Anda di halaman 1dari 20

CIRRHOSIS

AKTIVITI INTOLERAN
BERKAITAN DENGAN FATIGUE
DAN KEHILANGAN BERAT BADAN

Rehat dan posisi


- Pastikan pesakit mendapatrehat yang cukup dan
selesa dengan posisi seperti semi fowler untuk
mengurangkan penggunaan tenaga dan
mengurangkan keletihan.
Bantu dalam ADL
- Bantu pesakit dalam ADL seperti dalam menjaga
kebersihan diri untuk keselesaan dan
mengurangkan penggunaan tenaga.
Monitor I/O chart
- Rekod pengambilan dan pengeluaran cecair
untuk memastikan pesakit mendapat bekalan
nutrisi yang mencukupi.

Pemakanan
- Beri makanan yang seimbang, tinggi
karbohidrat dan protein untuk mengembalikan
tenaga dan membantu dalam proses
penyembuhan.
Terapi IV
- Pasang IV, beri solution yang diarahkan oleh
Dr. untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi.
Contohnya, Dextrose 5%.
Monitor berat badan
- monitor berat badan pesakit setiap hari
untuk menentukan progress penyakit dan bagi
memantau berat badan pesakit

GANGGUAN INTEGRITI KULIT


BERKAITAN DENGAN EDEMA DAN
JAUNDICE

Asses
- Perhatikan keadaan pesakit seperti tanda kemerahan
pada kulit untuk tindakan perawaan seterusnya bagi
mengekalkan integriti kulit.
Kainan
- Tukarkan cadar yang kotor dan basah yang boleh
menyebabkan gangguan integriti kulit.
Kebersihan
- Galakkan pesakit mandi bagi menjaga
kebersihan dan bantu pesakit jika
pesakit tidak mampu.

Pakaian
- Galakkan pesakit memakai pakaian yang longgar
untuk tidak memberi tekanan kepada bahagian yang
edema.
Medikasi
- Berikan pesakit IV Frusemide
(mengikut arahan Dr.) untuk
menggalakkan pengeluaran cecair dan
mengurangkan edema.

Lakukan tatacara dengan lembut dan hati-hati


terutama prosedur yang melibatkan jururawat
menyentuh kulit pesakit. Pastikan kuku jururawat jg
sentiasa pendek untuk elak kecederaan kulit pesakit.
Pemakanan
- berikan makanan yang seimbang kepada pesakit
untuk menigkatkan tahap kesihatan dan menggalakkan
penyembuhan.
Gunakan nipple matress supaya tidak memberi kesan
pada bahagian prominent pesakit dan mengurangkan
edema.

PERUBAHAN NUTRISI KURANG DARI


KEPERLUAN BADAN BERKAITAN
DENGAN ANOREKSIA DAN GANGGUAN
GASTROINTESTINE (LOYA DAN
MUNTAH)

Pemakanan
- Galakkan pesakit mengambil makanan yang
seimbang, tinggi protein dan vitamin.
- Makanan yang lembut supaya mudah dihadam
untuk mengelakkan iritasi dan gangguan pada
gastrointetine.
- Nasihatkan klien untuk mengelak pengambilan
makanan yang berempah, berminyak, pedas,
berasid dan miniman berkarbonat kerana boleh
menyebebkan iritasi pada lapisan mukosa
gaster.

Jagaan oral
- Bersihkan mulut pesakit untuk menjaga kebersihan.
- Berikan kumuran kepada pesakit sebelum makan untuk
elak bau-bauan yang boleh menggangu selera makan
pesakit.
Bantu pesakit makan dan berikan suapan yang sedikit
tetapi kerap untuk memudahkan pesakit menelan.
Berikan pesakit makanan kegemaran untuk
menambahkan selera makan pesakit.
Nasihatkan pesakit jangan terlalu lapar dan hendaklah
makan sedikit untuk mengelak gaster daripada kosong.

Posisi
- Posisikan pesakit pada posisi fowler atau high fowler
jika tiada kontraindikasi unruk memudahkan pesakit
menelan makanan dan memudahkan makanan pergi ke
gaster
Monitor
- Monitor tanda-tanda vital seperti suhu, nadi,
pernafasan, dan tekanan darah untuk mengesan
sebarang komplikasi
- Monitor I/O chart untuk mengetahui kemasukan dan
pengeluaran diet dan cecair pesakit.
- Monitor berat badan pesakit 1 X seminggu untuk
mengetahui perkembangan berat badan.

Medikasi
- Beri medikasi seperti yang diarahkan oleh Dr. seperti
Antasid, Magnesium Trisilicate, untuk meneutralkan asid
hidroklorik dan mengurangkan kesakitan pada gaster dan
membolehkan pesakit makan dengan selesa.
- Vitamin B complex untuk menigkatkan selera makan
pesakit.
- Antiemetik untuk elak muntah contohnya Maxolon.
Lapor
- Lapor kepada Dr. dengan segera sekiranya pesakit
mengalami muntah yang teruk untuk mengelakkan pesakit
mengalami renjatan hypovolumik.

PAIN AND DISCOMFORT


RELATED TO ENLARGE
TENDER LIVER AND ASCITES

Ases
- Ases tahap kesakitan klien menggunakan skala
kesakitan untuk mengenalpasti tahap kesakitan klien.
Rehat dan posisi
- rehatkan klien dalam posisi yang selesa untuk
mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan klien.
Medikasi
- berikan medikasi mengikut arahan Dr. contohnya
analgesik untuk mengurangkan kesakitan.

Monitor
- Monitor tanda vital iaitu nadi, pernafasan, tekanan
darah untuk mengesan prubahan keadaan klien.
- Monitor suhu untuk mengesan tanda-tanda infeksi.
Ampu bahagian yang sakit
- Ampu bahagian yang sakit untuk mengurangkan sakit
dan untuk keselesaan klien.
Rancang perawatan
- Rancang perawatan supaya tidak mengganngu klien
berehat.

Terapi diversional
- Galakkan klien untuk menonton TV, membaca majalah
atau mendengar radio untuk mengalihkan perhatian
klien terhadap rasa sakit.
Persekitaran
- Pastikan persekitan sentiasa bersih dan tenang untuk
keselesaan klien dan mengalakkan klien rehat.
Sokongan emosi
- Dengar aduan klien
-Galakkan ahli keluarga datang melawat.

PERUBAHAN SUHU BADAN


(HYPERTHERMIA) BERKAITAN
DENGAN PROSES INFLAMASI
CIRRHOSIS

Monitor tanda vital


- Periksa tanda vital pernafasan, nadi, tekanan darah dan untuk
mengesan perubahan keadaan klien.
- Periksa suhu badan setiap 4 jam untuk menilai perubahan suhu dan
kebekesanan rawatan
Demahan sejuk
- Lakukan tepid sponging atau mandi berjelum untuk menurunkan suhu
badan klien.
Kainan
- Alihkan selimut yang tebal dan galakkan klien memakai pakaian yang
nipis.
- Tukar kainan klien jika basah untuk mengelak gangguan integriti kulit.

Persekitaran
- Sediakan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan
ventilasi udara yang baik.
- Persekitaran yang tenang untuk menggalakkan klien
berehat.
Cecair
- Berikan klien cecair 2L-3L untuk mengelak dehidrasi.
Terapi IV
- Berikan Terapi IV Normal Saline 0.9% (ikut arahan DR.)
untuk menggantikan semula ceccair yang hilang disebabkan
perpeluhan.

Medikasi
- Berikan ubat antipyretic seperti yang diarahkan oleh
DR. untuk menurunkan suhu badan.
Rekod dan lapor
- Lapor jika klien menunjukkan tanda awal renjatan.

Anda mungkin juga menyukai