Anda di halaman 1dari 2

SENAMAN ANTENATAL

PENGENALAN

Senaman antenatal adalah senaman yang dilakukan semasa kehamilan sebagai persediaan dan memudahkan ibu semasa proses kelahiran. Senaman dimulakan selepas 16 minggu kelahiran. Kekerapan senaman bergntung kepada keadaan ibu. Senaman ini bertujuan untuk menggalakkan pergerakan sendi yang akan meregang semasa proses kelahiran, menguatkan otot yang akan digunakan semasa kelahiran ( otot abdomen dan otot lantai pelvis). Selain itu juga dapat membantu merehatkan otot yang telah meregang semasa proses kelahiran juga mengelakkan komplikasi ringan yang mungkin berlaku semasa hamil atau semasa kelahiran. Terdapat beberapa kebaikan melakukan senaman antenatal seperti mengekalkan pengaliran darah ke seluruh badan dengan baik, mengelakkan komplikasi DVT ( deep vein thrombosis) iaitu simptom bengkak pada bahagian kaki terlibat tenderness pada calf muscles dan kemerahan. Ia juga memulihkan kesihatan ibu supaya cergas dan ceria dan mengembalikan kecantikan bentuk badan. Senaman antenatal terdapat beberapa jenis sperti senaman pernafasan, senaman dada, senaman pelvis dan senaman abdomen.

OBJEKTIF

Bagi mengekalkan kesihatan ibu antenatal dan postnatal pada tahap yang optima.

Anda mungkin juga menyukai