Anda di halaman 1dari 3

JEA 1100/06/09/014 ( )

KERTAS CADANGAN
PROGRAM BICARA AKADEMIK 2022/23
SMK KANGKAR PULAI

Tuan Hj Mohd bakri Bin Mat Diah


Pengetua
SMK Kangkar Pulai
Bandar Baru kangkar Pulai, Johor

PROGRAM BICARA AKADEMIK 2022/23


SMK KANGKAR PULAI

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa /
penjaga dengan pihak sekolah dalam menjayakan Program Kecemerlangan Akademik
anak-anak yang terlibat. Pada hari tersebut ibu bapa / penjaga akan diberikan Kad Laporan
Prestasi yang meliputi keputusan Ujian Mac dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022.
Para ibu bapa / penjaga murid-murid berpeluang bertemu bual dengan semua guru yang
mengajar anak-anak dan berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka di sekolah.
Setelah selesai urusan pengambilan Kad Laporan Prestasi dan Sesi Perbincangan, para ibu
bapa boleh membawa pulang anak mereka bersama-sama.

3. MATLAMAT :

1. Untuk mengadakan perbincangan antara guru dan ibu bapa / penjaga tentang pencapaian
dan perkembangan murid-murid di sekolah.
2. Membuka peluang kepada para ibu bapa / penjaga berjumpa dengan guru-guru kelas
untuk mengetahui prestasi akademik semasa anak-anak mereka.
3. Memupuk semangat ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa / penjaga demi
kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan juga sahsiah anak-anak.
4. Merealisasikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek..

4. OBJEKTIF PROGRAM

 Supaya ibu bapa mengambil tahu perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak
mereka. Guru-guru akan berbincang dengan ibu bapa cara-cara dan langkah-langkah
untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka.
 Memberi kesempatan kepada guru-guru bertemu dan berbincang dengan ibu bapa /
penjaga murid mengenai prestasi pelajaran murid berdasarkan peperiksaan / ujian yang
telah dijalankan.
.

5. KUMPULAN SASAR
Semua ibu bapa / penjaga bagi semua pelajar sekolah SMK Kangkar Pulai daripada kelas
Pendidikan Khas, Tingkatan Peralihan Sehingga Tingkatan Lima.
6. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 2 Oktober 2022


Tempat : Bilik Darjah mengikut kelas masing-masing

7. JAWATANKUASA KERJA

Rujuk lampiran

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1. Sumber Kewangan.


Bil Perkara RM
1 Peruntukan Sekolah RM 1150.00

JUMLAH RM 1150.00

8.2. Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL PERBELANJAAN ANGGARAN HARGA


(RM)
1 Banner 100.00
2 Makanan & Minuman Petugas
5.00 X 200 orang = 1000.00
(Guru & Pembantu Pelajar)
3 Cetakan dan laminate penunjuk arah 50.00
JUMLAH 1150.00

9. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat memupuk minat ibu bapa untuk
bersama-sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi semasa anak-anak
mereka dalam setiap ujian bulanan dan peperiksaan. Semoga kerjasama pelbagai pihak
terutamanya ibu bapa / penjaga selain daripada usaha murid itu sendiri dapat melahirkan
generasi yang berwawasan dan berpotensi untuk memajukan diri dan negara di masa
hadapan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

PN SITI ASMAH BINTI PARLAN PN NORISAH BINTI WAHID


SU Kecemerlangan SPM GPK Akademik
SMK Kangkar Pulai SMK Kangkar Pulai
Tarikh: Tarikh:
JEA 1100/06/09/014 ( )

KERTAS CADANGAN
PROGRAM BICARA AKADEMIK 2022
SMK KANGKAR PULAI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Bicara Akademik 2022

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Bicara Akademik 2022

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...

(TN HJ MOHD BAKRI BIN MAT DIAH)


PENGETUA
SMK KANGKAR PULAI
BANDAR BARU KANGKAR PULAI
JOHOR
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai