Anda di halaman 1dari 18

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap penjodoh bilangan di bawah untuk

menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan


penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
 hiris
 rawan
 urat
 buku
 papan
 bidang
(i) hiris
Digunakan untuk benda-benda yang dipotong tipis-tipis seperti daging,
bawang dan sebagainya.
Emak memasukkan beberapa hiris bawang ke dalam kuali setelah minyak panas.
(ii) rawan
Digunakan untuk kancing baju dan untuk benda yang labuh seperti
jala.
Ayah mengangkat serawan jala masuk ke dalam perahu.
(iii) urat
Digunakan untuk benda-benda yang panjang dan halus seperti benang
dan rotan.
Beberapa urat benang dibajunya hampir putus setelah tersangkut pada paku
yang ada di meja kedai makan itu.
(iv) buku
Digunakan untuk benda-benda yang berbongkah seperti sabun , roti
dan sebagainya.
Kakak membeli sebuku roti untuk dijadikan sarapan pada pagi esok.
(v) papan
Digunakan untuk benda-benda yang berkeping-keping seperti petai ,
mercun dan sebagainya.
Ayah membeli lima papan petai di pasar tani tadi.
(vi) bidang
Digunakan untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar ,layar dan
sebagainya
Abang menghadiahi ayah sebidang tikar antik sebagai hadiah hari
jadinya.
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-
ayat yang diberi.

(i) Datin Hazrin ialah pengasas produk kecantikan yang terkenal itu.
Siapakah pengasas produk kecantikan yang terkenal itu?

(ii) Puan Emi dan anak-anaknya datang ke kuantan dengan menaiki bas
Bagaimanakah Puan Emi dan anak-anaknya datang ke Kuantan?

(iii) Pertandingan akhir Tokoh NILAM Bahasa Melayu diadakan di


Dewan Abu Bakar.
Di manakah Pertandingan akhir Tokoh NILAM Bahasa Melayu?
(iv) Jumlah pelajar yang hadir ke kelas tambahan Bahasa Melayu pada
hari Isnin sebanyak 25 orang.

(v) Guru memarahi Laila kerana dia telah menconteng buku


kawannya.

(vi) Perkahwinan Puan Juliza dengan pasangannya akan dilangsungkan


pada 17 Februari 2021.
(iv) Jumlah pelajar yang hadir ke kelas tambahan Bahasa Melayu pada
hari Isnin sebanyak 25 orang.
Berapakah bilangan pelajar yang hadir ke kelas tambahan Bahasa
Melayu pada hari Isnin?

(v) Guru memarahi Laila kerana dia telah menconteng buku


kawannya.
Mengapakah guru memarahi Laila?

(vi) Perkahwinan Puan Juliza dengan pasangannya akan dilangsungkan


pada 17 Februari 2021.
Bilakah perkahwinan Puan Juliza dengan pasangannya akan
dilangsungkan?
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

(i) Pengganas Taliban telah memindah markas utamanya ke


suatu lokasi rahasia di kawasan hutan tebal dan bergunung
ganang.

(ii) Inspektor Azliana telah menemukan senjata yang digunakan


oleh penjenayah itu ditepi tempat pembuangan sampah.

(iii) Antara koleksi yang paling menilai yang ada dalam


simpanan puan Fariha ialah set pinggan-mangkuk antik yang
berharga hampir RM 24,000.00.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pengganas Taliban telah memindah markas utamanya ke suatu lokasi rahasia
dikawasan hutan tebal dan bergunung ganang.
memindah=memindahkan
rahasia=rahsia

(ii) Inspektor Azliana telah menemukan senjata yang digunakan oleh penjenayah
itu ditepi tempat pembuangan sampah.
menemukan-menemui
ditepi=di tepi

(iii) Antara koleksi yang paling menilai yang ada dalam simpanan puan Fariha ialah
set pinggan-mangkuk antik yang berhargai hampir RM 24,000.00.
menilai-bernilai
pinggan-mangkuk-pingan mangkuk
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Apabila disiarkan berita kenaikan harga minyak, stesen


minyak-stesen minyak akan dipenuhi oleh pelanggan yang ingin
memenuhkan tangki minyak mereka.

(ii) Encik Razif mewakili penduduk kampung ingin mengucapkan


berbanyak terima kasih atas kehadiran Ahli Dewan Undangan
Negeri untuk mengisytiharkan Program Cakna Rakyat.

(iii) Novel bertajuk Andai itu Takdirnya karya Siti Rosmizah telah
dibaca oleh saya dalam tempuh sehari sahaja.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Apabila disiarkan berita kenaikan harga minyak, stesen minyak-stesen minyak akan
dipenuhi oleh pelanggan yang ingin memenuhkan tangki minyak mereka.
disiarkan-diumumkan
stesen minyak-stesen minyak= stesen-stesen minyak

(ii) Encik Razif mewakili penduduk kampung ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
atas kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mengisytiharkan Program Cakna
Rakyat.
berbanyak=berbanyak-banyak
mengisytiharkan = merasmikan

(iii) Novel bertajuk Andai itu Takdirnya karya Siti Rosmizah telah dibaca oleh saya dalam
tempuh sehari sahaja.
dibaca oleh saya- saya baca
tempuh-tempoh
Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Nuriha : Saya sangat bersyukur kerana kamu datang. Kalau kamu
tidak datang, tak taulah nasib pasukan kita. Mungkin kita akan
kalah teruk dan menanggung malu.
Rozian: Bukan saya seorang sahaja yang penting. Semua pemain
mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Nuriha: Kamu ini bukan sahaja pandai membuat hantaran bola,
tetapi sangat laju apabila berlari mengejar bola sehinggakan pihak
lawan tidak mampu mengejar kamu.
Rozian: Janganlah tertalu memuji saya. Saya berpendapat
sekiranya kita mempunyai tekad yang tinggi untuk menang, sudah
pasti kejayaan menjadi milik kita.
Nuriha: Saya berasa bersemangat setelah berbual-bual dengan
kamu dan saya pasti pasukan kita akan jadi juara.
Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza
yang terdapat dalam petikan ini.
Nuriha : Saya sangat bersyukur kerana kamu datang. Kalau kamu tidak datang,
tak taulah nasib pasukan kita. Mungkin kita akan kalah teruk dan menanggung
malu.
(tulang belakang/orang harapan/ayam tambatan)
Rozian: Bukan saya seorang sahaja yang penting. Semua pemain mempunyai
tanggungjawab masing-masing.
Nuriha: Kamu ini bukan sahaja pandai membuat hantaran bola, tetapi sangat
laju apabila berlari mengejar bola sehinggakan pihak lawan tidak mampu
mengejar kamu.
(lipas kudung)
Rozian: Janganlah tertalu memuji saya. Saya berpendapat sekiranya kita
mempunyai tekad yang tinggi untuk menang, sudah pasti kejayaan menjadi
milik kita.
(di mana ada kemahuan di situ ada jalan/ usaha tangga kejayaan)
Nuriha: Saya berasa bersemangat setelah berbual-bual dengan kamu dan saya
pasti pasukan kita akan jadi juara.
N0VEL
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,
jelaskan dua contoh peristiwa yang tidak wajar
dicontohi oleh masyarakat.

 Nyatakan peristiwa
 sebab
JENDELA MENGHADAP JALAN
1) Peristiwa sikap masyarakat yang tidak
bekerjasama.
Berlaku perselisihan pendapat antara penduduk kampung
berkaitan isu kubah. Ada yang mahu meletakkan kubah di surau
yang lama dan ada yang mahu meletakkan kubah di masjid yang
akan dibina.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana hidup dalam masyarakat
mestilah bekerjasama antara satu sama lain.
2) Peristiwa sikap prasangka buruk terhadap orang lain.
Penduduk kampung berprasangka buruk terhadap anak-anak
Che Jah kerana mereka sering mencuri dan terlibat dalam
penagihan dadah. Seman memberitahu orang kampung
bahawa anaknya yang mencuri kubah. Dia telah memukul
Rafiq dan Haziq sehinggakan mereka tidak bermaya.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana penduduk kampung
perlulah menyiasat dahulu untuk mengetahui perkara yang
sebenar
SONGKET BERBENANG EMAS
1)Peristiwa sikap suka memfitnah orang lain.
Seman sering menfitnah bahawa Embong membela
hantu menyebabkan Saleha sakit dan kehidupan
mereka tidak pernah senang.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana kita tidak
boleh menuduh seseorang tanpa usul periksa dan
sepatutnya kita hendaklah membantu ahli keluarga
yang susah
2) Peristiwa sikap tidak dapat menerima takdir/qada
dan qadar.
Aton tidak dapat menerima takdir yang menimpa
anaknya Said yang mati lemas. Dia menuduh Dahlia
penyebab anaknya mati.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana Dahlia telah
berusaha menyelamatkan Said namun Said telah lemas
semasa di dasar sungai. Sepatutnya Aton perlu reda
menerima dengan ketentuan Ilahi.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai