DEFINISI
Bone marrow puncture ialah satu prosedur di mana jarum dimasukkan kedalam tulang
untuk mendapatkan specimen sum-sum merah di kaviti medulla tulang yang dipilih.
TUJUAN BONE MARROW PUNCTURE
1. Mengambil specimen sum-sum tulang untuk membantu dalam diagnosis penyakit
hematology seperti keadaan blood disorder seperti aplastic
anemia,leukemia,thrombocytopenia,pernicious anemia.
2. Menilai perkembangan penyakit hematologi dan tindakbalas pesakit pada rawatan seperti
kanser,leukemia.
3. Menentukan keserasian bone marrow penderma dengan penerima sebelum melakukan
bone marrow transplant contohnya dalam aplastic anemia,leukemia.
4. Mendiagnos gangguan-gangguan lain seperti primary dan metastatic tumors sesetengah
granulomas dan isolasi bacteria dan patogen lain secara kultur.
LOKASI BONE UNTUK BONE MARROW PUNCTURE
1. UNTUK DEWASA
Iliac crest
Sternum
2. UNTUK KANAK-KANAK
Lokasi Umur
1. Tibia -proximal tibia,1-2 inchi di bawah tulang patella untuk 0-2 tahun.
2. Sternum-6 tahun ke atas.
3. Femur- 0-2 tahun.
LOKASI
ILIAC CREST
iliac crest mempunyai kaviti bone marrow yang besar dan bahagian posterior superior iliac
crest ialah lokasi yang seringdigunakan.Anterior iliac crest digunakan sekiranya pesakit
obese
STERNUM
sternum adalah tulang yang nipis dan mengandungi banyak bone marrow didalam ruang
sternal.Lokasi yang kerap digunakan ianlah di antara ruang intercostal kedua dan ketiga.
POSISI PESAKIT
1. Bagi tulang sternum,pesakit diletak dalam baringan supine dengan sandbag diletakkan di
antara tulang scapula.Ia bertujuan untuk untuk mendedahkan bahagian sternum supaya
mudah dilihat.
2. Bagi iliac crest, pesakit diletakkan dalam baringan lateral.
3. Bagi tibial crest, baringan supine dengan sandbag diletakkan di bawah lutut.Ia bertujuan
untuk mengampu tibia supaya tibia tidak tertekan ke bawah semasa doctor memasukkan
jarum.
PERALATAN BONE MARROW PUNCTURE
Bahagian atas troli
Set steril “bone marrow”
Mengandungi:
1 tuala steril
1 cataract towel/2 helai dressing towel
1 gallipot diisikan dengn guaze dan swab
3 gallipot untuk povidone iodine ,spirit guaze
1 sponge holding forceps
1 plain dissecting forceps
5 cc syringe – untuk pemberian local anaesthesia
2 jarum [size 19&size 23]
Bone marrow puncture needle [sahla’s needle dan ‘stilette’/islam’s needle]
20 ml syringe for aspiration
Bard parker handle dan pisau skapel jika perlu
Steril gloves
Bahagian bawah troli
Talam megandungi:
Pek saarung tangan yang steril
Mask
Syring 20 ml ,5ml dan jarum saiz 21G,23G
Elastoplast
Gunting
Tincture of iodine
Surgical spirit
Normal saline
Injection lignocaine 2% [anaesthetic setempat]
Mackintosh rawatan
2 kindney dish [sebagai receiver]
Slides untuk specimen [disediakan oleh teknologi makmal]
Borang makmal
TANGGUNGJAWAB JURURAWAT DALAM PROSEDUR BONE
MARROW PUNCTURE.
Sebelum
1. Pastikan temujanji dengan juruteknologi makmal hematologi makmal telah dilakukan
kerana beliau akan membantu melakukan smear semasa tatacara. Jururawat perlu
mengesahkan kedatangan sehari sebelum tatacara dibuat.
2. Sediakan pesakit biaitu dengan menerangkan tujuan prosedur serta cara prosedur
dilakukan supaya pesakit faham dan kurang bimbang. Skin prep jika perlu-bahagian
sternum bagi pesakit lelaki.
3. Pastikan borang consent telah ditandatangani oleh pesakit untuk membuktikan pesakit
dan ibubapa telah faham ( bagi kanak kanak bawah 18 tahun ,pastikan boring consent
telah ditandatangani oleh ibubapa).
4. Ambil tanda vital iaitu suhu,nadi, tekanan darah, pernafasan sebagai base line data bagi
perbandingan untuk mengesan sebarang komplikasi perdarahan selepas prosedur.
5. Beri privasi,lindung katil pesakit dan dedahkan bahagian yang perlu sahaja.
6. Letakkan pesakit pada kedudukan yang sesuai untuk assessment, mendedahkan
bahagian yang dipilih dan memudahkan prosedur dijalankan. Lokasi dan posisi adalah
seperti berikut:-
Lokasi Posisi
1. Sternum- supine dengan sandbag diantra scapula.
2. Iliac crest- lateral
3. Sacrum-prone
4. Tibia -[recumbent dengan meletak sandbag di bawah lutut untuk mengelak lutut
tertolak ke bawah semasa doctor memasukkan jarum.
Semasa
1. Lakukan permerhatian ke atas pesakit.
2. Tanda vital seperti nadi,pernafasan, warna kulit untuk kesan perdarahan.
3. Lihat reaksi sakit
perhatian : prosedur dilakukan oleh doctor
doktor menyediakan diri untuk prosedur gengan mematuhi aseptic teknik
juruteknik makmal menyediakan slide kaca
kulit pesakit akan dibersihkan dengan iodine dan spirit
kulit ditutupi dengan cataract towel/dressing towel
suntikan lignocaine dilakukan oleh doctor
jarum bone marrow di tebuk ke dalam cortex tulang secara perlahan- lahan dan
berpulas.
sebanyak 2-3 ml specimen sum-sum tulang dikeluarkan dan ditempatkan di tas
slide kaca.
selepas jarum bone marrow dikeluarkan bekas penebukan di tekan dan kemudian
di bebat dengan Elastoplast.
serpihan sum-sum tulang diasingkan dari darah,smear nipis sum-sum merah
dibuat pada slide kaca oleh juruteknik makmal.
Selepas
1. Rehatkan pesakit 4-6 jam selepas prosedur sebab pergerakan boleh menggalakan
pendarahan .
2. Lakukan pemerhatian
a) Tanda vital setiap jam selama 6jam sehingga stabil.
b) Tempat penebukan :
pendarahan pada dressing di tempat tebukan.
renjatan neurogenic akibat kesakitan.
penembusan di bahagian tebukan ,cth jika dilakukan di sternum, ia berisiko
boleh tembus ke jantung.
patah tulang akibat tekanan akibat tekanan yang kuat.
3. Lengkapkan 2 borang makmal iaitu 1 borang untuk bone marrow aspiration dan 1 untuk
specimen darah full blood picture untuk perbandingan. Specimen bone marrow dan full
blood picture diambil oleh juruteknologi makmal bersama- sama borang dan di hantar
segera ke makmal untuk penyiasatan dan keadaan pesakit.
4. Dokumentasi dalam laporan jururawat dan temperature chart tarikh , masa, specimen yang
dihantar dan keadaan pesakit.
KOMPLIKASI
1. Pendarahan
Biasa berlaku pada pesakit thrombocytopenia
Untuk elak pendarahan beri tekanan pada tempat tebukan untuk beberapa minit selepas
prosedur.
2. Hematoma
Kecederaan salur darah ditempat tebukan
3. Bonny perforation /luka tertembus sering berlaku di sternum.
Tekanan yang terlalu kuat semasa tatacara (sering berlaku pd kanak-kanak) menyebabkan
penembusan struktur di bawah bahagian tebukan,cth jika dilakukan di sternum ,ia boleh
menembus ke jantung.
4. Infeksi
Disebabkan ini adalah satu prosedur invasive dimana infection boleh berlaku semasa
introduce needle.
5. Patah tulang akibat tekanan yang kuat.
6. Neurogenic shock akibat kesakitan.
7. Cardiac temponade(accumulation cecair yang berlebihan di pericardium-jika sternum di
tebuk (terkena salur darah yang besar di jantung).
BONE MARROW
PUNCTURE
ASSIGNMENT KUMPULAN 1
AHLI KUMPULAN
PSL AMALINA BINTI OSMAN
PSL AMINAH BINTI AHMAD
PSL AMY ROHAIDA BINTI JAAFAR
PSL AMY ROSHAIDA BINTI ZAINAL ABIDIN
PSL ATIQAH BINTI ZULKIFLI
PSL AZLINDA BINTI AHAMAD