Anda di halaman 1dari 8

EKSPERIMEN 6 : PENYEDIAAN SABUN MELALUI SAPONIFIKASI

Tujuan :Untuk menghasilkan sabun melalui proses saponifikasi


Pernyataan Masalah :Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam
makmal.
Hipotesis :Apabila campuran sayuran denngan larutan alkali
didihkan, sabun terhasil.
Teori
Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit
cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil buku. Di negara maju, pencuci
sintetik telah menggantikan sabun bagi dobi.

Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang
boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali
(seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80100 C dalam proses yang
dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes,
menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).

Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam
kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak
sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.
Dalam bidang kimia, sabun adalah garam asid lemak. Sabun terutamanya digunakan
sebagai surfaktan untuk mencuci, mandi, dan pembersihan. Dan sabun juga digunakan
dalam pemisahan tekstil dan merupakan komponen penting pelincir. Sabun untuk
pembersihan diperolehi dengan merawat minyak dan lemak sayur-sayuran atau haiwan
dengan larutan alkali yang kuat. Lemak dan minyak adalah terdiri daripada trigliserida: tiga
molekul asid lemak yang dilampirkan kepada molekul tunggal gliserol.
Larutan alkali, yang sering disebut lye, membawa kepada tindak balas kimia yang
dikenali sebagai saponifikasi. Dalam saponifikasi , lemak mula-mula dihidrolisis kepada
asid lemak bebas, yang kemudian bergabung dengan alkali membentuk sabun mentah.
Gliserol, sering disebut gliserin, dibebaskan dan sama ada ditinggalkan di dalam atau
dibasuh dan dirawat sebagai produk yang berguna mengikut proses yang tersendiri.

Sabun adalah komponen utama bagi kebanyakan gris pelincir, yang biasanya
merupakan emulsi sabun kalsium atau sabun litium dan minyak mineral. Kalsium dan
litium-berasaskan gris ini digunakan secara meluas. Banyak sabun logam lain juga
berguna, termasuklah yang aluminium, natrium, dan campuran kedua-duanya. Sabun juga
digunakan sebagai penebal untuk meningkatkan kelikatan minyak. Pada masa dahulu, gris
pelincir telah dibuat dengan menambahan kapur kepada minyak zaitun.
Apabila digunakan untuk membersih, sabun berfungsi sebagai surfactant bersama-
sama dengan air. Tindakan pembersihan campuran ini adalah disebabkan oleh tindakan
micelles, sfera kecil yang disalut di luar dengan kumpulan kutub hydrofilik (suka air),
menutupi poket lipophilic (suka lemak) yang boleh mengelilingi zarah gris, menyebabkan
mereka terasing dalam air . Bahagian lipophilic dibuat rantai hidrokarbon panjang daripada
asid lemak. Dalam erti kata lain, sedangkan biasanya minyak dan air tidak bercampur,
tetapi dengan penambahan sabun membolehkan minyak untuk bersurai di dalam air dan
dibilas. Detergen sintetik beroperasi dengan menggunakan mekanisme yang sama seperti
sabun.

Jenis logam alkali yang digunakan menentukan jenis sabun yang dihasilkan.
Sabun natrium, disediakan daripada natrium hidroksida adalah firm, manakala sabun
kalium, yang berasal dari kalium hidroksida adalah lembut atau sering cecair. Dari
segi sejarah, kalium hidroksida diekstrak dari abu belukar atau tumbuh-tumbuhan
lain. Sabun litium juga cenderung menjadi keras - ini digunakan secara eksklusif
dalam gris.
Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada
Soap: http://en.wikipedia.org/wiki/Soap




Pembolehubah
Dimanipulasikan : jenis minyak sayuran
Bergerak balas : sabun yang terhasil
Dimalarkan : Kuantiti larutan natrium hidroksida, dan kuantiti minyak
sayuran

Radas dan Bahan
Bahan
Larutan natrium hidroksida 5 mol dm
-3
, pepejal natrium hidroksida, minyak sawit,
minyak zaitun, dan minyak jagung
Radas
Bikar 250 cm
3
, rod kaca, silinder penyukat, penunu Bunsen, spatula, tabung uji,kasa
dawai, corong turas, dan kertas turas.

Prosedur:
1. 10 cm
3
minyak sawit dituangkan ke dalam sebuah bikar.
2. Dengan berhati-hati, 50 cm
3
larutan natrium hidroksida pekat dituang ke
dalam bikar tersebut.
3. Campuran dalam bikar dipanaskan sehingga mendidih sambil dikacau
dengan rod kaca.
4. Campuran dibiarkan mendidih selama 10 minit.
5. Api dipadamkan dan 50 cm
3
air suling serta beberapa spatula pepejal yang
terapung kelihatan.
6. Campuran didihkan semula selama 5 minit lagi sambil dikacau.
7. Api dipadamkan. Kandungan dibiarkan sejuk kepada suhu bilik .
8. Hasil yang terbentuk dituraskan.
9. Baki turasan (pepejal putih) dibasuh dengan sedikit air suling dan dikeringkan
dengan kertas turas.
10. Pepejal yang terbentuk itu diperiksa dan dirasa dengan jari. Sedikit pepejal itu
dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi 5 cm
3
air dan
digoncangkan. Pemerhatian yang diperoleh dicatatkan.
11. Eksperimen diulangi dengan menggunakan minyak jagung,dan minyak zaitun.

Keputusan

Jenis minyak sayuran
yang digunakan
Pemerhatian

keadaan fizik dan Dirasa dengan jari Digoncang dengan
warna hasil air
Minyak sawit Pepejal putih terasa licin Banyak buih
Minyak jagung Pepejal putih terasa licin Banyak buih
Minyak zaitun Pepejal putih terasa licin Banyak buih

Perbincangan
1. Pepejal putih yang terbentuk dalam setiap eksperimen itu ialah sabun kerana
bahan tersebut licin dan membentuk buih apabila digoncangkan dalam air.
2. Sabun yang terbentuk dapat dimendakkan daripada larutan dengan
mencampurkan pepejal natrium klorida dan didihkan semula.
3. Ini adalah kerana kehadiran natrium klorida mengurangkan kelarutan sabun
dalam air lalu menyebabkan sabun termendak keluar.
4. Semasa pendidihan campuran minyak sayuran dengan larutan natrium
hidroksida, banyak buih akan terbentuk. Nyala penunu Bunsen harus dikawal
untuk mengelakkan buih tertumpah daripada bikar itu.
5. Keputusan eksperimen ini dapat diperbaiki dengan mendidihkan campuran
minyak sayuran dengan larutan alkali pekat secara refluks untuk tempoh
masa yang lebih panjang menggunakan susunan radas seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.
6. Natrium hidroksida adalah bahan utama dalam penyediaan lye untuk
membuat sabun.Lye akan bertindak balas dengan minyak bagi membentuk
bu ur sabun. Tindak balas ini dikenali saponifikasi.
7. Lye dibuat dengan mencampurkan Natrium Hidroksid kepada air suling.
8. Sabun tidak dapat digunakan untuk mencuci dalam air liat atau air laut
(mengandungi ion magnesium atau ion kalsium)

2 CH
3
(CH
2
)
14
COO
-
+ Ca
2+
[ CH
3
(CH
2
)
14
COO
-
]
2
Ca
Kesimpulan
Pendidihan sebarang campuran minyak sayuran atau lemak dengan larutan pekat
dapat menghasilkan sabun.

Soalan:
1. Terangkan sifta-sifat sabun yang dihasilkan.

Terasa licin apabila kita menyentuhnya dan kelihatan berbuih apabila
digoncang dalam tabung uji.


2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?

Natrium klorida berfungsi untuk bertindak balas dengan sabun dan
menghasilkan mendapan.

3. Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses saponifikasi yang terlibat
dalam eksperimen ini.

Trigeliserid + natrium hidroksida sabun + gliserin.


4. Bolehkah sabun dihasilkan daripada hidrolisis minyak atau lemak dibawah
keadaan berasid. Terangkan jawapan ada.

Tidak boleh. Kerana sabun terhasil dalam keadaan beralkali. Justeru, apabila
adanya medium berasid, tidak akan wujud keadaan beralkali dan tidak dapat
menghasilkan sabun


5. Namakan 2 teknik yang digunakan untuk membuat sabun.

Teknik sejuk dan teknik panas

6. Apakah kelebihan sabun komersial?

Mempunyai lebih NaOH akan menyebabkan fabrik tidak tahan lama.
Kebanyakan sabun komersil tiada gliserin yang akan menyebabkan kulit
menjadi kering.
Sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh bakteria berguna
untuk manusia selain bakteria jahat.
















RUJUKAN

Anonymous. (2010, Mei 11). Retrieved September 17, 2011, from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabun.
Karim, R. (2001). Kimia SPM. Selangor: Pelangi.
mohemed, N. (2006, September 5). Retrieved September 18, 2011, from
http://loudlove.blogspot.com/2006/09/cara-cara-membuat-sabun-mandi.html.
Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada Soap:
http://en.wikipedia.org/wiki/Soap
Wikipedia. (t.t). Didapatkan Ogos 8, 2011, daripada Sabun:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabun

Anda mungkin juga menyukai