Anda di halaman 1dari 5

SOALAN TUGASAN PEKA 2

Kaji situasi di bawah.


Ali membantu ayahnya berniaga di pasar malam. Dia telah mendapati satay daging yang di bakar
oleh ayahnya lebih cepat masak berbanding dengan seketul daging perap yang dibakar olehnya
seperti situasi yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

Situasi A Situasi B
Rajah 3

a) Berdasarkan situasi dan pemerhatian di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut. Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.

Laporan amali anda hendaklah mengandungi :


i. Pernyataan masalah
ii. Tujuan
iii. Hipotesis
iv. Pemboleh ubah
v. Radas dan bahan
vi. Prosedur
vii. Pemerhatian

b) Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

i. Plotkan graf bar isi padu gas yang terbebas melawan dengan masa dengan melabelkan
Eksperimen I (saiz kecil) dan Eksperimen II ( saiz besar).
ii. Nyatakan masa yang diambil untuk mengumpul isipadu gas 30 ml bagi cebisan batu
mamar dan ketulan batu marmar. Nyatakan sebab yang berlaku.
iii. Nyatakan hubungan perbezaan saiz batu marmar dengan masa yang diambil untuk
mengumpul isipadu gas 30 ml.
iv. Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap masa yang diambil untuk mengumpul
isipadu gas 30 ml nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
v. Berdasarkan kepada pemerhatian, nyatakan bagaimana saiz bahan mempengaruhi masa
yang diambil untuk mengumpul isipadu gas 30ml.
vi. Berdasarkan dapatan daripada eksperimen, saiz sesuatu bahan akan mempengaruhi
kadar tindak balas. Cadangkan bagaimana daging dalam Situasi B dapat dimasak dengan
lebih cepat dan terangkan jawapan anda.
vii. Cadangkan satu kaedah merekod masa yang diambil untuk mengumpul isipadu gas 30 ml
bagi setiap saiz batu marmar lebih jitu dan jelaskan jawapan anda.
viii. Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah masa yang diambil untuk
mengumpul isipadu gas 30ml dalam pemerhatian anda itu boleh diterima? Jelaskan
jawapan anda.

c) Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan
nilai murni akan dinilai.
SKEMA TUGASAN PEKA 2 :

TINGKATAN 5: KESAN SAIZ BAHAN TINDAKBALAS


(i) Pernyataan masalah: Bagaimanakah saiz bahan tindakbalas mempengaruhi kadar tindakbalas?
(ii) Tujuan: Untuk mengkaji kesan saiz bahan tindakbalas terhadap kadar tindakbalas
(iii) Hipotesis : Semakin kecil saiz bahan tindakbalas, semakin tinggi kadar tindakbalas
(iv) Pembolehubah i)Dimanipulasikan :Saiz bahan
ii)Bergerakbalas: Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas
iii)Dimalarkan: Kepekatan asid hidroklorik/ suhu/ jisim marmar
(v) Bahan : Cebisan marmar hancur bersaiz kecil, ketulan marmar bersaiz besar dan asid
hidroklorik cair 0.1 mol dm-3
(vi) Radas : kelalang kon 250 cm , silinder penyukat 50 cm , penyumbat getah dengan
salur penghantar, buret, besen, neraca elektronik, jam randik,dan kaki retort
dengan penyepit
(vii) Prosedur :

1. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1mol dm -3 dengan menggunakan


silinder penyukat. Tuangkan asid kedalam kelalang kon.
2. Timbang 2 g ketulan marmar bersaiz besar dan masukkan ke dalam
kelalang kon tersebut.
3. Tutup kelalang kon serta merta dengan penyumbat getah dengan salur
penghantar bersambung dengan buret.
4. Gunakan jam randik untuk mencatat masa yang diambil untuk 30.00cm 3
gas terkumpul di dalam buret.
5. Langkah 1-4 diulang menggunakan 2g cebisan marmar bersaiz kecil
(viii) Pemerhatian : Saiz marmar Masa yang diambil untuk 30.00cm3 gas
terkumpul
Marmar bersaiz besar

Marmar bersaiz kecil

i.
Graf bar
Contoh graf bar: Masa yang diambil untuk 30cm3 gas
terkumpul
12

10

0
Marmar saiz besar Marmar saiz kecil

Column2
Menganalisis Data
i.Inferens Masa yang diambil untuk marmar bersaiz kecil / besar lebih cepat/ lambat
kerana saiz bahan yang kecil / besar menyebabkan kadar tindak balas tinggi /
rendah
ii. Hubungan Saiz bahan tindak balas kecil / besar, kadar tindak balas tinggi / rendah
iii. Definisi Secara Kadar tindakbalas ialah suatu proses yang menunjukkan masa diambil untuk
Operasi 30cm3 gas terkumpul setelah marmar bertindakbals dengan asid hidroklorik.
iv.Kesimpulan Semakin kecil saiz bahan tindakbalas, semakin tinggi kadar tindakbalas
v.Aplikasi Pengetahuan Daging dalam Situasi B dapat dimasak lebih cepat dengan memotong daging
Sains menjadi lebih kecil. Ini kerana Saiz daging yang kecil akan menambahkan luas
permukaan yang bertindak balas dengan daging. Maka kadar tindak balas
akan meningkat.
vi.Cadangan Bagi merekod masa yang diambil untuk mengumpul isipadu gas bagi setiap
penambahbaikkan saiz batu marmar lebih jitu ialah dengan mengulang eksperimen sebanyak 3
kali
vii. Kesahan Data Ya, data yang diperoleh adalah tepat kerana masa diambil untuk 30cm3 gas
terkumpul lebih cepat/lama bagi saiz bahan yang lebih kecil/besar

TEMPLET / PANDUAN MENULIS LAPORAN AMAL PEKA 2

TAJUK : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS

(a) Pernyataan masalah: Bagaimanakah ____________ mempengaruhi


_____________________?
(b) Tujuan: Untuk mengkaji kesan ________________ terhadap _______________
(c) Hipotesis : Semakin __________ saiz bahan tindakbalas, semakin ____________
kadar tindakbalas
(d) Pemblehubah
i)Dimanipulasikan : ______________________________________
ii)Bergerakbalas: ________________________________________
iii)Dimalarkan: __________________________________________
(e) Bahan dan bahan
(f) Prosedur :

1. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1mol dm -3 dengan menggunakan


silinder penyukat. Tuangkan asid kedalam kelalang kon.
2. Timbang 2 g ketulan marmar bersaiz besar dan masukkan ke dalam
kelalang kon tersebut.
3. Tutup kelalang kon serta merta dengan penyumbat getah dengan
salur penghantar bersambung dengan buret.
4. Gunakan jam randik untuk mencatat masa yang diambil untuk
3
30.00cm gas terkumpul di dalam buret.
5. Langkah 1-4 diulang menggunakan 2g cebisan marmar bersaiz kecil
(g) Pemerhatian : Saiz marmar Masa yang diambil untuk 30.00cm3 gas
terkumpul
Marmar bersaiz besar

Marmar bersaiz kecil

(h) Memplotkan graf Plotkan graf Masa yang diambil untuk 30.00cm3 gas terkumpul
melawan Saiz marmar pada kertas graf

Menganalisis Data
i. Inferens Masa yang diambil untuk __________________________________bagi
_________marmar semakin ________ kerana saiz bahan yang ______
menyebabkan kadar tindak balas ___________
ii. Hubungan Saiz bahan tindak balas ________, kadar tindak balas
_______________
iii. Definisi Secara _____________________ ialah suatu _______ yang menunjukkan
Operasi ________________________________apabila _________
bertindakbals dengan _____________________.
iv. Kesimpulan Semakin ______ saiz bahan tindakbalas, semakin ________ kadar
tindakbalas
v. Aplikasi Pengetahuan Daging dalam Situasi B dapat dimasak lebih cepat dengan memotong
Sains daging menjadi lebih ____________. Ini kerana Saiz daging yang
_______akan ____________ luas permukaan yang bertindak balas
dengan asid. Jadi kadar tindak balas akan _________________.
vi. Cadangan Bagi merekod masa yang diambil untuk mengumpul isipadu gas bagi
penambahbaikkan setiap saiz batu marmar lebih jitu ialah dengan ___________
eksperimen sebanyak ________ kali bagi mendapatkan purata masa
untuk mengumpul isipadu gas
vii. Kesahan Data _____ data yang diperoleh adalah _______ kerana masa diambil untuk
30cm3 gas terkumpul lebih ____________ bagi saiz bahan yang lebih
___________

Anda mungkin juga menyukai