Anda di halaman 1dari 3

Antara tugas Jururawat Kesihatan adalah memastikan cold chain adalah terpelihara

dengan baik.

a.Nyatakan definisi cold chain 


( 2 markah )
- Satu sistem untuk mengangkut, mengedar dan menyimpan vaksin dalam
keadaan poten pada suhu yang di tetapkan dari tempat pembuatnya hingga
ke penggunanya.

b.Nyatakan faktor-faktor yang boleh mengurangkan potensi  vaksin.


( 8 markah )

1. Terdedah kepada cahaya matahari – cahaya matahari boleh merosakkan


vaksin terutama polio, campak dan BCG.kerana vaksin ini sensitive kepada
kepanasan.
2. Haba – kepanasan haba yang tinggi melebihi 8 ͦC boleh merosakkan vaksin.
Contohnya , vaksin terdedah pada cahaya matahari semasa pengangkutan.
3. Pembekuan – pembekuan atau terlalu sejuk akan mengakibatkan DPT dan
tetanus toxoid rosak atau vaksin menyentuh ais secara langsung.
4. Bahan kimia – bahan kimia seperti bahan untuk disinfeksi, antiseptic, alcohol
dan sabun.
5. Tarikh vaksin luput – semua vaksin hilang potensinya selepas tarikh vaksin
luput walaupun di beri penjagaan yang rapi.

c.Nyatakan penjagaan vaksin di klinik kesihatan anda .


( 10 markah )
1. Kekalkan suhu peti sejuk pada paras 2 C
ͦ hingga 8 C
ͦ sepanjang masa untuk
mengekalkan potensi vaksin dengan mengambil suhu pada puku 8 pagi dan
pukul 5 petang.
2. Susun vaksin dengan teratur di dalam barisan atas rak atas peti sejuk dengan
meletakkan vaksin yang terbaru di sebelah kanan supaya apabila vaksin di
ambil , boleh menggunakan yang lama dahulu dengan mengambil dari kiri ke
kanan sambil memerhatikan tarikh luputnya.
3. Asingkan jenis-jenis vaksin yang berlainan dan labelkan dengan jelas untuk
mengelak dari kesalahan pemberian vaksin.
4. Adakan ruangan 1-2 cm di antara barisan vaksin untuk memudahkan
pergerakan udara.
5. Jangan sentuhkan vaksin dengan plet di bahagian belakang tingkat atas peti
sejuk di mana ia boleh menjadi beku dan menganggu potensi vaksin.
6. Letakkan bekas air atau pek ais di ruang kosong dalam peti sejuk seperti di
pintu untuk membantu peti sejuk menjadi sejuk jika bekalan elektrik terputus
dan dapat mengurangkan kenaikan suhu ketika peti sejuk dibuka.

d.Nyatakan tanggungjawab Jururawat untuk memastikan keberkesanan 


   potensi vaksin semasa sesi klinik kanak-kanak.
( 8 markah )
1.  Pilih bilik yang dingin atau jauh dari sinaran matahari untuk memberi
imunisasi dan mengelak dari vaksin rosak.
2. Keluarkan vaksin dan pencair yang diperlukan sahaja dari flask berisi ice pack
3. Ambil satu jenis vaksin dalam satu masa untuk menngelakkan dari rosak.
4. Vial yang di gunakan perlu dipindahkan ke dalam flask yang berasingan
dengan pek ais yang mencukupi untuk mengekalkan suhu vaksin.
5. Buka flask jika perlu sahaja dan tutup penutup flask dengan kemas setiap kali
selepas dibuka untuk elak perubahan suhu dalam tempat simpanan vaksin.
6. Vaksin yang telah disedut ke dalam syringe hendaklah digunakan serta merta
7. Ice pack dalam flask perlu diganti dengan serta merta apabila cair untuk
kekalkan suhu vaksin.
8. Jangan biarkan ampul atau vial terbalik atau air masuk ke dalamnya
e.Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan imunisasi 
   selain dari penjagaan cold chain .
( 5 markah )
1. Dos imunisasi yang di berikan adalah lengkap mengikut jadual seperti
suntikan vaksin DTaP –IPV/Hib dos 1 hingga dos tambahan atau suntikan
vaksin Hepatitis B dos 1 sehingga dos 3.
2. Jarak setiap dos imunisasi yang diberi , contohnya 4 minggu
3. Cara pemberian yang betul mengikut jenis imunisasi seperti suntikan BCG
melalui intradermal, Hepatitis B, DTaP –IPV/Hib melalui intramuscular dan
MMR melalui subcutaneous.
4. Respond badan seseorang terhadap imunisasi iaitu penghasilan antibodi
untuk pembentukan imuniti badan.

Anda mungkin juga menyukai