Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam
penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila
oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl.
Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam
percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl.
Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
Persoalan
Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha
di Soft Lab, Cyberjaya.
Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal
scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan.
Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga
melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan
mereka sebagai bahan kajian.
Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya
untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama
dan hidup sebagai ateis.
Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati
akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan
anaknya dan diberikan kepada keluarga
Farisha
Shida
Rosman
Aqram
Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya
dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl
bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
Karl
Medina@Marilyn
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia
tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal
scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam
sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke
dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya
wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah
dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada
keluarga angkat.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh
Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang
manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha
sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu
itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit
abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured
Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara
ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan
angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di
Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha
menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida
bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada
Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada
wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba
pengsan di tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada
ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi
dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi
Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh
banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti
di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di
situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik
tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat
bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram,
Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft
Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang
dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit
abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri
mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk
berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang
sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula
semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan
projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan
ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama
Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan
Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai
maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang
seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya
anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata.
Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan
dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak
dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk
menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha
untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan
sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak
dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak
pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan
Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl.
Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat
Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut
dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara
perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain
reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam.
Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai
anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin
berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak
kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl.
Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik
pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang
kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan
terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya
kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang
sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl
membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan
ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.