Anda di halaman 1dari 10

SINOPSIS UMUM SILIR DAKSINA

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimi yang hidup
bersama-sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu,
Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit
Raja, Batu Pahat, Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan
bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik
dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang
pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya mampu
bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya
telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenazah tetapi
melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya
mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Walaupun
Haiqal berasa terkilan namun dia amat menyayangi uminya dan tidak berani membantah kata-
katanya. Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang
gadis berbangsa Cina melalui kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke
Batu Pahat, iaitu tempat arwah bapanya tinggal. Manuskrip yang diterima itu menceritakan
pelbagai peristiwa berkaitan dengan kehidupan bapanya yang melibatkan diri dalam aktiviti
untuk memperkasa seni dan budaya zapin. Justeru, Haiqal berasa teruja untuk menjejaki
sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubat kerinduan yang ditanggung olehnya sejak
kecil.

Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman
bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya
dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama
meninggal dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi
Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia
kekampung arwah ayahnya itu. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan
pemergiannya. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berack di Johor
kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid dan adik tirinya, Nurul
Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke
stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan
solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman
bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah
ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong
untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di
warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Haiqal disuruh
berehat dan dia akan membawa Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah
ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah
ayahnya, Abdullah bin Kayan adalah lebih hebat daripada yang dia sangkakan.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa
Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak
kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang
kelapa sawit dan kebuh getah milik arwah ayah Haiqal dan dia akan menyerahkan semua
urusan itu kepada Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di
bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah restoran. Di
restoran itu, See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat tinggal masing-masing.
Pada waktu itu, Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. Sejak tiba di kampung pada pagi
itu, dia masih belum menghantar SMS kepada Ratna. Semasa makan, See Hwa memberitahu
bahawa ayah Haiqal pandai memasak ciii padi ikan haruan. Haiqal merasakan bahawa See
Hwa beruntung kerana dapat merasai kasih sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi
kekosongan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin
bahawa See Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Dia jugs membuat telahan
bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di
sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal
membeli majalah yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Ketika itu, mereka mendapati
bahawa mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu telah menimbuikan kemesraan
antara mereka berdua. Pada petang itu, Haiqal tersedar daripada tidurnya. Haiqal membaca
SMS yang dihantar oleh Nurul Asiyah dan membaiasnya.
Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke
Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca
surah Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk
memberhentikan motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang sedang
memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar mempelawa
Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah ayahnya. Selepas menunaikan
solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal,
Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal
dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan buku-buku milik arwah
ayahnya juga dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa ayahnya benar-benar seorang penari
zapin. Di warung, Haigal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa
perkara itu ada dalam manuskrip ayahnya. See Hwa memberitahu bahawa Aksara
merupakan satu-satunya perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal
sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan
kepada Akademi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan
kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah
Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan
sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan persembahan tarian
zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk
membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal itu
diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang
bakal diadakan itu turut dilakukan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk
menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Oleh itu, persiapan sempena majlis
tersebut dilakukan oleh penduduk kampung. Haiqal juga turut serta dalam membuat
persiapan itu. Tauke Ong mencadangkan agar Haiqal turut mempelajari tarian zapin. Haiqal
akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman
bersungguh-sungguh mahu mengajarnya tarian zapin.

Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya
tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan Nurul Asiyah mendoakannya agar
dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat
berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji
Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan Lazim memandangkan
Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim
menyuruh Haiqal memujuk See Hwa untuk menari zapin dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong tentang
tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya pada malam itu. Haiqal
terkejut apabila mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin. See Hwa berterus terang
kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal.
Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya bagi menggantikan tempat Lazim.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian
zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terpesona melihat kelembutan gerak tari See
Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid, dan Nurul Aisyah
yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal
amat terharu dan bersyukur apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Bumi


Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya terhadap ayahnya juga telah lebur
apabila uminya datang ke Kampung Seri Purnama untuk melihat dia menari zapin. Umi Haiqal
sedar bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal merupakan
darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah
bertunang dengan seorang usahawan. Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama,
See Hwa telah menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya untuk
mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih terlalu jauh daripada jangkauannya kerana dia
masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-
benar mendamaikannya.
TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik
keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.


Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik
Nusantara.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.


Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai
tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah
suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah
ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam
menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.


Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga
membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi
memasarkan batik milik keluarga Farid.

5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.


Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid
menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan
kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.


Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat
batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.


Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk
memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.
PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA
Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau eksposisi-Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali
ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada
See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah
tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu
ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah
arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui
bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan
yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan-kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu


Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana,
Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga
terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan
zapin D'Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah
dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam
bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan
padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain.
Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian
Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga
bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu
Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada
anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling.
Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah
mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir
hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai
Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu
telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan -Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan
ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu
bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal
banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik
Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya
untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna,
akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks -Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai
menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah
ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke
kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut.
Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia
ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan
pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di
Johor kelak.
Peleraian-Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan
bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-
bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama
dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis
persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin.
Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya
tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa
Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim
mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan
Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi
dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas
pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan
ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa
amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

Teknik Plot

Teknik Plot Contoh


1. Pemerian Penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah tinggal di
kampung tersebut. (hlm.29)
2. Imbas Kembali Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir
terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)
3. Saspens Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya
bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)
4. Kejutan Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri
Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin
walaupun uminya melarang Haiqal untuk
menyertainya.(hlm.271)
5. Monolog Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal.
(hlm.95)
WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL SILIR DAKSINA

Watak Utama

1. Haiqal Hakimi/Aiman

Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan

Perwatakan Contoh
1. Seorang remaja yang berbakat dalam Haiqal sering memenangi pertandingan
bidang seni sastera. mendeklamasikan puisi dan menulis sajak
serta puisi.
2. Seorang anak yang penyayang. Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya
dan adik tiri.
3. Seorang yang baik hati Haiqal telah memujuk Ratna yang
menangis kerana mendapat keputusan
SPM yang kurang cemerlang.
4. Seorang yang bijak dalam pelajaran. Dia berjaya melanjutkan pelajaran di
university selepas tamat tingkatan 6.
5. Seorang yang taat pada perintah agama. Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen
bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung
ayahnya.

Watak sampingan

1. See Hwa/ Ai Ling


Anak kepada Tauke Ling

Perwatakan Contoh
1. Seorang yang pandai mendeklamasikan Dia pernah memenangi pertandingan
puisi. mendeklamasi sajak semasa di sekolah
rendah.
2. Seorang yang fasih Bahasa Melayu. Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada
pelat Bahasa Cina.
3. Seorang yang suka membaca Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di
sekolah rendah.
4. Seorang yang suka memasak Dia suka memasak makanan yang pedas-
pedas.

2. Abdullah bin Kayan/Amirulnizam


Ayah kandung Haiqal

Perwatakan Contoh
1. Seorang yang cintakan sastera. Dia sanggup berpisah daripada isterinya
berbanding bidang sastera.
2. Seorang yang penyayang Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.
3. Seorang penari zapin. Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri
Purnama.
2. Tauke Ong/Tauke Lim

Perwatakan Contoh
1. Seorang yang sangat rajin Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada
waktu pergi dia akan menorah getah manakala
pada waktu petang menjual pisang dan pinang
di pekan.
2. Seorang yang murah hati. Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.
3. Seorang yang tahu membalas budi. Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai
membalas budi pertolongan datuk dan ayah
Haiqal.
4. Seorang yang jujur dan amanah. Dia menguruskan harta peninggalan ayah
Haiqal dengan baik.

3. Ratna

Perwatakan Contoh
1. Seorang yang minat dalam bidang Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai
perniagaan. makan daripada ibunya.
2. Seorang yang suka mengusik. Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal
sedang berkhayal.
3. Seorang pendengar setia. Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang
dihadapi oleh Haiqal.
4. Seorang yang baik hati. Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas
semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

5. Umi
Ibu kepada Haiqal
Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan berkahwin dengan walid.

Perwatakan Contoh
1. Seorang usahawan berjaya Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.
2. Seorang yang penyayang Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak
membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga
Haiqal.
3. Seorang yang ego. Dia tidak suka dan menghargai bakat seni
bekas suaminya.
4. Seorang pemarah. Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung
ayah kandungnya
LATAR NOVEL SILIR DAKSINA

1. Latar Tempat

a) Kuala Terengganu (rumah umi dan walid).


Contoh: Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul
Asiah di Kuala Lumpur.
b) Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Contoh: Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi
Haiqal.
c) Balai Raya Kampung Seri Purnama
Contoh:Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah
Haiqal dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.
d) Gerai makan milik Ratna.
Contoh: Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati
makanan yang disediakan.
e) Restoran mamak.(See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit Raja
sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.
Contoh: See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di Parit Raja selepas
Haiqal tiba dari Terengganu.
f) Pusara Abdullah bin Kayan.
Contoh: Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh arwah bapanya ditempatkan di sisi
orang yang baik-baik.
g) Rumah Tauke Ong.
Contoh: Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan
dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See Hwa menggosook baju zapin.

h) Stesen Bas Batu Pahat.


Contoh: Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung arwah
bapanya.

2. Latar Masa

a) Petang
Contohnya: peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak
kecil.

b) Usia enam tahun


Contohnya: Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

c) Malam
Contohnya: Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung Pak Dolah.

d) Pagi
Contohnya: Taukey Lim dan isteri menoreh getah.

e) Lapan belas tahun


Contohnya: Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.
3. Latar Masyarakat

a) Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung
dan menjualnya di pekan.

b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.


Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin
bagi memperkasa seni warisan.

c) Masyarakat yang berpendidikan.


Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.

d) Masyarakat yang berbilang kaum.


Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See Hwa tinggal di
Kampung Seri Purnama.

f) Masyarakat penyayang.
Contohnya: Tauke Lim menunukkan sikap penyayangnya dengan selalu manja jamuan yang
diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannya di warung.

Anda mungkin juga menyukai