untuk menjayakan Program Bicara
Tokoh pada pagi ini bersempena dengan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Pelancaran
Semarak Merdeka Tahun 2020.

Sepertimana yang kita tahu, Majlis Sambutan Kemerdekaan diadakan pada setiap tahun di peringkat
kebangsaan, di peringkat negeri malah diperingkat sekolah. Sekolah kita tidak pernah terlepas untuk
menjayakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun.
Antara intipati program Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah adalah Program Bicara Tokoh. Setiap
tahun pihak sekolah akan menjemput tokoh-tokoh yang berwibawa, yang banyak berjasa kepada
masyarakat untuk hadir ke sekolah kita bagi memberikan ucapan kata-kata semangat, perkongsian
pengalaman kehidupan dan onak duri ranjau perjuangan yang menjadi pemangkin kepada sesebuah
kejayaan.

Tokoh yang kita jemput pada hari ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Fauzi Bin Dato’
Haji Ahmad Razali, Pengerusi Eksekutif Capvest Security Sdn Bhd.

Saya mohon izin untuk membacakan sedikit latar belakang Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah
Fauzi Bin Dato’ Haji Ahmad Razali.

Nama diberi, Abdullah Fauzi Bin Dato’ Haji Ahmad Razali, Dilahirkan pada tanggal 10 Jun 1955.
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Gajah (1962-1964), seterusnya berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Teluk Anson (1964-1967), meneruskan lagi pengajian di peringkat
sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Intan (1968-1972) dan berpindah
sekolah lagi ke Asrama Penuntut Kerajaan Negeri Perak (1973-1974)

Dalam dunia pendidikan, Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengetua Maahad Ehyak Diniah
Islamiah, Kg Gajah (1997-2004)

Dalam bidang professional, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Cupvest Security Sdn Bhd.

Dan Dalam dunia politik pula, Belia tidak asing lagi bagi kita kerana beliau merupakan Mantan Ahli
Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah.

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan ini, ingin menjemput dan mempersilakan Tokoh kita pada
hari ini, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Fauzi Bin Dato’ Haji Razali untuk menyampaikan
ucapan dan perkongsian rahsia kejayaan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Tokoh…………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Fauzi Bin Dato’ Haji Razali
atas perkongsian itu tadi. Diharapkan semua murid dapat menjana ilmu, menceduk pengalaman dan
menanam semangat dalam diri supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Kami disini akan
terus mendoakan supaya Dato’ diberikan kesihatan yang berterusan dan diberikan kekuatan untuk
terus berbakti kepada masyarakat. Terima kasih Dato.
2. Majlis Perasmian

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Datuk Dr Wan Norashikin Binti Wan Nordin, Exco
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Perak, diringi oleh Tuan
Haji Mohd Nor Hamim Bin Mohammad Askar, Pengetua SMk Dato’ Seri Maharaja Lela, En Zulkifli Bin
Zakaria, Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Barisan Penolong Kanan dan Guru-
guru Kanan.

Hadirin dijemput duduk.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...

Rabbissrahli
SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

Yang Berhormat, Dato’ Dr Wan Norashikin Binti Wan Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Perak, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
Kampung Gajah

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Hamin Bin Mohammad Askar, Pengetua SMK Dato’ Seri Maharaja
Lela, Kg Gajah.

Yang Dihormati, En Zulkifli Bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,

Barisan Penolong Kanan. Guru-guru Kanan,Para Jemputan, guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi.

Assalamualaikum w.b.t

Sarung ketupat berisi inti, 


Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-
Fadhil USTAZ ISHAK BIN KAMARUDDIN  untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ishak Bin Kamaruddin atas
pimpinan bacaan bacaan doa itu tadi.

Sebagai tanda cintakan akan Negara, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu
Kebangsaan Negara Malaysia Lagu Kebesaran Negeri Perak. Semua hadirin dijemput berdiri.

Nyanyian Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada semua hadiri atas nyanyian yang penuh semangat itu tadi.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian
alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahan kesihatan untuk bersama-sama berhimpun di Dewan
Pahlawan yang mulia ini untuk menjayakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Pelancaran
Semarak Merdeka Tahun 2020.

Irama Beralun Gendang Dipalu,


Langkah Diayun Berpasang-pasangan,
63 Tahun Telah Berlalu,
Malaysia Megah Menyambut Kemerdekaan.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,


Bumi bertuah indah permai;
Enam Puluh Tiga tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2020 adalah
bertemakan Malaysia Prihatin seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2020

Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan/ Hari Malaysia (Malaysia
Day) tahun 2020 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia
mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-
sama dengan kerajaan dalam memerangi COVID-19 tidak kira penjawat awam, sektor swasta,
sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu, semua telah mengambil bahagian
Dari pihak kerajaan pula, keprihatinan kerajaan dalam memberi keutamaan kepada kesejahteraan
dan kebajikan rakyat ditunjukkan menerusi inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi,
kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Tidak disangkal lagi bahawa semua program
yang dijalankan membantu masyarakat dalam mengharungi keadaan sukar begini.

Alhamdulillah, dalam keadaan yang sukar begini, pihak sekolah berkesempatan untuk mengadakan
majlis sambutan bulan kemerdekaan dan pelancaran semarak merdeka tahun 2020.

Selasih Mekar Di Tengah Desa,


Mencelah Sama Kembang Melati,
Bahasa Kebangsaan Jiwa Bangsa,
Perpaduan Disemai Bersatu Hati.

Melilit Rotan Di Dahan Ara,


Dicelah Angsana Mekar Sekata,
Kata-kata aluan pembuka Bicara,
Bingkisan Ucapan Menyusul Pula.

Majlis dengan segala hormatnya, ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Mohd Nor Hamin
Bin Mohammad Askar, Pengetua SMK Dato’ Seri Maharaja Lela untuk memnyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,


Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tiada bicaranya.

Majlis dengan segala hormatnya, ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Dr
Wan Norashikin Binti Wan Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan
Bulan Kemerdekaan Dan Pelancaran Semarak Merdeka Tahun 2020. Majlis dengan segalan
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Pelancaran
Semarak Merdeka 2020. Majlis sekali lagi ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Dr Wan
Norashikin Binti Wan Nordin diringin oleh Tuan Haji Mohd Nor Hamim Bin Mohammad Askar untuk
menyempurnakan gimik .

Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan gimik tersebut.

Untuk makluman semua, bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, pihak
sekolah menganjurkan pelbagai proram pertandingan. Antaranya adalah, Pertandingan Deklamasi
Sajak, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan,
Pertandingan Menghias Kelas dan lain-lain pertandingan bertemakan kemerdekaan.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Bagi menaikkan lagi semangat kemerdekaan kita pada tahun ini, mari lah sama-sama kita
menyanyikan Lagu Jalur Gemilang Dan Warisan . Para hadirin dijemput berdiri dan menyanyi
bersama sambil mengibarkan jalur gemilang.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah,
dipersilakan.
3. Majlis Penutupan Program Semarak Merdeka 2020

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Mohd Termizi Bin Mat Bunor, Ketua Kem Kem
Wawasan Negara Ulu Kenas, diringi oleh Tuan Haji Mohd Nor Hamim Bin Mohammad Askar,
Pengetua SMk Dato’ Seri Maharaja Lela, En Zulkifli Bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Seri
Maharaja Lela, Barisan Penolong Kanan dan Guru-guru Kanan.

Hadirin dijemput duduk.

Biji Selasih Boleh Dimakan


Menjadi Perisa Sedap Terperi
Selamat Datang Kami Ucapkan
Semoga Majlis Tambah Seri.

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...

Rabbissrahli
SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

Solutasi :
Yang Berusaha, En Mohd Termizi Bin Mat Bunor, Ketua Kem, Kem Wawasan Ulu Kenas, Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Hamin Bin Mohammad Askar, Pengetua SMK Dato’ Seri Maharaja
Lela, Kg Gajah.

Yang Dihormati, En Zulkifli Bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,

Barisan Penolong Kanan. Guru-guru Kanan,Para Jemputan, guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sekali lagi marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi,
Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahan kesihatan untuk bersama-sama berhimpun
seklai lagi di Dewan Pahlawan yang mulia ini untuk menjayakan pula Majlis Penutupan Program
Semarak Merdeka Tahun 2020.

Untuk makluman semua, bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan, sepanjang hari ini kita
telah menganjurkan pelbagai proram pertandingan. Antaranya adalah, Pertandingan Deklamasi
Sajak, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, dan Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan. Insya
Allah, kita akan mengetahui pemenangnya sekejap sahaja lagi. Antara kemuncak program
kemerdekaan tahun ini adalah, semua warga sekolah sama-sama akan menyiapkan bendera Jalur
Gemilang sepanjang 1000 meter.

Dara Rupawan Tersenyum Manis


Petik Kenangan Kuntum Delapan
Hadinya Semua Penyeri Majlis
Molek Kiranya Susuli Ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya, ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Mohd Nor Hamin
Bin Mohammad Askar, Pengetua SMK Dato’ Seri Maharaja Lela untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.

Kalau Tuan Pikat Kenari,


Jangan Patahkan Batang Jerami,
Kepada Tuan Hormat Diberi,
Mohon Rasmikan Majlis Kami.

Majlis dengan segala hormatnya, ingin menjemput dan mempersilakan En Mohd Termizi Bin Mat
Bunor, Ketua Kem, Kem Wawasan Ulu Kenas, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-Lead) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan program semarak merdeka tahun 2020. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucupan itu tadi.

Kita teruskan lagi majlis dengan masjlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gunung Nan Tinggi Di Balik Awan,


Bagai Terlihat Bintang Bertamu,
Sampai Disini Tuan Dan Puan,
Ada Hayat Kita Bertemu.

Leka Bersiap Si Anak Dara,


Teruna Tekun Memasang Pelita,
Kalau Tersilap Tutur Bicara,
Jemari Disusun Maaf Dipinta.

Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang itu dating dari kelemahan saya
sepanjang mengacarakan majlis ini. Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir. Terima
kasih. Semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai