Anda di halaman 1dari 9

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]

PENGENALAN

Anemia semasa hamil adalah satu keadaan dimana paras haemoglobin (protein
pengangkut oksigen) < 11g% pada setiap peringkat kehamilan.
Anemia adalah merupakan masalah hematologi yang sering ditemui dikalangan
ibu hamil. Oleh itu semua wanita hamil perlu mendapatkan penilaian tahap Hb semasa
menjalani pemeriksaan antenatal.Terdapat dua jenis anemia yang sering dihidapi semasa
hamil yang pertama adalah Iron deficiency anemia (kekurangan zat besi). Anemia jenis
ini berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan
hemoglobin iaitu satu protein didalam sel darah merah yang bertanggungjawab untuk
membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah
punca yang biasa anemia semasa hamil.
Kedua, Folate deficiency anemia. Folat juga dikenali sebagai asid folik adalah
sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel
darah merah. Semasa hamil, wanita memerlukan lebih folat. Kadang kala mereka tidak
dapat zat tersebut secara sempurna melalui pemakanan harian mereka. Apabila hal ini
berlaku, badan tidak dapat membuat sel darah merah yang mencukupi untuk mengangkut
oksigen ke tisu-tisu seluruh badan. Kekurangan folat boleh menyumbang kepada
beberapa kecacatan semasa kelahiran bayi seperti keabnormalan saraf tiub (spina bifida)
dan bayi kurang berat badan.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


PENYATAAN MASALAH

Seorang wanita hamil berusia 32 tahun telah datang ke Klinik Kesihatan Ulu
Tiram (Unit MCH) untuk membuat pemeriksaan mingguan dan beliau mengadu rasa
sakit kepala dan pening kepala serta keletihan. Hasil daripada pemeriksaan fizikal yang
dilakukan, pesakit mengalami anemia kerana pesakit kelihatan pucat terutama sekali pada
selaput mukosa mata. Pesakit juga mengalami sesak nafas serta bengkak (oedema)
terutama bahagian kaki. Hasil ujian makmal pula iaitu ujian Full Blood Count (FBC)
mendapati tahap Hb pesakit tersebut dibawah paras normal iaitu 10.2gm%.

PENCARIAN LITERATUR

Anemia adalah keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah atau keupayaan
membawa oksigen tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi yang berbezabeza mengikut umur, jantina, ketinggian, merokok, dan status kehamilan. Kekurangan zat
besi adalah dianggap sebagai punca anemia yang paling biasa di peringkat global,
walaupun melibatkan elemen lain, seperti folat, kekurangan vitamin B12 dan vitamin A,
keradangan yang kronik, jangkitan parasit, dan faktor keturunan juga boleh menyebabkan
anemia. Dalam keadaan yang teruk, ia dikaitkan dengan keletihan, lemah, pening dan
mengantuk terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak. (World Health
Organization,WHO.2003)
Sel darah merah membawa hemoglobin dan melekat kepada oksigen dalam paruparu dan membawa kepada tisu di seluruh badan. Anemia berlaku apabila pesakit tidak
mempunyai sel darah merah atau apabila sel-sel darah merah tidak berfungsi dengan
betul. Ia disahkan apabila ujian darah menunjukkan nilai hemoglobin kurang daripada
13.5 gm / dl dalam seorang lelaki atau kurang daripada 12.0 gm / dl dalam wanita. Nilainilai biasa untuk kanak-kanak berbeza-beza dengan usia. (Jack Wilson,2001)

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


Institut Kebangsaan Kesihatan dan Kecemerlangan Klinikal (NICE) menyatakan
bahawa wanita harus membuat saringan untuk anemia pada minggu ke-28
kehamilan.Anaemia ditakrifkan sebagai tahap Hb <11.0 g/dL. Dalam trimester kedua dan
ketiga peringkat diagnostik untuk anemia adalah tahap Hb daripada <10.5 g / dL. Selepas
bersalin tahap diagnostik ialah 10.0 g / dL.Kekurangan ion 85% daripada semua kes-kes
anemia yang dikenal pasti dan dicirikan oleh rendah jumlah sel min (MCV). Ia biasanya
disebabkan oleh kekurangan pemakanan atau kehilangan darah yang banyak semasa haid.
(Zegwar smith,UK.2006)

PENEMUAN
Salah satu punca utama kematian ibu hamil di Malaysia pada tahun 1996 adalah
Pendarahan Postpartum (PPH) iaitu lebih kurang 20% daripada kesemua kematian ibu
hamil. Ini jelas menunjukkan bahawa anemia semasa hamil adalah golongan yang
berisiko tinggi kerana wanita yang mempunyai paras Hb yang rendah tidak akan mampu
menampung kehilangan darah yang banyak berbanding dengan wanita yang menpunyai
paras Hb yang normal.
Adalah normal bagi ibu hamil mengidapi anemia ringan ketika mengandung.
Tetapi sesetengah orang mungkin mengalami anemia yang lebih serius akibat dari
rendahnya kadar zat besi atau vitamin. Anemia akan menyebabkan ibu merasa sesak
nafas dan lemah. Jika anemia terjadi secara serius dan tidak diubati, ia dapat
meningkatkan risiko berlakunya komplikasi serius, seperti kelahiran bayi pra-matang.
Semua wanita hamil berisiko untuk menghidapi anemia, kerana mereka
memerlukan lebih banyak asid folik dan zat besi. Tetapi risiko akan lebih tinggi dalam
keadaan seperti kehamilan berkembar, dua kehamilan berdekatan,muntah yang banyak
(morning sickness),kehamilan diusia remaja,tidak mengambil makanan yang kaya zat
besi.
Tanda dan gejala pesakit yang mengalami anemia akan berada dalam keletihan.
Muka juga kelihatan pucat, mukosa mata juga pucat (konjungtiva),lemah anggota badan
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


dan kadang kala pengsan secara tiba-tiba ini kerana bekalan oksigen dalam darah tidak
mencukupi untuk sampai kepada otak. Kadang kala ibu mengalami kesukaran untuk
bernafas atau sesak nafas. Perkara ini disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah
iaitu keadaan hipoksia. Anemia yang amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di
mana output jantung meningkat dengan jelas serta membawa kepada palpitasi dan
berpeluh. Proses ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Selain itu juga menjadi
mudah lupa kerana otak kurang menerima darah beroksigen daripada tubuh badan.

PERBINCANGAN DAN HUJAH

Keperluan zat besi semasa hamil akan meningkat dengan ketara. Zat besi adalah
penting untuk membina hemoglobin iaitu sejenis protein dalam sel-sel darah merah yang
membawa oksigen ke sel-sel lain . Semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan
meningkatkan sehingga hampir 50 peratus lebih daripada biasa,dan pesakit memerlukan
lebih banyak zat besi untuk membina lebih banyak hemoglobin untuk di tampung ke
seluruh badan. Pesakit juga memerlukan zat besi tambahan untuk bayi dan plasenta.
Tetapi kebanyakan wanita apabila mula mengandung mengalami masalah
kekurangan zat besi dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan yang semakin
meningkat, terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Jika paras hemoglobin masih lagi
rendah di bawah paras normal dan tidak mampu di tingkatkan jumlahnya pesakit akan
mengalami keadaan anemia. Risiko adalah lebih tinggi jika pesakit mempunyai demam
pagi yang teruk menyebabkan muntah yang kerap, jarak kehamilan yang rapat,
mengandung anak kembar, pemakanan yang kurang zat besi, atau jika aliran haid prakehamilan yang terlalu banyak.
Oleh itu setiap wanita mengandung perlu mengambil makanan tambahan zat besi
18 hingga 27 miligram (mg ) bagi setiap hari kerana sukar untuk mendapatkan zat besi
yang cukup melalui diet sahaja.Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa
mengakibatkan anemia semasa kehamilan, tetapi ia bukan satu-satunya sebab. Pesakit
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


juga boleh menghidapi anemia akibat kekurangan asid folik atau vitamin B12, yang
mengakibatkan kehilangan darah yang banyak, atau penyakit gangguan darah yang
diwarisi seperti thalassemia atau G6PD (glucose 6 phosphate deficiency)
Semasa ibu hamil yang menghidapi anemia datang untuk pemeriksaan antenatal,
tanda-tanda keterukan anemia boleh dilihat seperti pesakit dalam keadaan letih dan tidak
berdaya, susah bernafas ketika membuat sesuatu aktiviti, rasa pening dan sakit kepala,
orthopnea (keadaan pesakit susah bernafas dalam keadaan terlentang), nadi pantas dan
rasa gemuruh (palpitation), denyutan jantung lebih dari 100/minit, bengkak atau sembab
(oedema) terutama bahagian kaki dan juga pernafasan cepat > 20/minit.
Hasil pemeriksaan fizikal pula mendapati pesakit kelihatan pucat terutama sekali
selaput mukosa mata dan dibahagian tapak tangan. Periksa tanda-tanda lain seperti,
jaundice, angular stomatitis, lidah licin dan pucat (smooth tounge) dan koilonychia (kuku
berbentuk seperti sudu dan berkilat). Periksa sistem kardiovaskular untuk memastikan
pesakit tiada tanda-tanda kegagalan jantung( cardiac failure) terutama kes anemia yang
teruk.
Tanda-tanda dan gejala kegagalan left ventricle:

Sesak nafas
Basal crepitation
3rd/4th heart sound
Takikardia, HR > 100/minit
Denyutan jantung yang tak menentu
Orthopnea

Penyiasatan bagi anemia antaranya adalah dengan melakukan ujian Full blood
count (FBC) untuk mengukur kadar Hb dalam darah. Seterusnya ujian air kencing
(UFEME) untuk mengesan jangkitan salur air kencing. Boleh juga dilakukan ujian
terhadap najis untuk mengesan infestasi cacing.
Keadaan anemia ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi jika tidak dirawat
dengan sempurna. Komplikasinya boleh terbahagi kepada dua iaitu secara lansung dan
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


tidak lansung. Antara komplikasi secara lansung adalah keguguran, premature labour,
intrauterine growth retardation, kematian bayi dalam kandungan, jangkitan dan laktasi
tidak mencukupi. Manakala komplikasi tidak lansung adalah pendarahan postpartum,
septicaemia, septic shock, congestive cardiac failure,acute pulmonary oedema dan akhir
sekali pulmonary embolism.

PENYELESAIAN
Pesakit hendaklah disiasat dan diberikan kaunseling berkenaan diet rawatan. Bagi
meningkatkan paras Hb dalam darah, pesakit perlu mengambil tablet zat besi seperti
ferus Fumarate 400mg sehari, serta Folic asid 5mg sehari, Vitamin Bco 1 biji sehari
dan Vitamin C 100mg sehari. Sekiranya pesakit tidak boleh ambil oral terapi, mulakan
rawatan Iron dextran yang diberikan selama 10 hari berturut-turut jika Hb gagal di
tingkatkan
Rawatan iron dextran:
Formula untuk mengira jumlah iron dextran:
i)

Iron yang diperlukan dalam mg


[14.8-Hb pesakit g%] x berat badan (kg) x3 =____________mg elemental
*satu ampul iron dextran (2cc) mengandungi 50mg elemental iron setiap 1cc
(100mg)
Inferon yang diperlukan dalam mls

ii)

13 x berat (kg) x kekurangan Hb% + 10


1000

Seterusanya meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi. Galakkan ibu


mengambil makanan punca haiwan (jadual 1). Makanan laut (jadual 2) atau telur (jadual
3) sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu.
Makanan
Hati ayam

Kandungan Zat besi (mg)


10.2
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


Hati lembu
Paru-paru lembu
Jantung ayam
Daging lembu tanpa lemak
Hempedal ayam
Peha ayam
Dada ayam

9.0
8.3
2.8
2.2
1.8
1.0
0.9
Jadual 1

Makanan
kerang
lala
kupang
Sardin dalam tin
ketam
Ikan keli

Kandungan zat besi (mg)


13.2
6.7
3.8
2.7
1.0
1.6
Jadual 2

makanan
Telur masin
Kuning telur ayam
Telur puyuh
Telur ayam

Kandungan zat besi (mg)


8.7
7.9
3.1
2.4
Jadual 3

Meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan dengan mengalakkan pesakit


mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sebagai pembasuh mulut atau
dessert. Galakkan pesakit memerah perahan air limau ke atas makanan.Untuk
mengurangkan penghalang penyerapan zat besi dari makanan serta pesakit diminta
mengelakkan meminum teh dan kopi bersama hidangan makanan

RUMUSAN

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


Kesimpulannya, anemia boleh terjadi pada setiap kehamilan. Oleh itu, langkah
berjaga-jaga haruslah diambil. Anemia yang terjadi semasa trimester pertama boleh
menyebabkan keguguran.
Kemudian, anemia yang terjadi pada trimester kedua menyebabkan kelahiran
pramatang, gangguan pertumbuhan janin dan jika teruk boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, setiap ibu mengandung haruslah datang ke klinik kesihatan secara berkala untuk
memantau tahap Hb dalam darah serta mengawasi dan mengesan tanda-tanda anemia
dengan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Amat penting juga untuk pihak klinik mahupun hospital untuk mengenal pasti
punca anemia yang berlaku dan memberikan rawatan yang berkaitan.Pesakit juga sendiri
haruslah memakan tablet zat besi mengikut arahan yang telah ditetapkan serta mengambil
diet yang sempurna dan penuh dengan zat besi bagi mengelakkan keadaan anemia
tersebut terjadi dengan lebih teruk dan seterusnya membawa kepada komplikasi yang
tidak di ingini.

SENARAI RUJUKAN

1. Defination of anemia (KKM)


2. Dr A.Baskaran, N Sivalingam; Guidebooks in obstetric and gynaecology for
medical officer; Anemia in pregnancy; Pg 52-57
3. Protocol from seremban hospital ; Management of anemia in pregnancy.
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG]


4. Van Meter KW (2005). "A systematic review of the application of hyperbaric
oxygen in the treatment of severe anemia: an evidence-based approach
(pendekatan berdasarkan pembuktian)"
5. Vincent JL, Baron JF, Reinhart K, et al (2002). "Anemia and blood transfusion in
critically ill patients

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

Anda mungkin juga menyukai