Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS

2018
SMK TENGKU INDRA PETRA
28 OKT 2018 | AHAD | 1.30 PETANG | DEWAN INDRA

(1)
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Ummi Mariza Binti Che Ya, Pengetua SMK Tengku Indra Petra,
Encik Hasnol Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Mohd Asri bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Ariza Binti Arifin, Guru Penolong Kanan Petang
Tuan Haji Tuan Mohd Nor Bin Raja Hassan, Penolong Kanan Tingkatan 6
Barisan Guru-guru Kanan
Guru-guru pensihat pengawas sekolah serta rakan-rakan pengawas yang dikasihi sekalian.

(2)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di
Dewan Indra untuk majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Tengku Indra Petra, 2018
Hadirin yang dimuliakan,

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

(3)
Sebagai pembuka tirai marilah kita sama-sama menyaksikan video khas rangkuman aktiviti
Badan Pengawas SMK Tengku Indra Petra untuk 2018. Kita sama-sama saksikan.
(tengok video)

(4)
Sebagai memulakan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan wakil pengawas, Saudara
Mohd Aizat’ Bin Azuri, selaku Ketua Pengawas untuk memberikan sepatah kata.
Dipersilakan.
……………
Terima kasih diucapkan.

(5)
Seterusnya, majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang dihormati, Encik Mohd Asri
bin Ismail, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan bingkisan ucapan.
Dipersilakan.
......................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Penolong Kanan HEM.

(6)
Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha
Puan Ummi Mariza Binti Che Ya, Pengetua SMK Tengku Indra Petra untuk menyampaikan
sepatah kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Pengetua .
(7)
Hadirin sekalian,

Sebelum kita ke agenda seterusnya marilah kita sama-sama saksikan video khas ini. Sebagai
tanda kenang-kenangan daripada pengawas tingkatan 5.

Sama-sama kita saksikan.

(tengok video)

(8)
Seterusnya, majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pengawas
Tingkatan 5 2018.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dihomati, Encik Mohd Asri bin Ismail,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mengiringi Yang Berusaha Puan Ummi
Mariza Binti Che Ya, Pengetua SMK Tengku Indra Petra untuk menyampaikan sijil
Penghargaan dan cenderhati.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua

(9)
Hadirin yang dihormati,

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil
Pengawas, …………………………………………………………………………….. untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih .
Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.
............................

Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis pada siang ini berlangsung dengan jayanya.

Sekian, wasssalam....wbt

Anda mungkin juga menyukai