Anda di halaman 1dari 15

Definisi

Kekurangan zat makanan (KZM) adalah penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan
antara kalori atau karbohodrat dengan keperluan tenaga atau dengan kata lain, kekurangan
tenaga dan protein.
Apabila pengambilan makanan tidak seimbang dengan keperluan kalori, maka
kebarangkalian untuk mendaoat KZM sangat tinggi.
Anak-anak yang tergolong dalam KZM, tidak mampu mencapai tahap optia terutamanya
dari fizikal, sosial, mental, intelektual dan kesannya kekal sepanjang hayat.

Tiga peringkat kurang zat makanan:


1) Dikenali sebagai kurang tenaga protein ringan. Pada tahap ini, belum dapat dikenakpasti
tanda-tanda khusus. Berat badan kanak-kanak hanya mencapai 80% daripada berat badan
normal.
2) Kurang tenaga protein sederhana yang mana pada tahap ini, berat badan kanak-kanak
hanya mencapai 70% daripada berat badan normal. Terdapat tanda yang jelas boleh dilihat,
misalnya wajah menjadi pucat dan warna rambut berubah menjadi agak kemerah-merahan.
3) Kurang tenaga protein berat dan terbahagi kepada dua iaitu, Marasmus dan Kwashiorkor
merupakan peringkat yang teruk. Tanda Marasmus ialah berat badan hanya mencapai kirakira 60% daripada berat badan normal dan Kwashiorkor pula mempunyai tanda yang jelas,
seperti kaki mengalami pembengkakkan, rambut berwarna merah dan gugur, mata menjadi
rabun, kornea mengalami kekeringan dan keradangan. Selain itu, terdapat juga gejala lain
seperti mudah diserang penyakit lain; antaranya anemia, cirit-birit, kulit dan bibir mudah
sensitif.

TANDA TIDAK CUKUP ZAT


Bagi menjamin anak mencapai potensi dengan sepenuhnya, adalah penting bagi ibu bapa
memberikan makanan yang sesuai dengan jumlah yang betul di samping menggalakkan
mereka bergiat dalam aktiviti fizikal.
Antara yang diperlukan ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan Vitamin A. zat besi boleh
diperoleh daripada daging, ikan, hati, kuning telur, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan
sayur jenis kekacang.
Kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan terhadap
perkembangan mental atau perkembangan saraf motor dan perubahan tingkah laku.
Kekurangannya juga boleh membuatkan anak tidak dapat memberi tumpuan, pucat dan
lesu.

Gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas
berpunca daripada kekurangan zink. Tanda-tanda anak kekurangan zink dapat dilihat apabila
mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Zink boleh diperoleh dengan
memberi anak makan daging, kekacang seperti sayur kacang, pis, dal dan kacang tanah.
Jika anak sering mengadu sakit otot, sakit badan dan kekejangan otot atau ibu bapa melihat
kuku mereka rapuh, kulit kering dan bersisik, bermakna mereka kekurangan kalsium.
Ia boleh mengakibatkan tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang, penyakit riket dan
osteoporosis apabila umur meningkat. Bagi mengelakkan gejala ini, ibu bapa digalakkan
memberi anak makanan seperti susu, sardin, ikan bilis, sayur berdaun hijau dan produk
kacang.
Iodin juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia boleh dibekalkan oleh makanan seperti
rumpai laut, makanan laut, telur, daging dan produk tenusu.
Kekurangannya boleh mengakibatkan kerosakan otak, hipotiroid, pertumbuhan kognitif dan
perkembangan saraf motor terjejas. Tanda-tanda seperti bengkak di leher dan mata terbonjol
mungkin menunjukkan bahawa anak kekurangan sumber zat ini.
Vitamin A pula penting untuk kesihatan mata anak. Kekurangannya boleh mengakibatkan
penglihatan terjejas teruk, buta dan meningkatkan risiko diserang penyakit teruk.
Mungkin membawa kepada masalah rabun waktu malam. Hati, limau dan sayur-sayuran
serta sayur berdaun hijau tua adalah pembekal Vitamin A.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui kanak-kanak mengalami


kekurangan zat makanan?
1. Pertumbuhan kanak-kanak mestilah mengikut corak pertumbuhannya.
2. Timbang berat dan ukur ketinggiannya, buat perbandingan dengan standard-carta
pertumbuhan (Growth Chart). Plot nilai berat badan dan ketinggian anak pada carta
berat badan & ketinggian mengikut jantina. (Refer growth chart CDC-weight and
stature for age for boys and girls).
3. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (IJT) a.k.a. Body Mass Index (BMI) boleh dikira
dengan rumus BMI= Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi) (m2). Kemudian, plotkan BMI anak
pada carta BMI. If your child's BMI is:
- <5th percentile: underweight
- between 5th percentile to 85th percentile: normal
- >85th percentile: overweight
- >95th percentile: obese

* Oleh yang demikian, KZM boleh didefinisikan apabila BMI anak anda < 5th
percentile.

Apakah yang patut kanak-kanak makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi
makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak
tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau
marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
1. Tambahkan marjerin, mentega kacang atau keju ke atas biskut kraker

2. Tambahkan marjerin lembut (soft margerine), mentega kacang (peanut


butter) atau keju ke atas roti

3. Tambahkan ayam / daging / minyak / marjerin ke dalam masakan bubur

4. tambahkan susu / minyak / marjerin / keju ke dalam telur

5. Tambahkan serbuk coklat atau ais krim ke dalam susu

6. Tambahkan susu / minyak / merjerin ke dalam kentang lenyek

Menu bagi Kanak-kanak 1-3 tahun (950 kcal)


Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
1 keping roti bakar
Minum Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
Makan Tengahari
1/2 cawan nasi putih
1 keping telur dadar (1 biji telur + kobis bunga + putik jagung + bayam)
Sup sayur (sawi + lobak merah+ kobis bunga + putik jagung)
1 gelas air kosong
1 potong betik
Makan Malam
Mi sup
- 1/2 cawan mi
- ayam + kentang
- sayur (sawi + kobis + lobak merah + kobis bunga)
1 gelas air kosong

Menu Kanak-kanak 4-6 tahun (1300 kcal)


Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim berperisa coklat

1 keping lempeng kentang (+ 1/2 cawan susu penuh krim)


Minum Pagi
1 keping kek coklat
1 gelas air kosong
Makan Tengahari
1/2 cawan nasi
Sup ayam (+ 1/2 kentang, lobak merah, seleri, bayam)
1 gelas air kosong
1 potong tembikai
Minum Petang
1 ketul cekodok pisang (sederhana besar)
1 gelas air kosong
Makan Malam
1 set sandwich ayam
-1 ketul ayam yang dicarik isinya
-Timun + salad + tomato
-1/2 sudu teh marjerin lembut + 1/2 sudu teh mayonis
1 gelas jus epal tanpa gula
Minum Malam
1 gelas susu penuh krim berperisa coklat

Cabaran Makanan Berkhasiat


Makanan tidak berkhasiat menjadi punca satu daripada dua kematian yang dikaitkan
dengan penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun di
negara-negara membangun.
Seorang daripada dua kanak-kanak Afrika berhadapan dengan masalah kekurangan

khasiat makanan meninggal dunia ketika di hospital disebabkan penjagaan yang


tidak sempurna.
Seorang daripada empat kanak-kanak pra sekolah tidak mendapat makanan
berkhasiat yang menjejaskan pertumbuhan mental dan fizikal.
Kurang makanan berkhasiat di kalangan wanita hamil di negara membangun
menyebabkan seorang daripada enam bayi dilahirkan dengan kurang berat badan.
Keadaan ini bukan saja menjadi punca kematian tetapi juga mempengaruhi
keupayaan pembelajaran, mental, kesihatan, buta dan kematian pramatang.
Pemakanan tidak sempurna di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah punca kepada
satu pertiga kes kekurangan zat makanan.
Seorang daripada tiga orang di negara membangun kesihatannya terjejas kerana
kekurangan vitamin dan mineral. Ia mendedahkan mereka pada risiko jangkitan,
kelahiran yang cacat (birth defects), kecacatan fizikal dan perkembangan
intelektualnya.
Kekurangan zink yang dikaitkan dengan kekurangan imun dan cirit-birit
40 juta pesakit HIV/Aids terdedah kepada risiko makanan yang tidak berzat dan
makanan yang tidak bersih.
Dua daripada tiga orang yang obes atau terlebih berat tinggal di negara membangun
dengan majoritinya di negara yang sedang berkembang ekonominya.
Menjelang 2010, lebih ramai mereka yang obes tinggal di negara membangun
berbanding negara maju. Penyakit berkaitan pemakanan dijangka mengambil alih
setengah daripada statistik penyakit dunia.

Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan


Pemulihan kanak-kanak kurang zat makanan

PENGENALAN
Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan atau juga dikenali
sebagai Program Bakul Makanan merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan
taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak bawah enam tahun. Ia mula
dilaksanakan pada tahun 1989 di seluruh negara. Dalam program ini, kanak-kanak
yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk membantu mereka
memperolehi makanan yang seimbang dan berkhasiat, supaya dapat mencapai
pertumbuhan fizikal dan mental yang optima. Kanak-kanak yang terbabit juga akan
diberi rawatan sekiranya mengidap sebarang penyakit, imunisasi, pendidikan
kesihatan dan jagaan kesihatan serta pengawasan yang rapi.

Bermula tahun 2006 hingga 2008, usaha bagi penambahbaikan program telah
dilaksanakan. Ini termasuk penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan,
penambahbaikan terhadap makanan yang dibekalkan, peningkatan harga bakul
makanan, dan peluasan skop penerima bakul makanan seiring dengan peningkatan
Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar yang telah ditetapkan oleh Unit
Perancang Ekonomi.

PELAKSANAAN
Objektif Umum
Untuk meningkatkan status pemakanan kanak-kanak daripada keluarga miskin tegar
yang berumur di antara 6 bulan hingga bawah 6 tahun yang mengalami masalah
kurang berat badan.
Objektif Khusus
Untuk memulihkan kanak-kanak daripada keluarga miskin tegar yang berumur di
antara 6 bulan hingga bawah 6 tahun yang mengalami:
Kurang berat badan teruk (berat-untuk-umur < - 3SD) sehingga dapat mencapai
berat badan yang memuaskan (pertambahan berat badan selama 6 bulan berturutturut).
Kurang berat badan sederhana (berat-untuk-umur - 3SD hingga < - 2SD) sehingga
dapat mencapai berat badan yang memuaskan (pertambahan berat badan 3 bulan
berturut-turut).

Kumpulan Sasaran

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di antara enam bulan hingga


bawah enam tahun daripada keluarga miskin tegar.

Aktiviti Yang Dijalankan


Kanak-kanak yang layak menerima bantuan dikenal pasti melalui aktiviti
pengawasan pertumbuhan kanak-kanak bawah enam tahun yang dijalankan secara
rutin di klinik kesihatan. Kanak-kanak yang layak menerima bantuan akan didaftar
dalam Buku Rekod Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan. Bantuan akan diberikan
selepas sebulan kes didaftar, dan setelah penyiasatan ke rumah dibuat bagi menilai
kelayakan mereka. Ibu bapa atau penjaga akan datang ke klinik kesihatan untuk
mengambil bakul makanan. Bagi kes yang betul-betul tidak boleh datang ke klinik
kesihatan, bakul makanan akan dihantar ke rumah mereka semasa lawatan
penyeliaan atau melalui klinik bergerak.

Setiap kanak-kanak yang layak akan dibekalkan dengan makanan asas, susu tepung
penuh krim dan multivitamin. Bahan makanan asas yang dibekalkan telah dikaji
semula pada tahun 2007 dan 2008. Makanan asas yang terdapat dalam pakej
terbaru ini adalah beras, bijirin sarapan, biskut, marjerin, telur, multivitamin, ikan
sardin, ikan bilis, bihun, serbuk malt coklat, minyak masak dan susu formula khas.
Terdapat 13 cadangan kombinasi makanan asas yang boleh dibekalkan kepada
kanak-kanak ini. Harga bagi setiap kombinasi ini adalah anggaran RM150.00.

Kriteria Kelayakan
Kriteria kelayakan terbaru yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2009 adalah
seperti berikut:
Kanak-kanak warga negara Malaysia yang berumur di antara 6 bulan hingga bawah
6 tahun daripada keluarga miskin tegar (pendapatan kurang daripada RM430 bagi
Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM540 bagi Sabah dan kurang daripada
RM520 bagi Sarawak).
Kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan iaitu:
Kurang berat badan teruk atau
Kurang berat badan sederhana dan berat-untuk-tinggi < 2SD atau
Kurang berat badan sederhana dan berat-untuk-tinggi > 2SD tetapi tiada kenaikan
berat badan selama 3 bulan berturut-turut atau

Kurang berat badan teruk dengan masalah kongenital atau dengan tanda-tanda
marasmus atau kwashiorkor atau
Kurang berat badan sederhana dengan masalah kongenital atau dengan tandatanda marasmus atau kwashiorkor

Kriteria Pulih
Kriteria pulih yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2009 adalah seperti berikut:
Bagi kanak-kanak kurang berat badan sederhana, kes dikira pulih sekiranya terdapat
peningkatan berat badan (mengikut lengkok tumbesaran) selama 3 bulan berturutturut, dan berat-untuk-tinggi adalah normal, iaitu > 2SD.
Bagi kanak-kanak kurang berat badan teruk, kes dikira pulih sekiranya terdapat
peningkatan berat badan (mengikut lengkok tumbesaran) selama 6 bulan berturutturut, dan berat untuk-umur melepasi garisan 3SD, dan berat-untuk-tinggi
adalah normal, iaitu > 2SD.
Telah disahkan pulih oleh pegawai perubatan.

Kriteria Pemberhentian Bekalan Makanan


Bantuan makanan akan diberhentikan apabila kes telah disahkan pulih, atau atas
sebab-sebab lain seperti masuk sekolah atau berpindah, tidak dapat dikesan,
enggan menerima bantuan atau meninggal dunia, atau keluarga sudah mampu
(pendapatan telah melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan Tegar).

FAEDAH KEPADA KKM / PARA PROFESIONAL / ORANG RAMAI


Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) telah
memberi faedah kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak kurang zat makanan.
Sejak program ini dijalankan, lebih daripada separuh kanak-kanak yang mengalami
masalah kurang zat makanan telah dapat dipulihkan. Data dari tahun 2003 hingga
2007 menunjukkan bahawa jumlah kanak-kanak yang pulih adalah seramai 6, 244
orang.

RANCANGAN MASA DEPAN


Di masa akan datang, program ini akan diperluaskan kepada lebih ramai kanakkanak yang mengalami masalah kurang zat makanan, supaya mereka dapat
mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima. Garis panduan program
yang baru akan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan anggota kesihatan
dalam mengendalikan kanak-kanak kurang zat makanan. Mekanisme rujukan
kepada agensi-agensi yang berkaitan juga akan diperkukuhkan.

Rujukan
http://ezureen.blogspot.com/2009/04/jangan-pandang-ringan-jika-anak-anda.html
http://jknpenang.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=207
http://cyberslimcenter.com/blog/punca-kegemukan-4-kekurangan-zat-dalam-makanan/
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=409335
http://raihansakinah.blogspot.com/2009/09/panduan-pemakanan-bagi-kanak-kanak-yang.html
http://www.sabah.gov.my/jpka/kzm.html
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Remaja/KEKURANGANZATMAKANAN.php
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=299596
http://www.nutrition.moh.gov.my/index.php/program-pemakanan/program-pemulihan-kanakkanak-kekurangan-zat-makanan

LAMPIRAN

Nama: Muhammad Hafiz Bin Mohamad


Rn: BA 07686
Tinggi: 119cm
Berat: 16 kg
BMI: 11.3
Sekolah:Sk Kuak Luar
Tarikh lahir: 10 april 2003

Anak ke: 8
Nama Ibu: Abidah Binti Yunus
No k/p: 620528-02-5896
Pendapatan: rm 500.00

Anda mungkin juga menyukai