Anda di halaman 1dari 27

JUN 2012

1. .Jururawat menjaga seorang pesakit yang didiagnosa dengan gastritis kronik.Kekurangan


vitamin yang manakah berkaitan dengan keadaan ini?

A. Vitamin A

B. Vitamin C

C. Vitamin E

D. Vitamin B12.

2 .Ibu bapa seorang bayi yang mengalami oesophagia atresia bertanya jururawat tentang cara
pemberian pemakanan kepada bayi mereka.Respon jururawat yang manakah adalah tepat sekali?

A. “Tiub akan dimasukkan kedalam perut melalui hidung”

B. ’’Bayi anda akan diberikan nutrien melalui vena”

C. “Tiub akan dimasukkan keperut menembusi abdomen”

D. ”Anda boleh memberi bayi sedikit makanan dengan kerap”

3. .Apakah pemerhatian yang utama untuk Encik Benz yang didiagnosa mengalami oesophageal
varices?

A. Periksa tekanan darah

B. Periksa status oksigen

C. Galakkan pengambilan nutrisi.

D. Perhatikan tanda dan simptom perdarahan.


4 Matlamat utama dalam jagaan perawatan untuk seorang bayi dengan acute gastroentritis

A. Mengawal infeksi.

B. Kekalkan hydrasi bayi

C. Memulihkan integeriti kulit dipunggung.

D. Mengajar Ibubapa cara pencegahan dari berulang.

5. Puan Tee akan menjalani pembedahan untuk kanser kolorektal.Beliau meluahkan perasaan
takut berkaitan dengan kesakitan dan ketagihan ubat selepas pembedahan. Maklumat berikut
akan diberikan oleh jururawat.

A. Beliau tidak berkemungkinan mengalami ketagihan.

B. Beliau hanya akan diberi ubatan untuk melegakan kesakitan atas permintaannya.

C. Dos ubatan akan dipreskripsi untuk mengawal kesakitan yang berkesan tanpa ketagihan.

D. Semua pesakit akan menerima dos ubatan yang sama untuk melegakan sakit tanpa
ketagihan.

6 .Encik Ali mengalami acute appendicitis dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
Persediaan yang manakah TIDAK akan dilakukan sebelum pembedahan.

A. Pemberian enema atau supositori.

B. Pemberian pramedikasi seperti yang diarahkan.

C. Mengajar senaman pernafasan dalam dan batuk.

D. Memberitahu tentang kemasukan tiub nasogastrik.

7. Jururawat akan memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit yang telah menjalani umbilical
hernia repair. Apakah nasihat yang perlu anda berikan.

A. Galakkan rehat di atas katil.

B. Tingkatkan pengambilan cecair.

C. Hadkan penggunaan analgesik.

D. Elakkan mengangkat barangan berat


8. Jenis pemakanan yang sesuai untuk pesakit yang mengalami liver chirrosis dengan paras
amonia yang tinggi adalah

A. Tinggi glucose

B. Rendah lemak

C. Rendah protein

D. Tinggi karbohidrat

9. Encik Ken mengalami ascites dan dirawat dengan medikasi diuretik. Tindakan kejururawatan
berikut perlu dilakukan,

A. Ases untuk hipervolemia

B. Ases untuk hiperkalemia

C. Timbang pesakit dua minggu sekali

D. Rekod pengambilan dan pengeluaran dengan tepat.

10. Apakah tindakan kejururawatan untuk pesakit yang menpunyai tiub trakeostomi dalam masa
24 jam selepas pembedahan total laryngectomy.

A. Nasihat pesakit untuk berbisik

B. Letak pesakit dalam posisi yang selesa

C. Keluarkan stillet apabila perlu

D. Lakukan sedutan tiub trakeostomi apabila perlu.

11. Seorang pesakit pos bronkoskopi bimbang selepas mendapati kahaknya ada blood stained.
Apakah tindakan kejururawatan anda

A. Puasakan beliau

B. Panggil doktor serta merta.

C. Ajar senaman pernafasan dalam dan batuk selapas bronkoskopi

D. Yakinkan beliau ini adalah biasa selepas bronkoskopi.


12. Seorang pesakit berusia 58 tahun kelihatan drowsy selepas mengambil) chlorpheniramine
(piriton) untuk kongesi nasal.Diagnosa kejururawatan yang dikenalpasti adalah.

A. Risiko jatuh berkaitan dengan kesan sampingan ubatan.

B. Gangguan nutrisi berkaitan dengan kesan sampingan ubatan

C. Gangguan corak pernafasan berkaitan dengan kesan sampingan ubatan.

D. Ineffective airway clearance berkaitan dengan kesan sampingan ubatan.

13. Anda sedang mengajar sekumpulan murid sekolah tentang epistaxis.Tindakan segera yang
yang perlu diberitahu ialah.

A. Picit hidung dan baring lateral

B. Picit hidung dan duduk bongkok kehadapan.

C. Letak warm compress pada hidung dan baring lateral

D. Picit hidung dan duduk dengan kepala mendongak ke belakang

14. Dalam keadaan pleural effusion yang teruk, pesakit akan mengalami pengembangan paru
paru yang terhad dan ini boleh menyebabkan dyspnoea .Apakah rawatan untuk mengurangkan
dyspnoea.

A. Rawat pesakit dalam posisi fowler’s.

B. Beri bronchodilator saperti dipreskripsi.

C. Bantu doktor melakukan thoracentesis.

D. Galak pesakit melakukan senaman pernafasan

15. Seorang pesakit meluahkan perasaan kecewa kerana mengalami pneumonia yang
berulang.Apakah nasihat anda?

A. Elak pergi ke tempat yang sesak.

B. Ambil antibiotik bila perlu.

C. Lakukan aktiviti harian mengikut toleransi.

D. Cadangkan pada pesakit,gunakan oksigen dirumah


16 .Encik Rahman mengalami pneumothorax di masukkan chest tube yang disambungkan ke
underwater seal dranage. Intervensi utama kejururawatan adalah

A, Benarkan pesakit bergerak bebas.

B Kekalkan sistem pengaliran tertutup.

C. Letakan pesakit dalam posisi rekumben.

D. Sukat jumlah darah dalam botol setiap hari.

17. Encik ali telah didiagnosa Chronic Obstrutive Pulmonary Disease (COPD) dibenarkan
pulang selepas beberapa hari rawatan. Pelan Pendidikan yang dirancang adalah penting.

A. Menggalakkan beliau menjadi lebih aktif

B. Memberikan bahan bacaan berkaitan COPD

C. Mengenalpasti irritants dirumah yang mengganggu pernafasan.

D. Mengalakan beliau bersenam untuk meningkatkan tahap oksigen dan kurangkan retensi
karbon dioksida.

18. Sebelum pemberian ubat digoxin kepada seorang dewasa,jururawat perlu memastikan

A. Kadar pernafasan adalah melebihi 20 kali seminit.

B. Kadar tekanan darah adalah kurang 120/80mm/hg

C. Kadar nadi radial adalah melebihi 60 denyutan seminit.

D. Kadar apex beat adalah melebihi 60 denyutan seminit.

19. Encik Aman mengalami myocardial infaction dan meluahkan perasaan takut akan kematian.
Apakah intervensi kejururawatan untuk mengurangkan masalahnya?

A. Beritahu beliau rawatan yang diberikan akan mengawal keadaannya.

B. Galakkan semua ahli keluarga menemani beliau.

C. Beritahu keadaan beliau akan pulih sepenuhnya.

D. Galakkan beliau berkomunikasi dengan pesakit lain


20. Pesakit dengan valve replacement perlu diberi antibiotik profilatik sebelum prosedur invasif
untuk mencegah.

A Bronchitis

B. Pneumonia.

C. Pericarditis

D. Endocarditis

21 Semasa memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit Congestive Cardiac


Failure(CCF),jururawat menggalakan pesakit makan makanan berikut KECUALI

A Yogurt.

B. Ikan bilis

C. Buah buahan.

D. Sayur sayuran hijau

22. Encik Kay dengan sejarah unstable angina mengadu sakit dada melakukan aktiviti fizikal.
Nasihat jururawat kepada beliau ialah

A. Rehat sepenuhnya

B. Lakukan senaman pernafasan.

C Ambil ubat glycerine trinitrate

D Sapu oitment dibahagian dada.

23. Coronary artery disease dikalangan masyarakat masa kini sedang meningkat. Apakah faktor-
faktor modifiable yang mempradispos coronary artery disease.

A. Obesiti dan stress.

B. Jantina dan merokok.

C. Sejarah keluarga dan diet.

D. Umur dan sejarah penyakit

.
24. Pesakit dengan kegagalan jantung ventrikel kanan mungkin mengalami ascites disebabkan

A. Kehilangan kandungan cellular dalam darah

B. Peningkatan tekanan didalam sistem circulatory.

C. Rapid diffusion of solution and solvent into plasma.

D. Pergerakan osmosis yang pantas dari ruang tisu ke sel

25. Nasihat yang diberi kepada pesakit dengan terapi wafarin sebelum discaj adalah.

A. Minum air dengan banyak.

B. Ambil ubat selama 2 minggu sahaja

C. Lakukan pemeriksaan darah untuk elektrolit.

D. Perhatikan tanda tanda perdarahan

26. Kenyataan yang manakah menunjukkan pesakit yang mengalami varicose vein perlu di beri
pendidikan kesihatan semula?

A “Saya mesti memakai stoking elastik ketat”

B. “Saya mesti berjalan 1-2 kilometer setiap hari”

C. “Saya mesti berehat dan tinggikan kaki jika sakit”

D. “Saya mesti menggunakan lif bukannya menggunakan tangga”

27. Tindakan kejururawatan untuk menurunkan tekanan intracranial bagi pesakit post
craniotomy ialah

A. Tinggikan kepala katil pada 300.

B. Naikkan pagar katil setiap masa.

C. Ubah baringan setiap 2 jam sekali.

D. Posisikan pesakit dalam baringan supine.


28. Glasgow coma scale (GCS) Encik Jack yang baru dimasukkan ke wad akibat head injury
menunjukkan respon berikit:-

EYE OPEN To speech


VERBAL RESPON Inappropriate
MOTOR RESPON Localised

Berapakah bacaan skor GCS Encik Jack?

A 10/15

B 11/15

C 12/15

D 13/15

29. Puan Nanny dimasukkan ke wad kerana mengalami relapse epilepsy. Pendidikan
kesihatan yang perlu diberikan sebelum dibenarkan discaj adalah

A. galak pesakit melakukan senaman ringan.

B. ambil makanan apabila mempunyai selera

C. datang ke klinik susulan apabila perlu sahaja

D. teruskan ambil ubat yang diarahkan oleh doctor

30. Puan Minah didiagnosa mengalami Aizheimer’s disease. Semasa temubual didapati
beliau mengalami gangguan proses pemikiran.
Berikut adalah intervensi kejururawatan untuk membantu Puan Minah KECUALI

A. Sediakan persekitaran yang kondusif.

B. Libatkan ahli keluarga dalam penjagaanya

C. Galakan beliau melakukan sendiri aktiviti harian.

D. Senaraikan aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari


31. En. Sam mengalami concussion yang teruk. Doktor mengarahkan pemberian cecair
mannitol .
Sebelum pemberian jururawat akan memastikan

A. cecair disuamkan dan diberi melalui intravena secara bolus

B. cecair disuamkan dan di beri melalui pengaliran intravena dengan perlahan.

C. tiada kristal dalam cecair dan diberi melalui set infuse tanpa penapis.

D. tiada kristal dalam cecair dan menggunakan set infuse berpenapis.

32. Jururawat perlu memastikan posisi pesakit dikekalkan dalam baringan ‘C’ shape
sepanjang prosedur lumbar puncture bertujuan untuk

A. memberi keselesaan kepada pesakit.

B. megekalkan kebocoran cecair serebrospinal

C. mengelakkan kecederaan kepada spinal cord .

D. mempercepatkan pengeluaran cecair serebrospinal.

33. Parkinsonism disebabkan oleh

A. pemusnahan myelin sheath.

B. pemecahan corpora quadrigemini.

C. degenerasi neurons di basal ganglia.

D. kekurangan acethyicholine di receptor synapse

.34. Anda sedang merawat Encik Ding yang mengalami peningkatan tekanan intrakranial
akibat cerebral haemorrage.
Posisi yang perlu dielakkan semasa memberi rawatan kepadanya adalah

A. Supine

B. Neutral

C. Kepala mengiring ke sisi.

D. Kepala katil di naikan 30o.


35. Dua hari selepas close fracture femur, Encik Tan tiba-tiba mengalami sakit dada, dipsnea
dan demam.
Berdasarkan maklumat ini ,jururawat mengesyaki komplikasi ini.

A. Osteomyelitis

B. venus thrombosis

C. Compartment syndrome.

D. Fat embolism syndrome

36. Ibu bapa meluahkan perasaan bersalah dan bimbang tentang penjagaan dan rawatan bayi
mereka yang mengalami congenital clubfoot.Tindakan kejururawatan yang sesuai adalah

A. Cadangkan kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan kaunselor.

B. Bincang dengan ibu bapa masalah dan perasaan mereka.

C. minta ibu bapa berkongsi masalah mereka dengan doktor.

D. Aturkan pertemuan dengan ibu bapa lain yang mempunyai bayi yang telah
berjaya menjalani rawatan yang sama.

37. Jururawat sedang memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit berkaitan dengan
penjagaan (plaster of paris)cast di kakinya sebelum discaj.
Kenyataan manakah yang menunjukkan pesakit memerlukan penjagaan yang lebih
lanjut?

A. “saya perlu melakukan senaman sendi dengan kerap.”

B. “saya perlu meninggikan kaki untuk mengurangkan bengkak”

C. “saya perlu melapurkan sekiranya rasa sakit,kebas atau berbau busuk”

D. “saya perlu menggunakan alat pengering rambut untuk mengurangkan


kegatalan di bawah kas”
38. Pendidikan kesihatan yang manakah akan diberikan oleh jururawat kepada pesakit yang
mempunyai sejarah low back pain?

A senaman walaupun sakit

B. Dapatkan rawatan urutan tradisional

C. Kekalkan berat badan yang disyorkan

D. Tidur terlentang dengan diluruskan

39. seorang pesakit telah menjalani adrenalectomy dua hari yang lalu.
Tindakan kejururawatan yang manakah harus dilakukan semasa menjaga pesakit itu.

A. Sediakan diet yang tinggi protein.

B. Beri ubat steroid seperti diarahkan.

C. Kumpulkan specimen urin untuk 24 jam.

D. Hentika pemberian ubatan selama 48 jam.

40. Anda memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit Diabetes Mellitus untuk
mengelakkan hipoglisemia semasa senaman.
Kenyataan pesakit yang manakah menunjukkan beliau faham.

A. “Masa yang terbaik bagi saya untuk bersenam ialah sebelum tidur.”

B. “Masa yang terbaik bagi saya untuk bersenam ialah sebelum mandi.”

C. “Masa yang terbaik bagi saya untuk bersenam ialah pada lewat petang.”

D. “Masa yang terbaik bagi saya untuk bersenam ialah selepas sarapan pagi.”

41. Pendidikan kesihatan yang perlu anda berikan kepada pesakit yang menerima ubat
levothyroxine adalah ubat diambil

A. pada waktu pagi untuk mengelakkan insomnia .

B. Pada waktu malam untuk menggalakkan tidur.

C. bersama sarapan pagi untuk lebih berkesan .

D. pada waktu tengahari untuk mengelakkan hipoglisemia.


42. Semasa memeriksa tekanan darah untuk pesakit post thyroidectomy, jururawat mendapati
pesakit mengalami spasm pada tanganya.
Ubat yang diberi untuk merawat ini adalah

A. Calcium gluconate

B. Potassium chloride.

C. Sodium bicarbonate.

D. Magnesium sulphate.

43. Puan Nina adalah seorang pesakit exopthalmaus.


Apakah nasihat yang anda akan berikan kepada beliau untuk melindungi matanya dari
mengalami corneal ulcer.

A. Irigasi mata setiap hari

B. Elakkn tempat yang sesak.

C. Elakkan membaca surat khabar

D. Tutupkan mata dengan eye pad sebelum tidur.

44. Jururawat memberikan pendidikkan berkaitan pemakanan Encik Ali yang mengidap
Diabetes Mellitus Type 2.
Kenyataan manakah yang menunjukkkan pesakit memahaminya?

A. “Saya perlu menghadkan makanan berprotin dalam diet saya?.

B. “Saya perlu menghadkan makanan yang mempunyai banyak karbohidrat.”

C. “Saya bernasib baik, saya tidak perlu mengikut diet khas kerana saya ada ubat.”

D. “ Saya bernasib baik saya masih boleh makan semua kek yang saya sukai.”

45. Tindakkan kejururawatan untuk pesakit yang mengalami kesekatan pada pengaliran
peritoneal dialysate ialah

A. Ubah posisi pesakit sisi ke sisi

B. Tolak masuk kateter sebanyak 2 sm.

C. Rendahkan beg pengaliran 30 sm dari paras katil.

D. Teruskan pemberian dialysate saperti diarahkan.


46. seorang pesakit perlu menjalani peritoneal dialysis di rumah. Beliau bimbang tentang
kejadian petritonitis.Apakah tindakan kejururawatan anda?

A. Ajar pesakit tanda dan simtom peritonitis.

B. Terangkan bahawa peritonitis tidak akan berlaku.

C. Nasihat ambil makanan tinggi vitamin C.

D. Ajar beliau teknik aseptic semasa prosedure.

47. Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan gangguan fungsi arteriovenous fistula


(AVF)di tangan seorang pesakit dengan renal failure?

A. Lakukan dressing pada AVF setiap hari.

B. Urut kawasan AVF dengan lemah lembut.

C. Galakkan pesakit ambulasi dengan brhati-hati.

D. Elak mengambil tekanan darah pada tangan terlibat.

48. Pendidikan kesihatan diberikan kepada Cik Mona yang menghidap chronic
pyelonephritis adalah

A. Rehat atas katil.

B. Ambil analgesic secara regular.

C. Ambil antibiotic yang diarahkan.

D. Lakukan rawatan susulan untuk pemeriksaan urine culture.

49. Puan Aina yang dalam keadaan koma, dipasangkan continous bladder drainage
(CBD).Intervensi kejururawatan untuk mencegah ascending infection adalah

A. tukar kateter setiap hari.

B. rekod pengeluaran urin.

C. lakukan vulva swabbing dua kali sehari.

D. ambil spesimen urin untuk penyiasatan.


50. Encik Nga, 80 tahun seorang pesakit yang tidak berdaya, mempunyai decubitus
Ulcer pada bahagian sakrum.Berikut adalah intervensi kejururawatan terhadap beliau
KECUALI

A. berikan antibiotik.

B. lakukan cucian luka.

C. tegangkan cadar katil.

D. tukarkan posisi setiap 2 jam.

51. Puan Kalsom yang menghidap Diabetes Mellitus mengalami gangrene pada kaki
kanannya dan telah dicadangkan amputasi. Beliau kelihatan amat sedih berkaitan
risiko perubahan imej diri.Intervensi kejururawatan yang sesuai untuk beliau adalah

A. beri sedatif

B. biar beliau berseorangan.

C. kenalkan kepada pesakit yang telah menjalani amputasi.

D. ajar beliau senaman relaksasi untuk mengurangkan kesedihan beliau.

52. Puan Jenny berusia 40 tahun telah menjalani laparotomy, untuk membantu dalam proses
penyembahan luka, apakah jenis pemakanan yang perlu diambil?

A. Bijirin, roti dan cecair.

B. sayuran hijau dan cecair.

C. Buah, Citrus, ikan dan cecair.

D. lobak merah,kekacang dan cecair.

53. Ketika melakukan dressing Encik Ahmad anda mendapati bahawa luka telah di jangkiti.
Apakah tanda-tanda luka yang telah dijangkiti?

A. kulit keliling luka kelihatan pucat.

B. kemerahan dengan pembentukan keruping.

C. kemerahan dengan blood stain di insisi luka.

D. kemerahan dan bengkak di bahagian insisi luka.


54. Langkah pencegahan yang paling berkesan dan perlu diamalkan oleh petugas
hospital bagi mengurangkan kejadian nosocomial infection adalah

A. tingkatkan pengambilan antibiotik.

B. tubuhkan jawatan kuasa jangkitan

C. tingkatkan pengambilan diet yang seimbang

D. patuhi teknik mencuci tangan yang berkesan.

55. Puan Jun mengalami recurrent urinary tract infection (UTI).


Berikut adalah pendidikan pesakit yang perlu diberi KECUALI

A. Cuci tangan 5 kali sehari.

B. galakan pesakit minum air yang banyak.

C. tukar seluar dalam lebih kerap dan elakkan memakai seluar ketat.

D. jaga kebersihan diri terutama di bahagian perineum.

56. Puan Aini ,40 tahun dimasukkan ke hospital kerana disyaki demam kepialu (typhoid
fever)Apakah penyiasatan yang akan dijalankan untuk mengesahkan diagnosa?

A. Stool for enterococcus faecalis.

B. stool for Escherichia coli.

C. stool for salmonella typhi.

D. Stool for vibrio cholera.

57. Encik John disahkan menghidapi human immunodeficiency virus (HIV) dan kelihatan
murung. Apakah tindakan kejururwatan untuk mengatasi masalah beliau?

A. Rujuk kepada kaunselor.

B. Biarkan beliau berseorangan.

C. Berikan sedasi yang diarahkan.

D. Galakkan beliau bergaul dengan pesakit lain.


58. Encik Jackie kelihatan bimbang selepas didiagnosa menghidap jangkitaan syphilis.
Apakah nasihat anda kepada beliau?

A. Elak berkongsi tandas dengan orang lain.

B. Elak dari melakukan hubungan seksual.

C. Bawa pasangan untuk penyiasatan dan rawatan

D. Hubungan seksual adalah selamat bila anda mengambil antibiotik.

59. Seorang pesakit telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit kolera.
Tindakan perawatan segera adalah

A. asingkan pesakit diwad

B. notifikasi kepada Jabatan Kesihatan Awam.

C. ambil makanan dan minuman yang dimasak sempurna

D. gunakan tandas yang mempunyai sistem saliran yang baik.

60. Berikut adalah penyakit yang boleh dicegah dan dikawal dengan pemberian vaksin
KECUALI

A. Mumps

B. typhoid

C. influenza

D. Malaria

61. Tujuan utama memberi imunisasi Rubella kepada murid perempuan adalah untuk

A. Melengkap jadual immunisasi.

B. Memenuhi permintaan pihak sekolah.

C Mengurangkan insiden kecacatan congenital janin.

D Memastikan murid tidak dijangkiti penyakit berjangkit


62. Infusi intravena yang bersesuian untuk diberikan kepada pesakit dewasa yang mengalami
kebakaran 50% adalah

A. Dextrose 5%

B Dextrose 10%

C Hartman’s solution .

D 0.45% Normal saline

63. Seorang pesakit telah menjalani pembedahan skin grafting.Tanda awal komplikasi pada
bahagian recipient ialah

A Bengkak

B Kemerahan

C Pengumpulan serum.

D Pendarahan yang berterusan

64. Nizam mengadu iritasi pada matanya. Semasa pemeriksaan didapati kelopak mata Nizam
mengadap ke dalam bola mata. Keadaan ini dikenali sebagai

A. Ptosis

B Chalazion

C Entropion

D Blepharitis

65. Encik John telah selesai menjalani pembedahan right eye cataractcapsular extraction
(RECCE).Berikut adalah pendidikan kesihatan yang perlu diberikan kepada Encik John
KECUALI

A. Elak daripada batuk.

B Teruskan bersenam.

C Menggunakan eye pad semasa tidur.

D Memakai cermin mata gelap.


66. Pendidikan kesihatan yang perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami vertigo dan
tinnitis akibat Meniere’s Disease adalah

A Baring semasa serangan.

B Pastikan rehat yang cukup.

C Makan makanan seimbang .

D Teruskan senaman saperti biasa.

67. Keputusan ujian Rinnie’s test yang negative menunjukkan kehilangan tahap pendengaran
melalui

A. Konduksi udara.

B Konduksi tulang.

C Keseimbangan suara.

D Keseimbangan bunyi.

68. Cik Tina berusia 18 tahun sedang menjalani kemoterapi untuk penyakit leukemia yang
dihadapinya. Antara berikut yang manakah akan menyebabkan gangguan imej diri?

A. Ataxia.

B. Apraxia.

C. Aphasia.

D. Alopecia.

69. Encik Johan didiagnosa mengidap Hodgkin’s lymphoma sedang menerima kemoterapi.
Ini adalah penting untuk memerhati beliau bagi tanda-tanda

A. Infeksi.

B. Ascites

C Splenomegaly.

D Pembentukan thrombus.
70. Intervensi berikut adalah berkaitan pencegahan dan pengesanan kanser KECUALI

A. Ajar pesakit cara mengatasi stress.


B. Motivasi pesakit amalkan cara hidup sihat.
C. Arahkan pesakit makan makanan rendah fiber dan rendah karbohaidrat.
D. Menasihatkan pesakit menjalani pemeriksaan untuk mengesan kanser dua kali
setahun.
71. Kaedah terbaik semasa rawatan kemoterapi bagi mengelakkan berlaku blister pada kulit
adalah melalui.

A. Oral.

B Intra artery.

C Intravenous.

D Central venous access device.

72. Krim topical corticosteroid dipreskripsikan untuk kanak-kanak yang menghidap atopic
dermatitis (eczema). Jururawat mengajar ibu cara yang betul menyapu krim iaitu

A Sapu krim dengan nipis dan gosok pada seluruh badan.

B Sapu krim dengan tebal dan gosok pada seluruh badan setiap empat jam.

C Sapu krim dengan tebal dibahagian yang terlibat setiap empat jam.

D Sapu krim dengan nipis dan gosok kebahagian yang terlibat.

73. Puan Aini berumur 70 tahun menghidapi osteoporosis, telah dinasihatkan untuk
meningkatkqan pengambilan vitamin D.Apakah nasihat permakanan yang anda akan
berikan?

A Lebihkan minum fortified milk.

B Lebihkan makanan kaya dengan protin.

C Lebihkan makan sayuran berdaun hijau.

D Lebihkan makanan kaya dengan karbohidrat.


74. Encik K berumur 70 tahun, masih mampu mengurus dirinya dengan baik. Bagaimana
seorang warga emas boleh mengekalkan kesihatan dirinya?

A. Meningkatkan aktiviti dan bergaul dengan orang muda.

D. Mengekalkan imej diri dan berpakaian saperti orang muda.

C. Melakukan senaman dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

D Menerima hakikat perubahan usia dan meneruskan aktiviti lasak.

75. Encik Ray berumur 75 tahun tinggal bersama anak lelakinya.Semasa lawatan ke
rumah,beliau didapati kurang menjaga kebersihan dirinya.Apakah nasihat yang anda akan
berikan kepada anaknya dalam penjagaan Encik Ray?

A. Temani beliau ke bilik air

B. Lakukan mandi lap di katil

C. Mandikan beliau tiga kali sehari

D. Bantu beliau dalam membersihkan dirinya

76. Encik Dawi seorang warga emas mengalami severe osteoarthritis,tinggal bersama
anaknya.Nasihat yang diberikan kepada anaknya untuk mengekalkan mobilitinya adalah
seperti berikut KECUALI

A. kawal pemakanan untuk elak obesity

B. gunakan alat bantuan untuk bergerak

C. beri analgesic berkala untuk mengawal sakit

D. lakukan senaman sendi untuk kekalkan fungsi sendi

77. Encik Ganesh berumur 65 tahun seorang pesara pengarah di sektor korporat.Perubahan
sosial yang mungkin berlaku kepada Encik Ganesh berhubung dengan persaraannya
adalah

A. hilang hak untuk mengundi

B. tidak perlu membayar cukai jalan

C. hilang hak menggunakan perkhidmatan bank

D. lebih masa terluang untuk aktiviti sosial


78. Objektif lawatan ke rumah perlu dikenal pasti sebelum lawatan bagi tujuan

A. menilai kebolehan keluarga mengatasi masalah

B. memberi gambaran keadaan kesihatan keluarga

C. merancang aktiviti kesihatan yang akan dilakukan

D. mengurangkan jumlah kekerapan kedatangan ke klinik

79. Amirah,primigravida 32 minggu, tidak hadir temujanji antenatal.Apakah tindakan


jururawat?

A. beri temujanji semula

B. lakukan lawatan ke rumah

C. rujuk kepada pegawai perubatan

D. nasihat datang ke klinik bila waktu lapang

80. Puan Sally membawa bayinya yang berusia 3bulan ke klinik untuk imunisasi.Anda
mendapati bayinya demam dengan suhu 38°c.Apakah tindakan kejururawatan anda?

A. Arahkan ibu membawa anaknya ke hospital

B. Berikan imunisasi seperti biasa.

C. Tangguhkan imunisasi hingga minggu hadapan

D. Berikan imunisasi pada lawatan klinik bulan hadapan

81. Semasa memberi pendidikan perancang keluarga kepada ibu,jururawat menerangkan


kaedah yang digunakan untuk menghalang pertemuan antara sperma dan ovum secara
kimia adalah

A. coitus interruptus

B. spermicides

C. diaphragm

D. condom
82. Puan Renny berpindah dari Kampung B ke kawasan operasi anda.Beliau membawa
bayinya yang berusia 3 bulan untuk kali pertama ke klinik dengan hanya menerima
imunisasi BCG dan Hepatitis B.Apakah imunisasi yang perlu diberikan kepada anak
beliau?

A. MMR

B. Dos kedua Hepatitis B

C. Dos pertama DTaP-IPV dan Hib

D. Dos kedua Hepatitis B,dos pertama DTaP-IPV dan Hib

83. Puan Wong terjatuh ketika dibantu oleh jururawat pelatih semasa ambulasi.Siapakah
yang patut menulis laporan insiden?

A. Ketua Jururawat

B. Jururawat pelatih

C. Doktor yang memeriksa pesakit

D. Jururawat terlatih yang menjaga

84. Puan Fredy membawa bayinya berusia 3 bulan yang mengalami ventricular septal defect
buat kali pertama ke klinik.Semasa melakukan pemeriksaan,anda mendapati anaknya
mengalami masalah pertumbuhan dan perkembangan.Apakah tindakan anda?

A. Rujuk kepada pakar jantung

B. Lakukan asesmen kesihatan yang lengkap

C. Nasihat teruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif

D. Berikan tarikh lawatan ke klinik mengikut temujanji biasa


85. Amira didiagnosa mengalami ectopic pregnancy.Semasa mengambil tanda vital,beliau
meminta jururawat membiarkan dia bersendirian.Apakah tindakan yang paling sesuai
diambil oleh jururawat?

A. Tetap berada di sisi pesakit untuk ases status emosi beliau

B. Jelaskan kepentingan asesmen dilakukan di atas beliau setiap 15 hingga 30 minit.

C. Biar pesakit bersendirian dan elak daripada mengganggu beliau untuk beberapa
jam.

D. Berikan informasi kepada pesakit tentang intervensi surgical untuk keadaan yang
dialaminya.

86. Puan Doreen yang disahkan hamil mempunyai masalah incompetent cervix dengan
sejarah mengalami keguguran spontan sebanyak 5 kali.Rawatan yang mungkin
dilaksanakan untuk mencegah keguguran spontan berulang ialah

A. menggunakan ring pessary

B. memberikan prostaglandin

C. menggunakan shirodkar stitch

D. memberi zat besi dan asid folik

87. Puan Aniah yang telah menjalani right mastectomy sedang mengalami kesukaran
menyesuaikan diri berkaitan dengan kehilangan payu daranya.Jururawat mungkin melihat
pesakit menunjukkan kelakuan ini.

A. Meminta analgesik apabila diperlukan

B. Melakukan senaman pada lengan kanannya

C. Enggan melihat dressing di atas lukanya

D. Mengambil antibiotik seperti diarahkan.


88. Anda melakukan asesmen ke atas Puan Ong pada hari kedua selepas beliau melahirkan
bayinya secara normal.Apakah data yang menunjukkan subinvolusi uterus?

A. Pad dengan lokia berwarna kemerahan coklat

B. Ketinggian fundus adalah 2 jari atas paras pusat

C. Membran dan darah beku keluar melalui vagina semasa kencing

D. Sakit di bahagian bawah abdomen akibat kontraksi uterus sekali sekala

89. Gaya kepimpinan participative adalah di mana ketua

A. hanya memberi arahan kepada staf

B. melibatkan staf dalam urusan hal peribadi

C. memberi kebebasan kepada staf untuk membuat keputusan

D. melibatkan staf memberi komen semasa sesi perbincangan

90. Seorang pesakit yang hamil 38 minggu dimasukkan ke wad bersalin dengan aduan
kontraksi dan terdapat sedikit bendalir meleleh sejak 24 jam yang lepas.Sebelum
mengesahkan samada membrannya telah pecah,jururawat harus

A. dapatkan urinnya dan hantar ke makmal untuk pemeriksaan kultur

B. mengambil suhu badan pesakit untuk mengesan infeksi

C. nasihat pesakit mengumpulkan setiap pad yang basah untuk pemerhatian

D. elak melakukan pemeriksaan vagina untuk mencegah kemasukkan mikro-


organisma

91. Jururawat sedang memberikan penjagaan kepada pesakit post left mastectomy.Tindakan
kejururawatan adalah seperti berikut KECUALI

A. tinggikan tangan kiri atas satu bantal

B. posisikan klien pada sisi kanan

C. ambilkan specimen darah dari tangan kanan

D. ambilkan tekanan darah pada tangan kiri.


92. Setelah menerima suntikan anti-D immunoglobulin(Rhogam),pesakit berkata
“Aduh!Sakitnya suntikan ini.Nasib baiklah saya tidak perlu ambil suntikan ini
lagi’’.Yang manakah respon jururawat yang terbaik?

A. ”Ya.Suntikan ini akan melindungi anda sepanjang hayat kehamilan anda.’’

B. ’’Ya.Setelah menerima suntikan ini tubuh anda akan membentuk antibodi


melawan Rh+ve sel darah merah.’’

C. ”sebenarnya ia akan menghalang anda membentuk antibodi sekarang,tetapi anda


perlu disuntik lagi untuk kehamilan yang akan datang’’.

D.’ “sebenarnya suntikan ini akan memusnahkan antibodi,tetapi jika lebih banyak
antibodi terbentuk anda memerlukan lagi suntikan ini dan anda akan
memerlukannya.’’

93. Seorang pesakit mengalami kanser payudara sedang menjalani kemoterapi dengan ubatan
cyclophosphamide(cytoxan).Pernyataan pesakit yang manakah menunjukkan beliau
memerlukan penjelasan pendidikan kesihatan yang lebih lanjut?

A. ’’Sekiranya rambut saya gugur,ia akan tumbuh balik’’

B. ’’saya perlu dapatkan rawatan medical sekiranya saya sakit tekak.’’

C. ’’saya perlu elak menziarahi rakan saya yang mempunyai infeksi’’

D. ’’Saya perlu hadkan pengambilan cecair semasa menerima rawatan’’

94. Pendidikan kesihatan untuk seorang pesakit selepas transuretheral resection of


prostate(TURP)termasuk yang berikut KECUALI

A. inkontinen urin selepas pembedahan adalah sementara.

B. elak dari berhubungan kelamin selama 3-6 minggu selepas pembedahan

C lakukan self –catheterization jika tidak boleh buang air kecil

D. lakukan senaman untuk menguatkan otot pelvis selama 10 minit,4 kali sehari.
95. Encik Lingam memilih pembedahan vasektomi sebagai langkah kontraseptif dan
bertanya mengenai prosedur tersebut.Sebagai jururawat anda menerangkan sebahagian
struktur terlibat yang akan diikat adalah

A. Epididymis

B. Spermatic cord

C. Ductus deferens

D. Ejaculatory duct

96. Intervensi kejururawatan untuk pesakit yang mengalami grandiose delusion ialah

A. menasihatkan pesakit menerima delusi sebagai satu cabaran

B. mengalihkan tumpuan pesakit dengan aktiviti lain

C. mengawal hiperaktiviti pesakit dengan valium

D. bersetuju dengan idea pesakit

97. Tindakan paling sesuai diambil oleh jururawat apabila pesakit mengadu mengalami
halusinasi dan delusi adalah

A. menasihati pesakit supaya berhati-hati kerana apa yang pesakit alami adalah benar

B. menasihati pesakit bahawa itu hanya perkara kecil dan jangan terlalu
memikirkannya

C. memberitahu pesakit hanya orang yang mendapat gangguan mental sahaja akan
mengalami masalah tersebut

D. menerangkan kepada pesakit bahawa pengalaman beliau adalah sebahagian


daripada tanda dan simptom penyakit.

98. Keadaan manakah yang biasanya memerlukan rawatan ECT?

A. Schizophrenia

B. Major depression

C. Gangguan somatoform

D. Gangguan personality anti sosial


99. Terapi spesifik untuk mengurang dan menghentikan ketagihan alkohol ialah

A. milieu therapy

B. group therapy

C. aversion therapy

D. individual therapy

100. Berikut adalah prinsip-prinsip am pertolongan cemas sekiranya berlaku kecemasan


KECUALI

A. mengekalkan kehidupan

B. menggalakkan pemulihan

C. menggalakkan penyembuhan

D. mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk

Anda mungkin juga menyukai