Anda di halaman 1dari 25

Sinopsis

Novel Di Sebalik Dinara berkisar tentang seorang gadis bernama Farisha. Farisha yang berumur 28 tahun
dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Kepakaran yang ada pada diri Farisha
dikatakan mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar, iaitu Soft Lab. Usaha menjejaki
Farisha gagal kerana Farisha rnemadamkan semua data peribadi dalam komputernya. Akhirnya, Farisha dapat
dikesan apabila dia menempah tiket kapal terbang untuk berlepas dari Lapangan Terbang Senai menuju ke
Kuala Lumpur.
Dr. Maxi mengesahkan bahawa Farisha merupakan orang yang dicari-cari oleh mereka selama ini. Farisha
dikatakan individu yang mampu membantu menyelamatkan Dinara. Aqram telah diberi tanggungjawab untuk
memujuk Farisha bagi membantu Dinara. Aqram pula menyatakan kegusarannya kerana sukar membaca fikiran
Farisha kerana Farisha memiliki pendinding yarig dipanggll 'WALL'.
Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang diberi
nama Secured Shell Sdn. Bhd.. Farisha berasa terkejut kerana kebetulan Aqram turut juga berada di hotel
tersebut. Aqram menerangkan bahawa dia sebenarnya bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menawarkan satu
projek kepada Farisha dan Rosman. Aqram berusaha untuk membawa Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana
mereka amat memerlukan kepakaran Farisha untuk menyelamatkan Dinara.
Syarikat Rosman dan Farisha mendapat satu projek yang lumayan daripada Soft Lab. Harga tawaran kontrak
tersebut bernilai RM1.5 juta ringgit. Tugasan yang diberikan kepada Farisha adalah untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab yang merupakan infrastruktur kepada sistem pengkomputeran awam. Kebetulan,
rakan serumah Farisha, iaitu Shida telah ditawarkan wang berjumlah RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana
dan sebuah buku biografi tentang Dinara. Agenda tersembunyi membawa Shidadan Farisha bekerja di Soft Lab
adalah untuk menjadikan Shida sebagai pengganti sekiranya berlaku apa-apa terhadap Farisha.
Karl bersama-sama dengan Medina telah mencipta suatu prototaip yang digelar Alia. Alia sudah dicipta lebih
20 tahun yang lalu dan dia memiliki ingatan serta perasaan. Kecantikan yang ada pada diri Alia juga
menghairankan Shida kerana mata Alia tidak berkelip dan wajahnya tidak menampakkan keaslian. Dinara
sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina. Yang menjadi rriisteri apabila Medina telah menghilangkan diri
sebelum Dinara berjaya disiapkan. Tambahan lagi, ada pihak yang cuba memadamkan nama Medina daripada
syarikat itu.
Semasa di bilik Soft Lab, Farisha berasa pening kepala dan Alia penghulurkan pertolongan untuk memicit
kepala Farisha. Farisha terlelap dan pduang ini diambil oleh Alia untuk memasukkan dua batang jarum mudah
lentur pada kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha berada dalam keadaan bawah sedar dan dia mampu
berkomunikasi dalam keadaan begitu.
Azraai, iaitu abang Farisha telah memberitahu Farisha tentang berita yang agak mengejutkannya. Yang
pertama ialah doktor telah mengesahkan bahawa Azraai menghadapi masalah jantung. Kejutan yang kedua ialah
Azraai telah mennunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Fail tersebut mengandungi dokumen
permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat.
Satu Sesi perjumpaan diaturkan antara Farisha dengan Karl, namun tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Farisha
terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tekanan darahnya terlalu tinggi. Terdapat satu benjol di belakang
kepalanya. Semasa di tospital, peluang ini digunakan oleh dua orang lelaki yang bernama Amin dan Farid untuk
menceroboh bagi mendapatkan maklumat tentang Farisha. Dengan menggunakan peralatan yang canggih,
mereka berjaya menembusi "WALL" yang ada pada diri Farisha.

Menurut Dr. Maxi, Farisha jatuh pengsan kerana dia tidak mampu menanggung sesuatu yang terdapat di
dalam badannya. Khairul Anwar mencadangkan agar Shida menggantikan tempat Farisha. Dr. Maxi sukar
membuat keputusan kerana sebelum ini Karl telah memberikan amanah bahawa jika ada sesuatu yang berlaku
pada dirinya, hanya Farisha yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang belum selesai itu.
Karl telah menyediakan Farisha sebagai wakilnya kerana Karl telah mereka mikrocip khas yang tertanam
pada tubuh Farisha. Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan pemikirannya kepada Farisha. Dr. Maxi
berjaya meyakinkan Shida agar menggantikan tempat Farisha. Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan pada
tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
Azraai menyatakan bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah Marilyn, wanita Portugal. Nama ayahnya
tidak pula dicatatkan dalam fail. Farisha memberitahu Azraai bahawa malam tadi dia bercakap dengan ibu
kandungnya. Hal ini amat memeranjatkan Azraai. Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan
mencari tempat untuk menyembunyikan Farisha. Hal ini demikian kerana ada pihak yang mahu mengancam
keselamatan Farisha. Azraai menjelaskan bahawa Farisha diburu oleh ibukandungnya sendiri. Semasa berhenti
di Hentian Pagoh, dua orang lelaki telah mengacukan pistol ke arah Azraai. Mereka teilah melariikan Farisha.
Shida berada dalam keadaan bawah sedar kerana Karl berada dalam tubuhnya. Karl menegur Dr. Maxi kerana
Shida mengambil tempat Farisha. Shida memberitahu bahawa nama sebenar Khairul Anwar ialah Muharmmad
Irfan. Karl yang menjalankan uji kaji sains telah mengubahnya menjadi imej baharu. Alia pula memperkenalkan
dirinya yang sebenar. Dia mernjadi cacat kerana diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya ialah Rusmina tetajpi Karl
telah menukarnya menjadi Alia. Karl juga menjadikan Medina sebagai bahan uji kaji. Ternyata uji kaji terhadap
Alia dan Medina mengalami kegagalan.
Aqram memulakan sesi dengan Karl, iaitu menyambung minda Karl melalui Shida. Dr. Maxi pula teringat
akan kisah 30 tahun lalu apabila Karl berjaya mengubah Rusmina menjadi Alia yang baharu. Karl menyatakan
bahawa dia masih memerlukan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Karl berusaha untuk menghapuskan virus
yang mampu menghancurkan Dinara. Tiba-tiba Medina hadir di dalam bilik kerja itu. Medina memberitahu
bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina. Karl juga menjadikan Farisha
sebagai bahan uji kajinya. Karl menanam pelbagai jenis implan dan microcip pada tubuh Farisha agar Farisha
menjadi anak yangl genius.
Sesi perdebatan terhenti apabila Dr. Maxi mengumumkan bahawa Karl sedang nazak. Mereka berkejar ke
rumah Karl di Puchong. Aqram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl kerana Karl telah
mensabotaj Medina semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila. Pernah suatu
ketika, Medina mahu mencekik anaknya Farisha tetapi mujurlah Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha.
Giliran Aqram pula membocorkan rahsia dirinya. Sebenarnya, dia telah diberi identiti yang baharu. Umur
sebenarnya 60 tahun bukan 30 tahun. Nama asalnya Akeem dan merupakan adik kepada Karl. Dia terencat akal.
Uji kaji Karl terhadap Aqram berjaya. Alia pula ialah uji kaji Karl yang pertama. Alia ialah isteri Karl dan kakak
ipar Aqram. Uji kaji terhadap Alia kurang sempurna.
Karl masih terbaring di atas katil. Aktiviti otaknya menurun dan dia tidak mampu bertindak balas. Farisha
berasa sedih kerana inilah kali pertama dan terakhir dia menatap wajah lelaki yang merupakan ayah
kandungnya.Tepat pukul 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dalam wasiatnya, Karl
meminta mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan
di Port Dickson.Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida mengungkapkan kata-kata yang pernah
diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl berkata-kata melalui Shida.

Tema
1. Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan.
2. Tema dianggap sebagai perkara atau idea pokok yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan
lain yang terdapat dalam mana-mana cerita.
3. Tema novel Di Sebalik Dinara ialah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para saintis dalam
menjalankan penyelidikan dan ciptaan sainsnya.
1. Cabaran Karl adalah untuk menyelamatkan perisiannya yang dinamakan Dinara. Akibat perasaan
dendam, Dinara telah diceroboh oleh musuh-musuhnya clan mereka telah memasukkan virus bagi
memusnahkan Dinara. Hanya Farisha yang mampu membantu menyelamatkan Dinara. Hal
ini demikian kerana pada tubuh Farisha telah ditanam dengan pelbagai implan bagi menjadikan
Farisha gadis yang istimewa. Karl cuba menjejaki Farisha dan memintanya menyelamatkan Dinara.
2. Karl juga telah mencipta beberapa orang prototaip. Antaranya termasuklah Alia yang menjadi cacat
kerana diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya ialah Rusmina tetapi Karl telah mengubah imejnya clan
menukarnya menjadi Alia. Namun, hasil kerja Karl terhadap Alia kurang sempurna.
3. Cabaran juga wujud antara Karl dengan Medina apabila masingmasing mahu membuktikan bahawa diri
mereka lebih hebat. Medina berdendam terhadap Karl kerana Karl telah mensabotaj Medina semasa
menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila.

Persoalan
1. Kesungguhan seseorang bagi mempertahankan hasil kajian mereka daripada mengalami kemusnahan.
o Karl telah mempersiapkan Farisha sejak kecil untuk membantunya menyelamatkan
Dinara daripada dimusnahkan oleh seseorang yang cuba mengkhianatinya.

2. Kehebatan saintis dan kecanggihan teknologi mampu mengubah imej seseorang.


o

Karl melalui kebijaksanaannya mampu memberikan imej baharu kepada individu yang hampir
dengannya.

Buktinya, Karl berjaya mengubah Aqram yang dahulunya terencat akal menjadi seorang pemuda
yang sempurna. Selain itu, beliau menukar imej Rusminah kepada Alia.

3. Kasih sayang seorang anak kepada ayah dan ibunya.


o Buktinya, walaupun baru pertama kali Farisha bertemu dengan ayahnya,
iaitu Karl, Farisha tetap menyayangi ayahnya. Farisha berasa sedih kerana
pertemuan tersebut merupakan pertemuan yang terakhir sebelum Karl

menghembuskan nafasnya yang terakhir.

4. Kesungguhan memikul tanggungjawab dan amanah seseorang.


o Pekerja-pekerja Soft Lab berusaha untuk menjejaki Farisha kerana tugasan itu ialah amanah
Karl.
o Hanya Farisha seorang yang mampu menggodam dan menyelamatkan Dinara.

5. Dendam yang tidak berkesudahan.


o Medina berdendam terhadap Karl apabila Karl tidak mengakui kehebatannya sebagai seorang saintis.
o Ada juga pihak lain yang berdendam terhadap Karl dan berusaha untuk menghancurkan Dinara.

6. Sains membawa kesan positif.


o Aqram bertukar daripada seorang yang terencat akal menjadi pemuda yang sempurna hasil usaha
Karl.
7. Kecanggihan ciptaan sains dan teknologi akan membawa bencana apabila tidak ditangani dengan betul.
o Alia merupakan prototaip pertama Karl yang menjadi seorang wanita yang kurang sempurna akibat
kegagalan uji kaji.
8. Kepercayaan yang diberikan kepada seseorang untuk menyelamatkan suatu hasil kajian
sains.
o Farisha telah diminta menggodam Dinara dan menyelamatkan daripada mengalami kemusnahan.
o Sebagai jurutera komputer, Farisha memiliki pengetahuan dan diberi kepercayaan untuk
menyelamatkan Dinara.

9. Ketabahan seorang gadis menghadapi pelbagai dugaan.


o

Farisha tetap tabah walaupun diberitahu bahawa dia merupakan anak angkat.

Bapa kandungnya yang bernama Karl hanya sempat dikenali Farisha pada saat-saat akhir sebelum
kematiannya.

Mengenal Watak (Jenis Watak)


1. Watak utama/Watak protagonis
(a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
(b) Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah cerita.
(c) Watak utama dalam novel ini ialah Farisha.

2. Watak sampingan
(a) Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita.
(a) Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
(b) Antara watak sampingan dalam novel ini ialah Shida, Aqram, Azraai, Dr. Maxi, Karl, Medina, Alia,

Khairul Anwar, Farid, Rosman, Mariah, dan lain-lain lagi.


3. Watak antagonis
(a) Watak antagonis senantiasa menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.
(b) Watak antagonis dalam novel ini termasuklah Medina, Alia, pihak yang mendendami Karl dan

cuba menghapuskan Dinara.


(a) Medina sering bersaing dengan Karl bagi menguji kehebatan masing-masing dalam bidang sains

dan penyelidikan.
(d) Alia pula amat mencemburui perempuan lain yang cuba mendekati Karl dan kerap mempunyai
perbezaan pendapat terutama dari segi pegangan agama.
4. Watak bulat/bundar
(a) Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia biasa dalam kehidupan sehari-hari.
(b) Dalam novel ini, Farisha merupakan watak bulat atau watak bundar.
(c) Farisha memiliki sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Misalnya, Farisha amat menyayangi

abangnya, iaitu Azraai. Farisha terkejut kerana mendapati dirinya ialah


anak angkat. Walaupun pelbagai konflik berlaku antara dia dengan ibunya yang bernama
Medina serta ayah kandungnya yang bernama Karl, Farisha tetap menyayangi mereka berdua.
5. Watak pipih

(a) Watak pipih merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek sifat atau

fikirannya.
(b) Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
(c) Antara watak pipih dalam novel ini termasuklah Mariah,

iaitu isteri Azraai. Mariah memberitahu Farisha bahawa dia mengetahui Farisha hanyalah anak
angkat kepada keluarga suaminya, iaitu Azraai.
6. Watak dinamik
(a) Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-aksi yang berlaku dalam

plot.
(b) Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi baik atau sebaliknya.
(a) Contoh watak dinamik dalam cerita ini ialah Shida. Shida berusaha menulis artikel tentang

Soft Lab. Dia mendapat ganjaran yang lumayan, iaitu sebanyak RM40 ribu. Akhirnya, Shida
terjebak dalam permainan kakitangan syarikat Soft Lab yang menjadikannya sebagai pengganti Farisha
apabila Farisha gagal dikesan.
7. Watak statik
(a) Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau fikiran dari awal hingga
akhir cerita.
(b) Contoh watak stank dalam novel ini ialah Uncle Seng.
(c) Watak Uncle Seng muncul apabila memberitahu Rosman, Farisha, dan Shida bahawa ada dua orang

yang mencurigakan lari turun tangga bangunan itu.

Cara Watak Digambarkan


1. Ada dua cara pengarang menggambarkan watak dalam cerita.
2.

Cara pertama ialah gambaran secara langsung oleh pengarang.


3. Cara kedua ialah gambaran secara tidak langsung yang merangkum penggunaan teknik

dialog, monolog, dan aksi watak.


Gambaran Secara Langsung
1. Dalam hal ini, pengarang seolah-olah campur tangan untuk memerihalkan watak-watak dalam

ceritanya.
2. Pemerihalan itu bukan sahaja merangkumi aspek luaran watak, malah menyentuh perasaan dan

fikiran watak.
3. Antara contoh gambaran secara langsung pengarang terhadap watak yang terdapat dalam novel ini

termasuklah apabila Farisha menyatakan tentang Aqram:


Ya, sempurna. Farisha dapat melihat lelaki di sebelahnya begitu sempurna. Daripada tutur kata, gerak
laku, dan gaya rupa, semuanya sempurna. Mungkinkah dia terlena dan bermimpi?
(hlm. 6)
Gambaran Secara Tidak Langsung
1. Dialog
(a) Pengarang menggambarkan sesuatu watak berdasarkan dialog yang diucapkan antara watak dalam

novel.
(a) Antara contoh gambaran secara tidak langsung terhadap watak yang terdapat dalam novel ini

termasuklah yang terkandung dalam perbualan antara Farisha dengan Shida tentang Azraai pada
halaman 10 dan 11. Azraai memberitahu Farisha bahawa rumahnya telah dipasang dengan
retinal scanner dan disambungkan dengan interkom. Dialog tersebut menggambarkan sikap ambil
berat Azraai terhadap adiknya, iaitu Farisha.
(b) Berdasarkan petikan dialog, pengarang memerihalkan latar belakang Farisha, iaitu gadis yang

dijejaki selama ini. Aqram menerangkan bahawa Farisha seorang gadis yang cantik dan
bersopan santun. Sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur dia cuma tidur kerana
kepenatan. Dialog tersebut menggambarkan bahawa Farisha bukannya gadis sembarangan dan dia
pasti memiliki keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh Karl.
2. Monolog
(a) Monolog bermaksud tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian.
(b) Antara contoh gambaran secara tidak langsung menerusi monolog dapat dilihat pada halaman
142 143, iaitu apabila Shida menyelak helaian dalam fail Farisha. Shida terkejut apabila
mengetahui sebenarnya Farisha ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. Perhatikan contoh ayat yang
berikut.
"Anak angkat?" Sbida bertanya sendiri seolah-olah menyoal belaian dokumen yang sedang
ditatap..."
(c) Berdasarkan monolog tersebut, pembaca mengetahui bahawa watak Farisha bukanlah anak
kandung keluarga Azraai.
3. Aksi
(a) Aksi ialah gerak laku atau perbuatan watak.
(b) Salah satu contoh aksi watak dalam novel ini dapat dilihat pada halaman 47:
"Baiklah, saya beritahu nilainya dabulu," kata Dr. Maxi membuatkan Rosman rasa bendak
melompat.
Farisba menepuk paha Rosman dua kali sebagai isyarat agar bertenang dan tidak terlalu

menunjukkan rasa teruja. Ketika


itu juga Dr. Maxi dan Aqram berpandangan seolab-olab sedang membaca minda masing-masing.
(c) Berdasarkan petikan ini, pembaca tahu bahawa Rosman jarangjarang menerima projek yang nilainya sebesar
itu. Selain itu, tindakannya itu menunjukkan bahawa dia berkemungkinan mengalami masalah kewangan.

Watak dan Perwatakan.


Farisha
1. Farisha merupakan watak utama novel ini dan berusia 28 tahun.
2. Abangnya bernama Azraai. lbunya bernama Marilyn yang berketurunan Portugal.
3. Dia merupakan rakan kongsi Rosman dalam Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd..
4. Seorang yang memiliki keistimewaan. Buktinya, pelbagai mikrocip dan implan
ditanam dalam tubuh Farisha sejak kecil yang bertujuan untuk menjadikannya seorang anak
yang genius. Selain itu, minda Farisha dilengkapi "WALL" yang mampu menjadi perisai
untuk menahan sebarang pencerobohan terhadap mindanya.
5. Seorang wanita yang bijak. Contohnya, dia berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.
Selain itu, dia mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar
tentang sistem itu.
6. Wanita pilihan yang diberi kepercayaan melakukan sesuatu. Buktinya, hanya Farisha seorang dipercayai
oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara daripada mengalami kemusnahan.
7. Seorang yang penyayang. Buktinya, Farisha menangis apabila mendapat tahu bahawa abangnya
Azraai mengalami masalah jantung. Selain itu, dia tetap menyayangi ibunya, Medina dan
ayahnya, Karl walaupun baru bertemu dengan mereka setelah sekian lama terpisah.
8. Tidak berdendam. Contohnya, Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah kandungnya yang
banyak merencanakan kehidupan Farisha melalui penyelidikan sains.
9. Pasrah akan perkara yang berlaku terhadap dirinya. Contohnya, Farisha akur bahawa dirinya anak
tidak sah taraf kerana pengenalan ayahnya tidak tercatat dalam fail.
10. Mempunyai kemahiran yang tinggi tentang komputer. Contohnya, keupayaan Farisha dalam bidang
pengkomputeran diakui hebat dan orang lain sukar menggantikan tempatnya.
Shida
1. Shida merupakan rakan serumah Farisha.
2. Seorang yang mempunyai gaya hidup yang mudah. Buktinya, apabila pagi dia terus minum kopi
tanpa mencuci gigi lebih dahulu.

3. Shida ditawarkan sebanyak RM40 ribu untuk menulis sebuah artikel tentang Dinara.
4. Oleh sebab ketiadaan Farisha, kakitangan Soft Lab telah menjadikan Shida sebagai pengganti
Farisha kerana mereka sebaya dan saiz tubuhnya juga lebih kurang sama dengan Farisha.
5. Shida telah dijadikan perantaraan perhubungan Karl dalam keadaan bawah sedar.
Karl
1. Karl merupakan saintis yang berjaya kerana banyak menghasilkan penvelidikan dan kajian.
2. Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.
3. Karl merupakan ayah kandung Farisha dan suami Medina.
4. Karl bertanggungjawab menanam implan dan mikrocip pada tubuh Farisha agar anaknya itu

menjadi orang yang genius.


1. Karl juga mengamanahkan kakitangan Soft Lab agar mengarahkan Farisha menggodam Dinara

bagi menyelamatkan Soft Lab.


2. Karl telah mengubah identiti dan personaliti Akeem menjadi Aqram dan Rusmina menjadi Alia.
3. Karl menderita barah usus dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dalam wasiatnya, dia

meminta agar mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka.


Azraai
1.

Azraai merupakan abang angkat Farisha.

1.

Seorang yang penyayang dan prihatin. Buktinya, dia tetap mementingkan keselamatan Farisha
dengan meningkatkan sistem keselamatan di rumah Farisha walaupun Farisha hanyalah adik
angkatnya.

3. Seorang yang amanah. Buktinya, Azraai berpegang pada janji dan surat amanah arwah

ayahnya, iaitu semua mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft
Lab apabila diperlukan. Selain itu, dia memberitahu Farisha tentang status Farisha sebagai anak
angkat arwah ayahnya.
4. Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Azraai segera melarikan dan menyembunyikan Farisha

sebaik-baik sahaja dia mengetahui bahawa ibu Farisha telah dapat berkomunikasi dengan Farisha.
Aqram
1. Again merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjejaki Farisha. Tujuannya adalah untuk

memujuk Farisha bagi menggodam Dinara yang akan mengalami kemusnahan.


2. Dia bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menawarkan satu projek lumayan kepada Farisha dan Rosman.
3. Seorang lelaki yang sempurna. Buktinya Farisha melihat Aqram sebagai seorang lelaki yang sempurna

dari segi tutur kata, gerak laku, dan gaya rupa.

4. Seorang yang memiliki sifat simpati. Buktinya, terdetik sifat simpatinya terhadap Shida yang akan

dijadikan uji kaji untuk menggantikan tempat Farisha.


5. Aqram membocorkan rahsia dirinya. Sebenarnya, dia telah diberi identiti yang baharu. Umurnya 60

tahun clan bukan 30 tahun.


6. Nama asalnya Akeem dan merupakan adik Karl. Dia terencat akal. Uji kaji Karl berjaya mengubah

Aqram.
7. Memiliki sifat berterima kasih. Buktinya, Aqram berterima kasih kepada Karl kerana telah mengubah

dirinya clan menjadikan kehidupannya lebih balk.


Medina
1. Medina ialah ibu Farisha dan isteri Karl.
2. Nama asalnya ialah Marilyn. Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah

mengubah Marilyn menjadi Medina.


3. Medina menjadi pembantu penyelidik kepada Karl. Sebelum Dinara berjaya disiapkan, Medina telah

menghilangkan diri.
4. Seorang yang pendendam. Buktinya, Medina mendendami Karl kerana Karl telah mensabotaj Medina
semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila.
5. Seorang yang penyayang. Buktinya, Medina mengupah Amin dan Farid menculik Farisha kerana dia amat
merindui anaknya yang telah terpisah sejak kecil.
Alia
1. Alia ialah isteri Karl dan kakak ipar kepada Aqram. Nama asalnya ialah Rusmina. Alia menjadi
cacat kerana diseksa oleh Karl.
1. Alia merupakan prototaip kajian Karl yang pertama. Alia dicipta oleb Karl dan Medina. Walau
bagaimanapun ciptaan Karl ini kurang sempurna.
2. Kecantikan Alia tidak tulen. Buktinya, Shida yakin bahawa Alia menjalani pembedahan plastik dan
matanya tidak berkelip.
3. Seorang yang cemburu. Buktinya, Alia akan berasa cemburu sekiranya ada perempuan lain yang cuba
mendekati Karl.
4. Gagal mengawal perasaan. Buktinya, Alia melemparkan kata-kata kesat terhadap Dr. Maxi, Aqram,
dan Khairul Anwar.
Rosman
1. Rosman merupakan sahabat dan rakan kongsi Farisha.
1. Seorang yang amat memerlukan duit. Contohnya, dia begitu teruja apabila ditawarkan kontrak

bernilai RM1.5 juta oleh Syarikat Soft Lab tanpa mengetahui agenda tersembunyi terhadapnya

dan Farisha.
2. Suka mengusik orang. Contohnya, Rosman mengusik Shida yang dikatakan mendapat kontrak yang

lumayan.
2. Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, apabila Farisha dimasukkan ke hospital, Rosman

menyatakan penyesalannya kerana membiarkan Farisha melaksanakan projek itu


seorang diri.
Watak-watak Lain
1. Khairul Anwar ialah seorang daripada kakitangan Syarikat Soft Lab.
2. Dr. Haris ialah doktor yang merawat Karl.
2. Farid dan Amin ialah dua orang lelaki yang diupah oleh Medina untuk melakukan penculikan terhadap

Farisha.
3. Mariah ialah kakak ipar Farisha dan isteri Azraai.

Latar
Latar Tempat
1. Lapangan Terbang Senai.

Farisha menggunakan lapangan terbang ini untuk ke Kuala Lumpur.


1. Hotel Renaissance.

Tempat berlangsungnya simposium Persatuan Penggodam Antarabangsa yang ucapan pembukaannya


akan disampaikan oleh Philips Young. Farisha bertemu dengan Aqram di Situ.
2. Soft Lab, Cyberjaya.

Aqram dan beberapa orang kakitangan bekerja di syarikat tersebut. Di situ, Marilyn cuba membawa

Farisha untuk melunaskan dendam lamanya.


3. Rumah Karl, di Puchong.

Perbincangan antara Aqram, Rosman, dan Farisha berlangsung di rumah itu.


4. Ruang bilik kaca besar.

Karl yang terlantar sakit mendapatkan rawatan di ruang itu.


5. Hospital Putrajaya.

Farisha dikejarkan ke Hospital Putrajaya kerana dia pengsan.


6. Makmal B.

Alia menekup kedua-dua belah tapak tangannya ke wajah Shida sehingga menyebabkan Shida
tidak ingat apa-apa.
7. Hentian Pagoh.

Azraai memberhentikan keretanya dan Farisha diculik oleh dua orang lelaki yang mengugut mahu
mencederakan Azraai.
1. Port Dickson.

Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port Dickson.


Latar Masyarakat
1. Mas yarakat saintis yang banyak menjalankan penyelidikan. Contohnya, Karl, Medina, Dr.

Maxi, dan kakitangan Soft Lab banyak menjalankan uji kaji dan penyelidikan. Karl pernah memenangi
anugerah inovasi peringkat kebangsaan.
2. Masyarakat yang menjadi bahan uji kaji. Contohnya, Alia dan Aqram telah diberi imej yang baharu
oleh Karl sebagai sebahagian daripada uji kajinya.
3. Masyarakat yang bijak mengendalikan komputer. Contohnya, Farisha merupakan pakar dalam bidang
komputer dan menubuhkan Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. bersama-sama dengan Rosman.
4. Masyarakat yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Contohnya, Karl dan
Medina bersaing untuk menunjukkan kehebatan hasil kajian antara mereka berdua.
5. Masyarakat yang sedia memikul amanah. Contohnya, kakitangan Soft Lab berusaha menunaikan amanah
yang diberikan oleh Karl agar mencari Farisha untuk mempertahankan Dinara.
6. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Azraai amat menyayangi adik angkatnya, iaitu Farisha dengan
memasang alat keselamatan di rumahnya dan menyembunyikan Farisha apabila diburu oleh Medina.
7. Masyarakat yang memiliki kesempurnaan. Contohnya, Farisha melihat Aqram seorang lelaki yang
sempurna dari segi tutur kata, gerak laku dan gaya rupa. Barisan giginya putih bersih dan sempurna.
8. Masyarakat yang amanah. Contohnya, Azraai berpegang pada janji dan surat amanah arwah ayahnya, iaitu
semua mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila
diperlukan.
9. Masyarakat yang dijadikan anak angkat. Contohnya, Farisha sebenarnya dijadikan anak angkat keluarga
Azraai semasa usianya baru dua tahun.
10. Masyarakat yang berdendam. Contohnya, Medina berdendam terhadap Karl yang berpunca daripada

sikap angkuh Karl sendiri.


11. Masyarakat yang berwaspada. Contohnya, Farisha dapat mengagak bahawa ada sesuatu di balik tawaran
lumayan bernilai RM1.5 juta oleh Syarikat Soft Lab kepadanya.

Latar Masa
1. 7.45 pagi.

Rosman berjanji akan menjemput Farisha pada waktu itu.


2. Lima belas saat.

Pen yang mengandungi penetrator perlu berada di tangan Farisha sekurang-kurangnya lima belas saat.
3. 8.00 malam.

Aqram sudah tercegat menunggu Farisha dan Rosman di luar dewan simposium pada waktu itu.
4. Tiga tahun.

Karl menderita terlantar sakit selama tiga tahun.


5. 3.00 petang.

Pertemuan antara Aqram dengan Farisha pada waktu itu. Aqram akan menunjukkan sistem Dinara
dan menyerahkan dokumen yang sudah siap disediakannya.
6. 20 tahun.

Tempoh Alia sudah wujud di Soft Lab. Alia dicipta oleh Karl dan Medina.
7. 12.30 tengah hari.

Aqram yakin bahawa Farisha tidak ingat apa-apa yang dibincangkannya dengan Karl ketika sesi
bawah sedar pagi tadi.
8. 26 tahun.

Tempoh Farisha telah menjadi adik angkat Azraai.


9. Dua tahun.

Ayah dan ibu Azraai mengambil Farisha sebagai anak angkat ketika Farisha baru berusia dua tahun.
10. Tiga hari.

Farisha ditahan di hospital selama tiga hari kerana tekanan darahnya terlalu tinggi.

11. 20 tahun.

Karl mengambil masa menyediakan Farisha sebagai wakilnya. Karl menanam mikrocip pada
tubuh Farisha bagi membolehkan dia menyalurkan pemikirannya kepada gadis itu.
12. 1980-1990.
Tempoh Medina bekerja di Soft Lab.
13. 30 tahun yang lalu.
Melalui penyelidikan, Karl telah mengubah Marilyn menjadi ciptaan baharu dan dinamakan
Medina.
14. Tepat pukul 7.00 malam.
Dr. Haris mengumumkan bahawa Karl telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada waktu itu.

Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi.
2. Pada bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan kepada watak utama, iaitu Farisha. Farisha seorang

gadis berumur 28 tahun dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tidak ada pada orang lain.
Kepakaran yang ada pada diri Farisha dikatakan mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang
besar bernama Soft Lab. Usaha menjejaki Farisha gagal kerana Farisha memadam semua data peribadi
dalam komputernya. Akhirnya, Farisha berjaya dikesan Aqram apabila dia menempah tiket kapal terbang
untuk berlepas da Lapangan Terbang Senai menuju Kuala Lumpur. Aqram pula gagal menerobos ingatan

Farisha kerana "WALL" yang dimiliki oleh Farish mampu melindungi dirinya.
3. Pada bahagian perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada usaha kakitangan Soft Lab

memujuk Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Syarikat Rosman dan Farisha


ditawarkan satu projek yang lumayan bernilai RM1.5 juta oleh Soft Lab. Tugasan yang diberikan
kepada Farisha adalah untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab. Rakan serumah Farisha,
iaitu Shida telah ditawarkan wang berjumlah
RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara. Agenda
tersembunyi membawa
Shida dan Farisha bekerja di Soft Lab adalah untuk menjadikan Shida sebagai pengganti sekiranya
berlaku apa-apa terhadap Farisha.
1. Pada bahagian perumitan diceritakan Farisha yang berasa pening kepala lalu terlelap. Peluang ini telah

diambil oleh Alia untuk memasukkan dua batang jarum mudah lentur pada kiri dan kanan tengkuk Farisha.
Kesannya, Farisha berada dalam keadaan bawah sedar. Hal ini membolehkannya berkomunikasi dengan
Karl. Karl, iaitu seorang saintis terkenal bersama-sama dengan Medina telah mencipta suatu prototaip
bernama Alia. Alta sudah dicipta lebih 20 tahun yang lalu dan dia memiliki ingatan serta perasaan. Dinara
sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina. Yang menjadi misteri ialah Medina telah menghilangkan dirt
sebelum Dinara berjaya disiapkan. Tambahan lagi, ada pihak lain yang cuba memadamkan nama
Medina daripada syarikat itu. Aqram menjelaskan punca dendam Medina terhadap Karl kerana Karl telah
mensabotaj Medina semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila. Pernah
suatu ketika, Medina mahu mencekik anaknya Farisha tetapi mujurlah Dr. Maxi dan Aqram dapat
menyelamatkan Farisha. Selain itu, Azraai telah memberitahu Farisha tentang berita yang agak mengejutkan
adiknya itu. Azraai memberitahu Farisha bahawa doktor telah mengesahkan bahawa Azraai menghidapi
masalah jantung.
5. Pada bahagian klimaks, Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Fail tersebut
mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Azraai menyatakan
bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah Marilyn, wanita Portugal. Nama ayahnya tidak pula
dicatatkan dalam fail. Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat
untuk menyembunyikan F a r i s h a . H a l i n i d e m i k i a n k e r a n a a d a p i h a k ya n g m a h u mengancam
keselamatan Farisha. Azraai menjelaskan bahawa Farisha diburu oleh ibu kandungnya sendiri. Medina
menyatakan bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina. Karl juga
menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya. Karl menanam pelbagai jenis implan dan microcip pada
tubuh Farisha agar Farisha menjadi anak yang genius. Aqram pula membocorkan rahsia dirinya yang telah
diberi identiti yang baharu. Umur sebenarnya 60 tahun bukan 30 tahun. Nama asalnya Akeem dan
merupakan adik Karl yang terencat akal.
6. Peleraian cerita bermula pada pukul 7.00 malam apabila Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dalam wasiatnya, Karl meminta agar mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Upacara
menabur abu mayat Karl dilakukan di Port Dickson. Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida
mengungkapkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui
bahawa Karl yang berkatakata melalui Shida.
Teknik Plot
1. Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog, monolog, monolog dalaman, imbas
kembali, kejutan, dan saspens untuk menjadikan cerita lebih menarik.

2. Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel ini termasuklah teknik-teknik
yang berikut.
Teknik Dialog
1. Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
1. Penggunaan teknik dialog dalam novel ini termasuklah dialog antara Aqram, Farisha, dan Rosman
pada halaman 31 dan 32. Aqram menjelaskan bahawa dia tidak menyangka dapat bertemu dengan
Farisha semula di hotel itu. Farisha sempat memperkenalkan Aqram kepada Rosman. Aqram
menjelaskan bahawa mereka tidak sempat berkenalan semasa di dalam kapal terbang semalam
kerana masing-masing kepenatan. Aqram memberitahu Farisha bahawa dia bekerja di Soft Lab,
Cyberjaya. Farisha agak terkejut kerana lelaki yang kacak itu sebenarnya bekerja dalam bidang IT.
Aqram menerangkan syarikatnya mempunyai 2000 kakitangan dan dia bekerja di Bahagian IT
Governance. Farisha pula menerangkan bahawa dia dan Rosman bekerja sendiri dan menawarkan
perkhidmatan perundingan keselamatan sistem.
Teknik Imbas Kembali
1. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah
berlaku atau yang telah dialaminya.
2. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang berlaku melalui
mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu watak.
3. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah pada halaman 175, iaitu:
"Dua orang lelaki tapi abang tidak tabu nama mereka,"jawab Azraai sayu. Kenangan 26 tahun lampau
bertebaran di badapan matanya.
Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin keturunan Caucasian
datang ke rumah mereka pada suatu petang dengan membawa bersama-sama seorang anak kecil yang
asyik berlari ke sana ke mari. Itulah Farisha semasa kecil. Ketika dia ditinggalkan oleh dua orang
lelaki itu Farisha hanya sempat melambai-lambaikan tangan mungilnya.
Teknik Pemerian
1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak

secara langsung oleh pengarang.


1. Antara contoh penggunaan teknik ini adalah pada halaman 74 dan 75, iaitu:

Alia sudah wujud di Soft Lab lebih 20 tahun. Dia dicipta oleh Karl dan seorang lagi penyelidik
bernama Medina. Alia merupakan sebuah cyborg canggih yang memiliki ingatan dan perasaan.
Malam ini Dr. Maxi perlu memadamkan beberapa ingatan dan perasaannya agar dia tidak
mengganggu rancangan yang sudah mereka atur untuk Farisha dan Shida.
Teknik Monolog
1. Monolog bermaksud tutur kata atau pengucapan sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada dirinya
sendiri atau kepada

orang lain.
2. Antara contoh teknik monolog dalam cerita ini termasuklah pada halaman 143, iaitu:
"Anak angkat? " Shida bertanya sendiri seolah-olah menyoal helaian dokumen yang sedang
ditatap.
Maklumat ibu kandung Farisha juga ada di situ. Shida yakin Farisha diserahkan oleh ibu
kandungnya sendiri secara terus kepada keluarga angkatnya, bukan melalui jabatan Kebajikan
Masyarakat.

Teknik Saspens
1. Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin
tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(a) Antara contoh teknik saspens dalam novel ini termasuklah pada halaman 112, iaitu:

"Buat kerja sikit saja, uncle. Uncle belum tidur?"sapa Rosman penuh ramah.
"Belum. Tadi saya rehat-rehat dekat dalam. Tapi tiba-tiba terdengar bunyi orang lari turun
tangga. Itu pasal saya keluar," terang Uncle Seng.
(b) Contoh lain teknik saspens dalam novel ini dapat dikesan pada halaman 159 161, iaitu:

"Shida, tak lama lagi kamu akan mendengar satu suara. Kami akan hubungkan kamu dengan
seorang lelaki yang perlukan sedikit pertolongan. Kamu perlu dengar setiap kata-katanya dan hanya
lakukan perkara yang dipintanya," terang Dr. Maxi satu per satu.
Teknik Kejutan
1. Kejutan bermaksud perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga.
1. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(a) Antara contoh teknik kejutan dalam novel ini termasuklah pada halaman 98, iaitu:

"Bukankah awak sedang koma? Bagaimana awak boleh bercakap dengan saya?" Farisha
menyuarakan kekeliruannya. Alia yang mendengar setiap biji butir percakapannya, tiba-tiba
terkejut.
"Maxi, bagaimana perempuan ini boleb berkomunikasi dengan Karl. Kau tidak beritahu aku!''
suara alia separuh mengherdik. Rasa cemburunya mulai menyelinap. Dia merasakan ini tidak
adil. Mengapa perempuan ini dibenarkan berhubung dengan Karl, sedangkan dia tidak?
(b) Contoh lain teknik kejutan dalam novel ini dapat dikesan pada halaman 117, iaitu:

"Ya, sebenarnya ada dua perkara." Azraai merenung tepat ke wajah Farisha sebelum menyambung.

"Bulan lepas doktor telah sahkan abang ada masalah jantung, jadi
"Hah?" Farisha separuh menjerit sebelum sempat Azraai meneruskan ayatnya. "Bulan lepas?
Abang tak beritahu Isha pun?" Nada suaranya sedih dan marah bercampur bimbang.

Gaya Bahasa
1. Novel Di Sebalik Dinara telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa untuk menjadikan

ceritanya menarik dan berkesan.


1. Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti yang berikut.

Diksi
1. Novel yang dikarang oleh Dayang Noor ini mengutarakan kisah yang berkisar tentang

kehidupan seorang gadis bernama Farisha. Sebenarn ya, Farisha telah diprogramkan oleh
ayahnya yang bernama Karl. pelbagai mikrocip dan implan ditanam pada tubuh Farisha sejak kecil
yang bertujuan untuk menjadikannya seorang anak yang genius. Selain itu, minda Farisha
dilengkapi' WALL' yang mampu menjadi perisai untuk menahan sebarang pencerobohan
terhadap mindanya. Dari aspek diksi, pengarang berjaya memilih kola kata yang sesuai
dengan latar masa, tempat, dan masyarakat dalam cerita ini.
2. Untuk menggambarkan masyarakat yang celik komputer, pengarang banyak menggunakan laras

bahasa komputer seperti server, storan, digodam, maya, desktop, Soft Lab, dan lain-lain.
1. pengarang juga menggunakan pengaruh Bahasa Inggeris. Contohnya:
(a) Save a tree. Don't print the material unless necessary. (hlm. 24)
(b) bean bags (hlm. 24)

(c) business partner (hlm. 31)


(d) coffee house (hlm. 41)
(e) physical backup (hlm. 73)

(f)''Bye bye uncle!"(hlm.116)

Peribahasa
1. Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan bahasa, perumpamaan,

pepatah, dan bandingan.


2. Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah:
(a) seperti langit dengan bumi (hlm. 64)
(a) seperti orang hilang akal (hlm. 99)
(b) bagaikan anjing dengan kucing. (hlm. 110)
(c) darah daging (hlm. 174)

Ayat
1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
2. Ayat pendek banyak diselitkan dalam dialog. Antaranya termasuklah:
(a) perbualan antara Farisha dengan Shida sewaktu Farisha mahu masuk tidur. Contohnya:

"Okey, dah siap!" Shida tersenyum dan menepuk bahu Farisha. "Ada apa-apa lagi? Aku nak tidur.
Pagi esok aku mesti bangun
awal. Ada simposium di Hotel Renaissance." Farisha menggenyeh mata. (hlm.13)
(a) perbualan antara Azraai dengan Farisha tentang punca Medina mahu membunuh Farisha.

Contohnya:
"Tidak Isha. Ada sesuatu tentang dia yang Isha perlu tabu." "Apa dia?"
"Sudah 26 tahun kami melindungi Isha daripadanya." Azraai
terdiam sebentar untuk menarik nafas panjang. "Dia mahu Isha mati kerana Isha anak luar nikah?"
"Tidak Isha, bukan sebab itu." "habis?"
"Kerana dia taksub dengan sains. Dia mahu korbankan Isha demi sains." (hlm. 174)

3. Antara contoh penggunaan ayat sederhana dalam novel ini termasuklah kata-kata tidak puas hati yang
diluahkan oleh Alia kepada Karl pada halaman 196. Contohnya:
"Kau berjaya kerana Medina. Aku rasa memang dia yang lebih
pandai."Alia seolah-olah ingin menyemarakkan perasaan benci Karl terhadap Medina.
4. Antara contoh penggunaan ayat panjang dalam novel ini dapat dilihat pada halaman 102. Pada
muka surat tersebut, pengarang
menggunakan ayat panjang untuk memerihalkan pendapat Aqram yang tidak yakin bahawa
Farisha akan mengingati butirbutir perkara yang dibincangkannya dengan Karl ketika Farisha berada dalam keadaan bawah
sedar. Selain itu, pada halaman 175, pengarang menggunakan ayat yang panjang bagi
mengimbas kembali kisah lampau dua orang lelaki datang untuk menyerahkan Farisha kepada
keluarga Azraai. Perhatikan contoh ayat yang
berikut.
Seorang Maki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi
mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada suatu petang dengan membawa
bersama-sama seorang anak kecil yang asyik berlari ke sana ke mari.
Simile
1.

Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan


sesuatu dengan sesuatu yang lain.

2.

Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak,


laksana, umpama, macam, dan ibarat.

3.

Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:


(a) Seperti langit dengan bumi! (hlm. 64)
(a) ...bagaikan digeser sembilu... (hlm. 92)
(b) ...bagaikan anjing dengan kucing... (hlm. 110)
(c) ...seperti orang bilang akal. (hlm. 99)
(a) ... Shida terus menjerit-jerit bagai dirasuk. (hlm. 183)

Personifikasi
1. Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati
seperti objek dan sebagainya.
2. Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam
terhadap pembaca.
3. Antara contoh penggunaan personifikasi dalam novel ini
termasuklah:
(a) ...angin dingin berhembus kuat... (hlm. 52)
(a) Tangisnya menggila. (hlm. 195)
(b) Api kemarahan menyala-nyala di matanya. (hlm. 212)

Sinkope
1. Sinkope bermaksud penyingkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dart

tengah-tengah kata.
2. Antara contoh penggunaan sinkope dalam novel ini termasuklah:

(a) "Tapi, tak salah kalau kita lebih berhati-hati, kan?"


kata Azraai tegas seperti masih mahu mempertahankan tindakannya.
Okeylah, okeylah ... Isha tak mahu gaduh dengan abang! Isha amat penat ni." Farisha menguap untuk
kesekian kali. (hlm. 11)
(b) "Apa yang kamu berdua cuba buat tapi gagal?"suara Alia jadi sedikit kasar. (hlm. 196)

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Farisha berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba. Selain

itu, dia mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar tentang sistem
itu.
2. Nilai penyayang. Buktinya, Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya Azraai mengalami

masalah jantung. Selain itu, dia tetap menyayangi ibunya Medina walaupun baru bertemu dengan ibunya
setelah sekian lama terpisah.
1. Nilai kemaafan. Contohnya, Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah kandungnya yang banyak

merencanakan kehidupannya melalui penyelidikan sains.

2. Nilai berwaspada dalam sesuatu tindakan. Contohnya, Farisha dapat mengagak bahawa ada

sesuatu di balik tawaran lumayan yang bernilai RM1.5 juta oleh Syarikat Soft Lab.
5. Nilai kepasrahan. Contohnya, Farisha akur bahawa dirinya anak tidak sah taraf kerana
pengenalan ayahnya tidak tercatat dalam fall.
6. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Aqram seorang yang bertanggungjawab kepada ketuanya, iaitu Karl yang
mengarahkannya menjejaki Farisha. Selain itu, Azraai segera melarikan dan menyembunyikan Farisha
sebaik-balk sahaja dia mengetahui bahawa ibu Farisha telah dapat berkomunikasi dengan Farisha.
7.

Nilai simpati. Contohnya, terdetik rasa simpati Aqram terhadap Shida yang akan dijadikan up kaji
bagi menggantikan tempat Farisha.

7.

Nilai berterima kasih. Contohnya, Aqram berterima kasih kepada Karl yang telah menjadikan
kehidupannya lebih baik.

7. Nilai amanah. Contohnya, Azraai berpegang pada janji dan surat amanah arwah ayahnya, iaitu semua
mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Selain itu, dia memberitahu Farisha tentang status Farisha sebagai anak angkat arwah ayahnya.
8.

Nilai kegigihan. Contohnya, Karl gigih menjalankan uji kajinya bagi membangunkan dan
mempertahankan Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya.

9.

Nilai berpegang pada janji. Contohnya, Dr. Maxi menerangkan janji tawaran langsung yang dibuat
kepada Secured Shell Sdn. Bhd. Harga tawaran kontrak tersebut bernilai RM1.5 juta.

8. Nilai berterus terang. Contohnya, Aqram berterus terang dengan menyatakan bahawa Dinara telah
diceroboh. Penceroboh berkenaan menjelaskan bahawa mereka telah berjaya menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam satu pasukan. Contohnya, Aqram, Dr. Maxi,
dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada menghadapi kemusnahan.
2. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan sungguh-sungguh. Contohnya, Aqram
bertanggungjawab kepada ketuanya, iaitu Karl yang mengarahkannya menjejaki Farisha sehingga

berjaya dan meminta Farisha menyelamatkan Dinara.


1. Kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa orang lain. Contohnya, Aqram bersimpati
terhadap Shida yang akan dijadikan uji kaji bagi menggantikan tempat Farisha.
4. Kita hendaklah gigih mempertahankan hasil kerja yang telah dibuat, Contohnya, Karl gigih

mempertahankan Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya lalu mengarahkan kakitangan Soft
Lab menyelamatkannya.
5. Kita tidak sewajarnya mudah terpengaruh oleh kebendaan. Contohnya, Rosman begitu teruja

apabila ditawarkan projek lumayan bernilai RM1.5 juta oleh Syarikat Soft Lab tanpa menyelidik
agenda tersembunyi di balik tawaran tersebut.
6. Kita hendaklah menyayangi antara satu dengan yang lain. Contohnya, Farisha tetap menyayangi Karl

walaupun dia anak tidak sah taraf. Pertemuannya dengan Karl merupakan yang pertama dan terakhir
sebelum Karl menghembuskan meninggal dunia.
7. Kita tidak boleh menyeksa seseorang untuk kepentingan diri. Contohnya, Karl bersama-sama dengan

Medina telah mencipta suatu prototaip, iaitu Alia tetapi tidak dalam keadaan yang sempurna.
8. Kita hendaklah setia pada janji yang telah dibuat. Contohnya, Azraai ingin menunaikan janjinya pada

arwah ayah dan ibunya dahulu, iaitu semua mikrocip perlu kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
9. Kita tidak seharusnya meninggi diri dan menunjukkan kehebatan masing-masing. Contohnya, Medina

ingin menguasai Farisha bagi membuktikan bahawa dia ialah saintis yang lebih hebat daripada Karl.

Anda mungkin juga menyukai