Anda di halaman 1dari 4

JOM BELAJAR SOALAN PEMAHAMAN

SOALAN 7 : Petikan Sastera


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
SAJAK AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit daun-daun berguguran


membaca garis dan titik helai demi helai
menaakuli kebesaran-Mu di lantai tanah airku yang makmur.
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung. Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Kuselusuri alam
kicauan burung Aku mendongak lagi
desiran ombak dan wajah pelangi menitis air mata langit
mewarnai kehidupan umat-Mu. membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Ku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh Razali Mohd Yussof,
dahan dan ranting terkulai (antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 2
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan
berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.
Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan.
Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang
menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang
mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak
muda sebangsa saya telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri,


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan
penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap 2
Penyajak menghayati pula alam yang terbentang luas. Kedengaran kicauan burung,
desiran ombak dan keindahan pelangi yang melengkapi kehidupan manusia dengan
pelbagai rencah kehidupan.

Rangkap 3
Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati
bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran
alam semula jadi ini dapat dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama
semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat
menjamin kedaulatan bahasa Melayu.

Rangkap 4
Penyajak masih cuba untuk memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat
menyaksikan kekecewaan bulan dan bintang yang mewakili pejuang-pejuang bahasa yang
meratapi akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah air sendiri.

Rangkap 5
Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini, penyajak dapat menyaksikan kesedihan
langit yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang semakin diketepikan dan terus
dipinggirkan oleh anak bangsa.
1) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud sikap dan gelagat ? [2 markah]

sikap > kelakuan


gelagat > tingkah laku

jawapan lengkap :

Berdasarkan bahan 2, maksud sikap dan gelagat ialah kelakuan dan tingkah laku.

2) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan masalah-masalah yang terdapat dalam


kesemua bahan di atas. [4 markah]

jawapan lengkap :

Merujuk bahan 1 dan bahan 2, masalah-masalah yang terdapat dalam kesemua bahan ini
ialah penyalahgunaan bahasa Melayu oleh masyarakat kini apabila negara menjadi semakin
makmur dan bahasa Melayu semakin dicampuradukkan dan dipinggirkan oleh anak bangsa.

Merujuk bahan 1, masalah-masalah yang terdapat dalam bahan ini ialah keadaan bahasa
Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak juga mendapati bahawa
kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu. Seterusnya,
penyajak dapat memikirkan kekecewaan para pejuang bahasa yang meratapi akan nasib
bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah air sendiri. Di samping itu, penyajak
dapat menyaksikan kesedihan langit yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang
semakin diketepikan dan terus dipinggirkan oleh anak bangsa.

Merujuk bahan 2, masalah yang terdapat dalam bahan ini pula ialah anak-anak muda bangsa
yang dihanyut oleh keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi diri.
Selain itu, sikap anak bangsa yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan
agama yang murni. Seterusnya, mereka juga bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka
dengan niat untuk menunjukkan kemodenan. Tambahan pula, ada juga yang menggunakan
pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan
3) Dalam era teknologi yang kian rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini,
penggunaan Bahasa Melayu yang betul hanya dipandang enteng oleh masyarakat.
Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi lingua franca kini kian hilang.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor pencemaran Bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat ? [3 markah]

jawapan lengkap :
Pada pendapat saya, antara faktor pencemaran Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
masyarakat ialah pengaruh rakan sebaya melalui pertuturan harian mereka. Hal ini demikian
kerana para remaja kini kian menggunakan bahasa pasar ketika berbual dengan orang di
sekeliling mereka.

Selain itu, faktor lain ialah sistem bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa kasar atau
bahasa kesat. Contohnya, perkataan yang boleh mencaci dan menyakitkan hati orang seperti
bodoh, gila dan sebagainya.

Akhir sekali, peredaran zaman yang semakin moden juga telah menyebabkan ciptaan
perkataan dan frasa baharu. Hal ini akan membawa kepada salah faham akan penggunaan
perkataan tertentu atas maksud-maksud yang berbeza.

4) Andaikan anda seorang guru Bahasa Melayu di sekolah. Anda mendapati bahawa ramai
anak murid suka menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian.
Sebagai seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu yang prihatin, bagaimanakah anda
dapat membantu untuk mengatasi masalah ini ? [4 markah]

jawapan lengkap :
Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, saya akan membantu mengatasi masalah ini dengan
cara menambahbaik cara pembelajaran dan pengajaran murid-murid di dalam bilik darjah
(PdPc). Hal ini demikian agar murid-murid dapat mengetahui penggunaan bahasa dan
tatabahasa yang betul. Saya akan bertutur dengan menggunakan bahasa rasmi atau bahasa
formal sepanjang kelas PdPc dijalankan.

Selain itu, saya juga akan meminta bantuan pihak pentadbir untuk mengadakan program
bengkel buat para pelajar. Hal ini demikia agar murid-murid meluaskan pengetahuan mereka
dengan ilmu bahasa. Contohnya, pihak sekolah boleh menjemput penceramah yang
berpengalaman dan berpelajaran tinggi dalam bidang bahasa.

Seterusnya, saua juga akan menyediakan latihan morfologi yang mencukupi untuk dijawab
oleh murid-murid. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengenalpasti kesalahan
bahasa yang sering dilakukan secara rasmi dan tidak rasmi. Contohnya, mengadakan kuiz
mingguan dan menyediakan hadiah buat pelajar yang mendapat skor terbaik.

Akhir sekali, saya juga boleh mengadakan aktiviti bulan bahasa. Hal ini demikian kerana
dengan aktiviti seperti ini para pelajar dapat mengetahui jurang bahasa Melayu yang wujud
dalam pelbagai katergori. Saya akan memperbanyakkan pertandingan berpidato, bersajak
dan debat dalam kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai