Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 1 (SOALAN ARAS TINGGI)

Kaji situasi di bawah.

Baju dengan kesan kotoran yang Baju dengan kesan kotoran yang
dicuci dengan satu penutup botol dicuci dengan dua penutup botol
sabun pencuci pakaian sabun pencuci pakaian

Salmah mencuci dua pakaian yang terkena kotoran yang sama dengan
menggunakan kuantiti sabun yang berlainan. Dia mendapati kadar
kebersihan pakaian yang dicuci adalah berbeza apabila kepekatan
sabun pencuci yang berbeza digunakan. Ini menunjukkan kepekatan
bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.
Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi di atas.
Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan amali anda hendaklah mengandungi :
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur dan rajah berlabel
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data – melukis graf yang menghubungkan pemboleh ubah
dimanipulasikan dan bergerak balas
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :

1. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut.


2. Nyatakan hubungan di antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah
bergerak balas.
3. Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
4. Mengapakah cecair pencuci yang lebih pekat lebih mudah menanggalkan
kotoran pada pakaian?
5. Cadangkan satu penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
6. Apakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Wajarkan
keputusan eksperimen yang anda peroleh.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.
TUGASAN 1 (SOALAN ARAS SEDERHANA)
Kaji situasi di bawah.

Baju dengan kesan kotoran yang Baju dengan kesan kotoran yang
dicuci dengan satu penutup botol dicuci dengan dua penutup botol
sabun pencuci pakaian sabun pencuci pakaian

Salmah mencuci dua pakaian yang terkena kotoran yang sama dengan
menggunakan kuantiti sabun yang berlainan. Dia mendapati kadar
kebersihan pakaian yang dicuci adalah berbeza apabila kepekatan
sabun pencuci yang berbeza digunakan. Ini menunjukkan kepekatan
bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.
Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi di atas.
Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan amali anda hendaklah mengandungi :
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur dan rajah berlabel
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
- melukis graf yang menghubungkan kepekatan bahan tindak balas dan masa
- melukis graf yang menghubungkan kepekatan bahan tindak balas dan
1/masa
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :


1. Nyatakan pemerhatian terhadap masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak
kelihatan dan berikan sebab pemerhatian tersebut.
2. Nyatakan hubungan antara kepekatan bahan tindak balas dengan masa yang
diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan.
3. Berdasarkan kepada pemerhatian, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar
tindak balas.
4. Berdasarkan dapatan eksperimen, mengapakah cecair pencuci yang lebih pekat
lebih mudah menanggalkan kotoran pada pakaian?
5. Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat masa yang lebih tepat
dalam eksperimen ini.
6. Adakah masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan yang anda peroleh
diterima? Terangkan jawapan anda.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.
TUGASAN 1 (SOALAN ARAS RENDAH)
Kaji situasi di bawah.

Baju dengan kesan kotoran yang Baju dengan kesan kotoran yang
dicuci dengan satu penutup botol dicuci dengan dua penutup botol
sabun pencuci pakaian sabun pencuci pakaian

Salmah mencuci dua pakaian yang terkena kotoran yang sama dengan
menggunakan kuantiti sabun yang berlainan. Dia mendapati kadar
kebersihan pakaian yang dicuci adalah berbeza apabila kepekatan
sabun pencuci yang berbeza digunakan. Ini menunjukkan kepekatan
bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.
Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji
situasi di atas.
Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
Laporan amali anda hendaklah mengandungi :
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur dan rajah berlabel
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
- melukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa
- melukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan 1/masa
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :


(1) Nyatakan pemerhatian tentang masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan pada
kepekatan 0.02 mol dm-3 dan beri sebab pemerhatian tersebut.
(2) Apakah perbezaan antara masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan bagi
kepekatan bahan tindak balas yang berbeza.
(3) Berdasarkan pemerhatian anda terhadap masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak
kelihatan, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
(4) Berdasarkan dapatan eksperimen, bahan yang mempunyai kepekatan berbeza
menghasilkan kadar tindak balas yang berbeza. Mengapa cecair pencuci yang lebih
pekat dipilih untuk menanggalkan kotoran pada pakaian?
(5) Semasa menjalankan eksperimen, anda mendapati sukar untuk menentukan masa
untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan dengan menggunakan jam randik. Apakah yang boleh
anda lakukan untuk mendapatkan masa yang lebih tepat dan mudah?
(6) Adakah masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan yang anda peroleh diterima?
Mengapakah data masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan dalam pemerhatian
anda diterima?
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.
SAINS TINGKATAN 5
BAB 4 KADAR TINDAK BALAS
4.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS KIMIA
Eksperimen 4.2 : Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan bahan
tindak balas terhadap kadar tindak balas. (Buku Teks m/s 128)
CONTOH SKEMA JAWAPAN
(a) Pernyataan Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi K1P1
masalah kadar tindak balas?
(b) Tujuan Untuk mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas terhadap K1P2
kadar tindak balas.
(c) Hipotesis Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi K1P3
kadar tindak balas.
(d) Pemboleh (a) Dimanipulasikan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat K1P4
ubah (b) Bergerak balas : Masa yang diambil untuk tanda
‘X’ tidak kelihatan
(c) Dimalarkan : Isipadu larutan natrium tiosulfat,
kepekatan dan isipadu asid sulfurik dan
saiz kelalang kon
(e) Bahan dan Bahan : K1P5
-3
radas Larutan natrium tiosulfat 0.20, 0.16, 0.12. 0.08, 0.04 mol dm ,
asid sulfurik 1 mol dm-3 , air suling dan kertas putih dengan
tanda ‘X’ di bahagian tengah
Radas :
Kelalang kon 250 cm3 , silinder penyukat 50 cm3 , silinder
penyukat 10 cm3 dan jam randik
(f) Prosedur
K1P7

Rajah 1 Rajah 2
1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm-3 disukat dan
dituang ke dalam kelalang kon yang bersih dan kering K1P6
dengan menggunakan silinder penyukat.
2. Kelalang kon diletakkan di atas tanda ‘X’ pada kertas putih.
(Rajah 1)
3. 5 cm3 asid sulfurik 1 mol dm-3 disukat dan dituang dengan
cepat ke dalam larutan natrium tiosulfat dan jam randik
dimulakan secara serentak.
4. Tanda ‘X’ diperhatikan dari atas kelalang kon. (Rajah 2)
5. Jam randik dihentikan sebaik-baik sahaja tanda ‘X’ pada
kertas putih tidak kelihatan.
6. Masa yang diambil dicatatkan dalam jadual. Hitung nilai
1/masa.
7. Langkah 1 hingga 6 diulang dengan menggunakan larutan
natrium tiosulfat 0.20 mol dm-3 dengan larutan natrium
tiosulfat yang mempunyai kepekatan yang berlainan seperti
yang disenaraikan dalam jadual yang disediakan.

(g) Pemerhatian
Kepekatan larutan natrium 0.20 0.16 0.12 0.08 0.04 K3P1
tiosulfat (mol dm-3)
Masa yang diambil untuk 18.18 20.05 26.98 40.82 83.24
Contoh data
tanda ‘X’ tidak kelihatan K3P2
(s)
1/ masa (s-1) 0.055 0.050 0.037 0.024 0.012

K3P1 : boleh K3P2 : boleh


melengkapkan mencatatkan
pemboleh ubah data dengan
dimanipulasikan dan betul
bergerak balas dalam
jadual dengan betul
(h) Mentafsir 1. Melukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan
data masa
K4P1

K4P1(a) K4P1(c)
kedua-dua plot graf-graf
paksi licin dan
berlabel dan melalui titik
berunit

K4P1(d)
K4P1(b) Bentuk graf
skala sesuai dengan
seragam eksperimen

2. Melukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan


1/masa

1 (s-1)
masa

(i) Kesimpulan Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi K4P3
kadar tindak balas.

Soalan 1 Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan paling cepat K4P2(a)
pada kepekatan 0.20 ml dm-3 kerana semakin tinggi kepekatan
bahan tindak balas semakin tinggi kadar tindak balas.

Soalan 2 Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin cepat K4P2(b)
masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan.
Soalan 3 Kadar tindak balas ialah keadaan yang ditunjukkan oleh masa K4P2(c)
yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan apabila larutan asid
sulfurik dituang ke dalam larutan natrium tiosulfat.

Soalan 4 Cecair pencuci yang berkepekatan tinggi menghasilkan kadar K5P1


tindak balas yang tinggi.

Soalan 5 Menggunakan jam randik digital untuk mendapatkan masa K5P2


yang jitu dan mengelakkan ralat paralaks.

Soalan 6 Ya. K5P3


Ini kerana masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan K5P4
adalah paling cepat pada kepekatan larutan natrium tiosulfat
0.20 mol dm-3 berbanding kepekatan larutan natrium tiosulfat
0.16, 0.12, 0.08 dan 0.04 mol dm-3 . Ini menunjukkan semakin
tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi kadar
tindak balas.
PILIHAN ARAS KESUKARAN SOALAN

Soalan 1 (K4P2(a) : membuat inferens)


T Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut.
S Nyatakan pemerhatian terhadap masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak
kelihatan dan berikan sebab pemerhatian tersebut.
R Nyatakan pemerhatian tentang masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak
kelihatan pada kepekatan 0.02 mol dm-3 dan beri sebab pemerhatian
tersebut.
Jawapan : Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan paling cepat pada kepekatan 0.20 ml
dm-3 kerana semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi kadar tindak balas.

Soalan 2 (K4P2(b) : membuat hubungan)


T Nyatakan hubungan di antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh
ubah bergerakbalas.
S Nyatakan hubungan antara kepekatan bahan tindak balas dengan masa
yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan.
R Apakah perbezaan antara masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan
bagi kepekatan bahan tindak balas yang berbeza.
Jawapan : Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin cepat masa yang diambil untuk
tanda ‘X’ tidak kelihatan.

Soalan 3 (K4P2(c) : mendefinisi secara operasi)


T Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
S Berdasarkan kepada pemerhatian, nyatakan definisi secara operasi bagi
kadar tindak balas.
R Berdasarkan pemerhatian anda terhadap masa yang diambil untuk tanda
‘X’ tidak kelihatan, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
Jawapan : Kadar tindak balas ialah keadaan yang ditunjukkan oleh masa yang diambil untuk tanda ‘X’
tidak kelihatan apabila larutan asid sulfurik dituang ke dalam larutan natrium tiosulfat.
Soalan 4 (K5P1 : menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan
teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat laporan)
T Mengapakah cecair pencuci yang lebih pekat lebih mudah menanggalkan
kotoran pada pakaian?
S Berdasarkan dapatan eksperimen, mengapakah cecair pencuci yang lebih
pekat lebih mudah menanggalkan kotoran pada pakaian?
R Berdasarkan dapatan eksperimen, bahan yang mempunyai kepekatan
berbeza menghasilkan kadar tindak balas yang berbeza. Mengapa cecair
pencuci yang lebih pekat dipilih untuk menanggalkan kotoran pada
pakaian?
Jawapan : Cecair pencuci yang berkepekatan tinggi menghasilkan kadar tindak balas yang tinggi.

Soalan 5 (K5P2 :mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan)


T Cadangkan satu penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
S Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat masa yang lebih
tepat dalam eksperimen ini.
R Semasa menjalankan eksperimen, anda mendapati sukar untuk
menentukan masa untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan dengan menggunakan
jam randik. Apakah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan masa
yang lebih tepat dan mudah?
Jawapan : Menggunakan jam randik digital untuk mendapatkan masa yang jitu dan mengelakkan
ralat paralaks.

Soalan 6 (K5P3 : Membincangkan kesahan data & K5P4 : Mewajarkan kesahan data)
T Apakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Wajarkan
keputusan eksperimen yang anda peroleh.
S Adakah masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan yang anda
peroleh diterima? Terangkan jawapan anda.
R Adakah masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan yang anda
peroleh diterima? Mengapakah data masa yang diambil untuk tanda ‘X’
tidak kelihatan dalam pemerhatian anda diterima?
Jawapan : Ya.

Ini kerana masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan adalah paling cepat pada kepekatan
larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm-3 berbanding kepekatan larutan natrium tiosulfat 0.16, 0.12, 0.08
dan 0.04 mol dm-3 . Ini menunjukkan semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas semakin tinggi
kadar tindak balas

Anda mungkin juga menyukai