Anda di halaman 1dari 3

Ujian BM

Soalan 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan.

Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada

setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham

akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan

imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau nama khas.

Bahasa Inggeris digunakan secara terang-terangan pada masa dan

majlis yang tidak kena sedangkan majlis berkenaan dianjurkan oleh

jabatan kerajaan negeri dan dihadiri hanya beberapa orang warga asing.

Penulis ini sengaja menyebut peristiwa berkenaan untuk

menggambarkan bahawa di sebalik pelbagai kempen untuk menyemai

kecintaan terhadap Bahasa kebangsaan dan slogan “Bahasa Jiwa

Bangsa” yang kita semarakkan untuk sekian lama, kita masih jauh

daripada mencapai impian untuk menyaksikan bahasa Melayu sebagai

bahasa yang benar-benar menggambarkan maksud,dan semangat di

sebalik slogan berkenaan.

1)beberapa

-Terdapat beberapa jenis telefon bimbit yand terdapat dalam koleksi

atuk.

2)mencapai

-Dengan bantuan ibu bapanya,dia dapat

mencapai impiannya.

3)berkenaan

- Cerita ini berkenaan tentang amir yang ingin mencari adik kembarnya yang

sudah lama terpisah.


Soalan 2 : PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan

betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu

menyalin petikan tersebut.

Siswazah harus menjadi ejen perubahan pada masyarakat dengan

memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosio

ekonomi negaranya. Namun, ruang kerja bagi siswazah sastera, bahasa,

sains sosial dan pendidikan tidak sahaja terhad dan penuh dengan

saingan yang hebat. Keadaan itu menjadi semakin buruk dengan

bilangan lepas universiti dan siswazah yang semakin bertambah

daripada setahun ke tahun. Oleh itu, siswazah perlu bersedia dengan

berbagai kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran.

1) pada=kepada

2)sosio ekonomi=sosioekonomi

3)lepas=lepasan

4)daripada setahun ke tahun= dari tahun ke tahun

5)harus=haruslah

6)memberi=memberikan

7) buruk=teruk

8) pendidikan tidak sahaja terhad dan penuh dengan saingan yang

hebat= pendidikan tidak sahaja terhad malah penuh dengan saingan

yang hebat

9) berbagai=pelbagai

10) perlu=perlulah

11) negaranya=negara

12) Keadaan itu = Keadaan ini

13) ruang kerja=peluang pekerjaan


Soalan 3 : PERIBAHASA

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dua peribahasa sahaja,

kemudian bina ayat daripada peribahasa tersebut.

Peribahasa bagai itik mendapat air bermaksud kegembiraan yang amat

sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai. Berdasarkan peribahasa

tersebut, dapat dibayangkan betapa gembiranya itik tatkala berenang di

dalam air. Begitulah juga dengan manusia. Bezanya, tidak pernah lagi

kita temukan insiden itik lemas. Oleh itu, sentiasalah berawas kerana

kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah, dan kalau

tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Ambil langkah berjagajaga kerana peribahasa ada
menggambarkan bahawa air tenang jangan

disangka tiada buaya.

1) bagai itik mendapat air

-Fakrin bagai itik mendapat air apabila kakaknya menghadiahkan telefon

pintar kegemarannya.

2) air tenang jangan disangka tiada buaya.

-orang yang diam jangan disangka pengecut dan tidak berilmu

Anda mungkin juga menyukai