Anda di halaman 1dari 10

Jaundis

Definisi
Satu keadaan di mana paras serum bilirubin melebihi paras normal akibat daripada pemecahan
sel darah merah yang berlebihan. Kelihatan kekuningan di kulit, selaput mukosa dan sklera mata.

- Berlaku dalam masa umur bayi antara 1 – 28 hari.


- Jaundis berlaku apabila paras bilirubin 2 – 3 mg/dl (34 – 51 mol/L)

Jenis-jenis jaundis

1. Fisiologikal jaundis (physiologic jaundice)


2. Patologikal jaundis (pathological jaundice)

1. Fisiologikal jaundis
- Jaundis ini berlaku pada bayi berusia 2 – 3 hari selepas lahir dan jaundis akan hilang pada hari
ke 7 – 10.
- Paras serum bilirubin kurang daripada 200 umol/L (12 mg/dl)
- Ia berlaku kerana pemecahan sel darah merah yang berlebihan kerana bayi tidak memerlukan
paras haemoglobin yang tinggi selepas bayi dilahirkan. (paras haemoglobin yang tinggi
diperlukan semasa dalam uterus untuk membekalkan oksigen dan zat makanan pada fetus).
- Pada masa ini juga hepar bayi belum begitu matang, jadi ia kurang mengeluarkan enzim
glucuronyl transferase untuk menukarkan unconjugated bilirubin kepada conjugated bilirubin.
- Unconjugated bilirubin yang berlebihan menyebabkan jaundis

2. Patologikal jaundis
- Jaundis berlaku dalam 24 jam pertama umur bayi  hemolisis
sel darah merah berlaku
- Serum bilirubin berada di paras 250 umol/L
- Jaundis masih kelihatan dalam masa 10 hari.
Manifestasi klinikal
1.Keadaan am
 Muncul 24 jam selepas lahir menunjukkan patologikal jaundis manakala fisiologi jaundis
berlaku pada hari ke 3 dan serum bilirubin meningkat pada hari ke 5 atau ke 6.

2.Kulit
 Kekuningan di kulit

- Kekuningan bertambah ke dada, badan dan kaki


- Blanching test dilakukan iaitu dengan cara menekan jari di dahi bayi dan bila diangkat kelihatan
kuning menandakan jaundis bertambah teruk

3. Mucous Membrane
Kuning kelihatan di konjuntiva mata

4. Urin
 menjadi kuning pekat disebabkan conjugated bilirubin iaitu urobilinogen, disingkirkan melalui
urin

5. Najis
 berwarna kuning gelap kerana penyingkiran stercobilinogen dalam najis.

6. Hepatomegaly dan splenomegaly


 Akibat pemecahan sel darah merah yang berlebihan

7. Bagi kes G6PD Deficiency kekuningan berlaku pada hari ke 2 dan ke 4 kerana hemolisis yang
berlebihan.

8. Anaemia akibat pemecahan sel darah merah yang banyak


9. Jangkitan umbilical (hari ke 3 atau ke 4)
- demam
- umbilical kemerahan
- bengkak
- bernanah dan ada discaj serta berbau busuk

10. Bayi kurang menghisap susu, suka tidur, kelihatan lethargy


dan tidak aktif adalah tanda awal kejadian kernikterus kerana
unconjugated bilirubin tinggi dalam darah.

Penyiasan dan pemeriksaan


1. Pengambilan sejarah
a. Antenatal – sejarah ibu ada diabetes, jangkitan semasa
mengandung, status VDRL dan ubatan
b. Sejarah kelahiran – trauma semasa dilahirkan, jangkamasa
kandungan dan jangkamasa kelahiran
c. Sejarah keluarga – anaemia, G6PD

2. Pemeriksaan fizikal bayi


a. Menilai tahap jaundis – muka saja atau seluruh tubuh
b. Berat badan semasa lahir
c. Tanda kecederaan seperti cephalhematoma
d. Tanda infeksi seperti umbilical discharge
3. Pemeriksaan makmal

Bil Hemolytic Jaundice Obstructive Jaundice


1 Serum bilirubin Serum bilirubin
unconjugated -  unconjugated – lebih kurang

2 Conjugated – Normal Conjugated – sederhana 

3 Urine bilirubin – Negative Urine bilirubin - 

4 Urobilinogen Urobilinogen
stool -  stool - 
urine -  urine - 

5. Comb’s test – negatif / positif


6. Kumpulan darah – mengesan Rh dan ABO inkompatibiliti
7. G6PD – mengesan kekurangan enzim G6PD
8. HBTWDC – mengesan anaemia dan jangkitan
9. Retikulosit Count – mengesan paras / kadar hemolisis
10. Peripheral smear – mengesan kematangan dan keabnormalan
RBC

* Tujuan rawatan adalah untuk mengelak kejadian bilirubin


encephalopathy (kernicterus).

Penyiasatan akan dimulakan jika:


1. Jaundis kelihatan pada 24 jam pertama kehidupan bayi
2. Jaundis berterusan selepas 10 hari umur bayi
Paras serum bilirubin melebihi 250 umol/L atau bayi pramasa.
KOMPLIKASI JAUNDICE
1. Encephalopathy
Bilirubin adalah racun bagi sel-sel otak. Jika bayi memiliki penyakit kuning yang teruk, ada risiko

bilirubin akan ke otak (Acute bilirubin encephalopathy).

2. Kernicterus
Kernicterus adalah sindrom yang terjadi jika Acute bilirubin encephalopathy berlaku ia adalah
disebabkan kerosakan kekal pada otak.Kernicterus mengakibatkan:

 Gerakan yang tidak terkawal (athetoid cerebral palsy)


 Gangguan pendengaran
 Gangguan intelektual

1. Fototerapi (Phototherapy)
2. Pertukaran darah (Blood excahange)

1. Fototerapi
- Rawatan menggunakan sinaran artificial di mana menggunakan:
a. cahaya biru / ultra violet
b. cahaya fluorescent

- Digunakan bila jaundis berlaku dalam masa 24 jam selepas lahir dan serum bilirubin melebihi
170 umol/L
- Bagi bayi neonate matang – fototerapi digunakan sehingga serum bilirubin rendah dari 170
umol/L (10 mg%)
- Penggunaan fototerapi yang betul paras serum bilirubin turun 1 – 2 mg (17-34 umol/L)
Jenis-jenis fototerapi artificial

a. Vickers fototerapi unit


- Menggunakan 4 lampu fluorescent cahaya biru
- Panjang lampu berukuran 59 cm
- Setiap lampu mempunyai kekuatan 40 watt, jarak dari cot ialah
40 cm
- Tidak digunakan lagi kerana rawatan kurang efektif

b. Ameeda fototerapi unit


- Terdiri dari 8 lampu cahaya biru dan 2 lampu cahaya biasa
- Panjang lampu berukuran 43 cm
- Kekuatan 15 watt setiap satu

c. Airsheild fototerapi unit


- Mengandungi 6 lampu cahaya biru dan 2 lampu cahaya biasa
- Panjang 59 cm
- Kekuatan 20 watt setiap satu

d. Fiber optik fototerapi


- Fiber optik fototerapi ini menggunakan kabel fiber optic yang mengandungi 2000 – 2400 ‘acrylic
fibres’ yang menghantar cahaya dari lampu tungsten halogen (tungsten halogen lamp)
ke pad nipis yang mengandungi fiber
- Pad ini dimasukkan ke dalam jaket kertas disposable untuk mengelak dari rosak dan selamat
digunakan pada belakang bayi.
- Bayi boleh memakai baju dan dibalut seperti biasa untuk
menambah kestabilan postural bayi.
- Ibu boleh memberi susu badan dengan bebas tanpa mengganggu rawatan fototerapi
Biliblanket (Ohmeda, Columbia, MD, USA)
- Ia mempunyai sistem yang sofisikated dengan kekuatan
sebanyak 35 mw / cm / nm.
- “Intensified” fototerapi membekalkan irradiant sebanyak 26-40mw / cm / nm jika dibandingkan
dengan irradiant konvensional 7-16 mw / cm / nm.

Tujuan fototerapi dilakukan adalah untuk:


- Mengelakkan pertukaran darah dengan menurunkan paras
‘unconjugated bilirubin’ ke paras normal.
- Bayi yang mengalami jaundis akan dirawat dalam wad jagaan
rapi neonatal

Tanggungjawab jururawat dengan rawatan fototerapi


1. Membuat persediaan dari segi:
i. Persediaan ibu
- Beri sokongan psaikologikal untuk kurangkan kebimbangan dengan menerangkan tujuan
rawatan dan tujuan bayi tidak berpakaian.

ii. Persediaan bayi


- Tutup mata dengan eye pad warna gelap untuk elak kecederaan
pada retina.
- Tutup bahagian kemaluan untuk privasi.
- Dedah bahagian badan bayi
- Pakai cawat yang nipis dan kecil

iii. Persediaan alatan


- Periksa kuasa sinaran foto mencukupi dengan gunakan radiant meter untuk menyukat irradiance

antara 6-12 mw / cm / nm
- Pastikan jarak lampu 30-45 cm dari paras bayi
2. Menukar baringan 2 jam sekali supaya semua permukaan kulit terdedah pada cahaya lampu
3. Periksa suhu badan 4 jam sekali untuk tentukan tiada hipertermia / hipotermia

4. Jagaan kulit – pastikan kulit sentiasa bersih dan kering kerana bayi sentiasa berpeluh

5. Jagaan eliminasi semasa membuang feses dan urin untuk elak iritasi pada kulit akibat dedahan
pada sinaran cahaya dan urin dan feses yang mengandungi bile.

6. Tambahkan pengambilan susu dan cecair yang berlebihan sebab bayi mengalami kehilangan
cecair tubuh melalui urin, feses dan peluh

7. Monitor serum bilirubin setiap 12 – 24 jam untuk mengetahui keberkesanan rawatan dan
mengelak kejadian kernicterus dengan lebih awal.
- Ini bergantung kepada keterukan jaundis.
- Jika paras bilirubin tinggi lebih kerap diperiksa iaitu 6 – 8 jam sekali
- Selepas rawatan fototerapi diberhentikan, specimen serum bilirubin diambil selepas 4 jam
untuk mengesan peningkatan semula.

8. Semasa mengeluarkan bayi dari fototerapi untuk penyusuan, buka eye pad dan pangku bayi
untuk menggalak bonding antara ibu dan bayi

9. Tanggungjawab terhadap penjagaan unit fototerapi


- Bersihkan setiap hari jika digunakan
- Periksa dan tentukan ia boleh digunakan serta catit jumlah
penggunaan bulb sinaran
- Tukar lampu selepas 2000 jam Pada masa ini kaedah ini
digunakan tidak dipraktikkan lagi.
- Ganti tiub fluorescent selepas
200 jam digunakan
- Kaedah baru untuk memeriksa irradiant fototerapi ialah dengan menggunakan radiant meter.
- Irradiant fototerapi diperiksa sekali setiap syif untuk memastikan keberkesanan rawatan yang
diberi
- Pastikan jarak lampu fototerapi 20 cm dari paras bayi- Memastikan kuasa irradiant normal:
i. fototerapi sebanyak 6-12 u / watt / cm / nm dikekalkan
ii. intensif fototerapi adalah 25-30 u / watt / nm.

Kesan sampingan fototerapi


1. Ruam
2. Pigmentasi / skin burns
3. Dehidrasi dengan kulit mengelupas
4. Bronze baby syndrome
5. Diarea
6. Conjunctivitis
7. Cornea burns

2. Pertukaran darah (Blood exchange)


- Jika rawatan fototerapi tidak berkesan, pertukaran darah dilakukan untuk menurunkan kepekatan

bilirubin dalam darah dan mengelak kernicterus.

- Bagi bayi yang cukup bulan tanpa factor risiko, pertukaran darah dilakukan jika serum
unconjugated bilirubin mencapai 400 – 430 umol/L

- Bagi bayi pramasa (premature baby) dengan faktor risiko paras serum bilirubin adalah sebanyak
340 umol/L
- Dalam prosedur ini Dr akan mengeluarkan 20 ml darah bayi dan menggantikan dengan 20 ml
darah dari penderma. Bagi bayi yang tidak sihat dan bayi pramasa sebanyak 5 – 10 ml
darah dikeluarkan dan diganti semula.
- Prosedur ini mengambil masa selama 1-2 jam. Semasa pertukaran darah, pemerhatian terhadap

pH dan PaO2 darah harus dimonitor dengan kerap untuk mengesan bayi dari
 acidosis dan hypoxia.

Anda mungkin juga menyukai